Apa yang biasa kita bila mula rasa nak marah? Apa perkara yang boleh meredakan marah tersebut?buat apa nak hilang rasa marah?

“Biasanya saya tumbuk perut orang sedebik. Sebab, saat menumbuk itu, saya rasa sangat tenang bila mana vibration lelemak perut orang tersebut bergetar di tangan saya.”

Haha! Boleh tak gitu?

Kalau tanya saya, saya suka urut tangan. Dan genggam jari.

Iya, genggam jari pun boleh buat kita lega.

Teknik ni sebenarnya diajar oleh seorang penyelidik kepada sekumpulan jururawat. Nama tekniknya Jin Shin Jyusu atau acupressure.

Yang bestnya, teknik ni dibuktikan dapat meningkatkan :
– tahap positiviti
– kesyukuran
– tahap motiivasi
– tahap ketenangan,
– komunikasi
Dan menurunkan rasa marah dan stress.

Tau tak hujung jemari kita ni ada saraf-saraf yang berhubung dengan otak?
Termasuklah otak bahagian emosi. Dan setiap dari jari jemari kita mewakili emosi tertentu.

Sumber gambar : weddbook.com

Ibu jari ; Anxiety
Telunjuk : Takut
Jari tengah : Marah
Jari manis : Sedih
Jari kelingking : Self Esteem

Jadi, antara cubaan nak redakan kerasukan jenis emosi ni, dengan urut jari.

Contoh, kalau tengah marah, keluarkan jari tengah. Aip! Aip! Tapi jangan tunjuk kat orang. Karang tak pasal-pasal masuk mahkamah.

Kemudian, kita genggam jari tersebut guna tangan satu lagi. Genggam lama sikit ok. 2-5 minit.
Kemudian, lepaskan, dan buat pada tangan sebelah lagi.

Ada faham?

Boleh cuba di jari yang lain ikut kesesuaian emosi you all.

Mana saya dapat tips ni? Dalam ebook Dr Taufiq Razif, Formula Mudahnya Kawal Emosi lah! Boleh klik di sini kalau nak intai-intai https://bit.ly/2ZI1Ppb

Ada 12 lagi tips yang sangat sangat sangat membantu meredakan roh Hulk saya, lantas bertukar sopan seperti Mira Filzah

Bagaimana pula jika anak sedang marah?
Klik di sini https://www.theproparenting.com/kalau-anak-marah-marah-suruh-mereka-luahkan-melalui-lukisan/

Share This