Sebenarnya orang termasuk objek di sekitar kita semua ada vibration. Apa perasaan yang kita rasa dalam hati akan keluarkan vibration atau biasa kita sebut sebagai aura. Sedih, gembira, terdesak, semuanya dipancarkan oleh badan dan dapat dirasai oleh orang di sekeliling.

Pernah tak rasa macam ni?

Kita tengah berkumpul dengan santai bersama kawan-kawan, tiba-tiba ada sorang ni masuk, dan kita rasa awkward dan tak selesa, walaupun orang tu tak buat apa-apa pun kat kita?

Pernah tak kita jalan-jalan kat pasaraya, tiba-tiba kita melencong bila nampak ada orang sedang pegang flyers nak promot simkad, penapis air atau krim pemutih di hadapan?

Penjelasan sains kenapa terjadinya situasi seperti di atas adalah kerana vibration orang tersebut tak sama dengan vibration kita. Vibration orang gembira manakan sama dengan vibration orang yang sedang terdesak nak buat jualan.

Bila kita tahu sains di sebalinya, kita akan faham bahawa, untuk jadikan diri kita mudah menarik rezeki dan buat orang sayang kepada kita adalah, jaga feeling dan vibration kita. Perasaan gembira dan tenang adalah contoh perasaan yang mengeluarkan gelombang yang baik, seterusnya menarik macam-macam benda positif yang berfrekuensi tinggi datang kepada kita.

Berbanding dengan perasaan negatif seperti terdesak dan bernafsu adalah perasaan yang menghasilkan gelombang yang berfrekuensi rendah, yang menghalang perkara dan objek yang positif datang menghampiri kita.

.

Tips untuk tinggikan vibration:

1. Be in the present moment.

Bila kita bercuti, fikiran kita jangan sibuk fikir tentang kerja. Bila kita bekerja, jangan sibuk fikir pasal cuti. Begitu juga dalam apa jua situasi.
Jangan habiskan masa kita hidup dalam masa depan atau masa yang telah berlaku. Sebaliknya, nikmati saat present moment setiap masa.

Perasaan yang selalu hadir apabila kita hidup di dalam masa lalu adalah menyesal, marah, geram dan sedih,
manakala perasaan yang selalu ada bila kita ‘hidup’ di masa hadapan adalah risau, cemas, terdesak dan takut.

Setiap hari, kita menghasilkan 60-80 ribu pemikiran. Dan 95% pemikiran adalah pemikiran yang sama tentang perihal semalam. Oleh kerana pemikiran menghasilkan emosi, emosi menghasilkan tindakan, tindakan menghasilkan result, result menghasilkan pengalaman…
kebanyakan dari kita tersangkut di dalam pengalaman yang sama bertahun-tahun lamanya.

Ada satu kajian mendapati, saat manusia yang benar-benar menikmati present moment adalah waktu mereka bercinta. Iye kan! Punya lah menikmati saat bersama sampai si dia kentut pon kita rasa macam bau perfum Chanel.

 

2. Jangan biarkan diri kita buat kerja dengan rasa terdesak.

Rasa terdesak itu sendiri menghasilkan vibration dia sangat rendah. Agaknya mungkin sebab itulah waktu saya kerja fikir nak bayar itu ini, saya rasa penat bekerja, tapi ujian datang bertimpa-timpa dan masalah tak pernah selesai.

Bila tenang-tenang, alhamdulillah rasa lancer aje tugas dan rezeki.

3. Bersyukur.

Setiap hari sebelum tidur, senaraikan perkara yang disyukuri pada hari tersebut. Fikirkan betapa nikmat pancaindera yang sempurna, kesihatan, makan dan tempat tinggal yang Allah telah beri, yang menjadikan kita lebih kaya dari jutaan manusia di dunia ni.

Hanya menulis apa perkara yang saya syukuri, kemudian tulis apa perkara saya nak buat esok, beri impak yang sangat besar.

 

4. Solat awal waktu.

Setiap perubahan waktu solat ni ada warna alam/ aura alam yang mempengaruhi fungsi organ dalaman kita. Kerana itu, kita amat digalakkan menjaga solat pada awal waktu.

Sebagai contoh, kalau kita tak solat subuh pada awal waktu, kita tertinggal kebaikan warna alam biru muda yang mana bagus untuk dapat tenaga yang optimum.

Ada pendapat kata essential oil pon ada jenisnya yang sesuai dengan warna-warna alam yang tertentu.

Kredit : Twitter Mr_Traveller

 

5. Audiofrequency

Audio bacaan Al-Quran, zikir, serta bunyian ombak antara bunyi yang menghasilkan frekuensi yang bagus. Jadi pasanglah di rumah kita dan dengar dengan baik.

Untuk yang bukan Islam, boleh cuba dengar bunyian ‘healing’ frekuensi kalau ada rasa sakit hati dengan orang. Atau ‘love’ frekuensi kalau nak orang rasa jatuh hati kat kita.

 

6. Connect with nature.

Pernah tak rasa jatuh hati bila masuk hutan?
Ataupun rasa macam kena panggilan pulau lepas sebulan balik dari bercuti kat pulau?

Lebih semulajadi lanskap yang kita lawati, lagi seimbang dan lagi tinggi getaran aura yang terhasil.  Sebab itu bila masuk ke hutan, kita dapat rasa betapa tenang dan indah perasaan.

7. Bersenam.

Selain boleh kurangkan berat badan, bersenam, bergerak, jaga postur tubuh dan meregangkan otot badan juga boleh tinggikan vibration badan kita.

8. Declutter.

Menurut Afnan Rosli, ‘your external life, define your internal life. Kalau susah nak ubah dalaman, ubah luaran dulu’.

Maka tak hairanlah kekemasan tempat tinggal memainkan peranan yang amat penting untuk membantu kita hidup lebih gembira dan kurang tekanan.

Petuanya, buang apa sahaja berang yang sudah 90 hari tidak dipakai dan akan tidak digunakan untuk 90 hari lagi. Membuang barang-barang yang tidak diperlukan bukan sahaja membantu memperbaiki vibration yang tak elok, malah menjemput pergi lalat, nyamuk, tikus dan penyakit lain dari rumah kita.

9. Berbuat Baik.

Setiap agama menggalakkan kita berbuat baik tanpa harapkan balasan. Apatah lagi agama kita Islam.
Kalau kita jenis yang bila nampak orang, mula nak kira salah & buruk orang tu, latih diri untuk segera tukar cara berfikir. Halang mindset negatif dan cari perkara-perkara baik yang boleh kita puji dalam hati.

Lihat setiap perkara dari sudut positif padanya, walaupun kadang-kadang ia menyakitkan mata kita yang memandang. Bila kita keluarkan perasaan positif, orang sekeliling pon boleh berjangkit positif.

10. Bangun tidur dengan gembira.

Bila kita mulakan hari kita dengan rasa gembira dan tenang, insya Allah semua perkara akan jadi lancar dan mudah. Sebaliknya yang berlaku kalau kita bangun dalam keadaan serabut dan kalut. Buat semua benda tak jadi.

 

11. Memilih Baju Yang Sesuai

Ramai orang terlepas pandang akan perkara ni. Rupa-rupanya, warna baju yang kita pakai juga memberi aura tertentu kepada si pemakai dan rang sekeliling.

Sebagai contoh, warna oren memberi aura aktif, ungu aura ceria, hijau mengurangkan tekanan dan sebagainya. Baca lanjut di sini.

Pun begitu, pakaian tersebut harus bersesuaian dan tepat dengan majlis/ tempat/ waktu yang kita hadiri.

.

 

Kebanyakan kita banyak berusaha keras dari segi fizikal. Kerja keras nak duit banyak tapi lupa nak jaga vibration kita. Akhirnya, kita buntu sebab tak faham stress datang tak henti kat kita walaupun kita usaha nak elak.

Yuk, lepas ni kitA tenang-tenang aja.

Bila kita rasa positif, cakap benda positif, lihat sesuatu dengan pandangan positif, perlahan-lahan banyak perkara positif akan datang pada kita.

Share This