
Sebelum anak perempuan masuk alam remaja, ajar mereka ini
Ajarkan 5 Perkara Ni Secepatnya Kepada Anak Perempuan Kita Sebelum Mereka Masuk Ke Alam Remaja
1. Ajarkan anak perempuan kita SIFAT MALU
– kerana sifat malu itu nanti akan menjadi benteng pertahanan maruah & harga diri mereka
2. Ajarkan anak perempuan kita BATAS AURAT mereka
– kerana batas aurat anak akan menjadi bebanan kita di akhirat nanti jika tidak dijaga dengan betul
3. Ajarkan anak perempuan kita tentang tanda & persiapan AKIL BALIGH mereka
– kerana anak kita perlu mempersiapkan diri secara mental, fizikal dan spiritual untuk melalui umur yang mana mereka ‘ditaklifkan’ segala syariat agama
4. Ajarkan anak perempuan kita KELEMBUTAN & KASIH SAYANG
– tunjukkan pada anak perempuan kita macam mana cara menyalurkan kasih sayang dengan cara yang betul & bagaimana untuk berlemah lembut terhadap orang yang mereka sayang kerana ianya adalah fitrah sebenar mereka
– ceritakan kepada mereka juga tentang kasih sayang Pencipta kepada mereka. Anak yang rasa disayangi akan mudah menyayangi
5. Ajarkan anak perempuan untuk MERASA CANTIK & BERHARGA DARIPADA DALAMAN
– Ajar anak perempuan untuk merasa cantik secara dalaman supaya mereka tak bergantung kepada pujian luaran
– itulah kenapa mak ayah juga perlu maniskan mulut kita dengan pujian dan kata kata penghargaan terutamanya kepada anak perempuan
– Ingat, jiwa anak perempuan tersangat lah sensitif, lembut dan rapuh kerana mereka dicipta untuk dibimbing, dilindungi dan disayangi
DR TAUFIQ RAZIF
Abi Maryam Soolihah & Aesya Soolihah