Mempunyai anak yang keras kepala dan degil ini adakalanya memeningkan kepala kita dan ini adalah perkara biasa yang terjadi ibu bapa. SABAR. Kesabaran memang diperlukan untuk kita atasi anak yang keras kepala dan degil ini.

Pernah jadi tak macam ni…..

“ABANG! Kenapa buat adik menangis lagi tu! Tak nampak ke ibu tengah sibuk kemas rumah ni?! Dia lagi kacau adik tengah tidur!”

(Haaaaa, hinggap satu cubitan dekat paha si Abang ni)

Kesian pulak dekat si abang ni kan. Macam mana lah kita nak pikat hati anak bagi anak rasa lembut hati kalau kita asyik marah atau cubit anak.

Agak-agak makin keras kepala dan nakal tak? Of course!

Adakalanya mereka buat macam tu kerana mereka gembira ada adik dan nak bermain dengan mereka. Ya lah sebelum ini mereka berseorangan, bila ada adik mereka seronok dan ada teman untuk bermain bersama.

 

5 Rahsia Pikat Hati Anak, Ibu Bapa Perlu Lakukan

Ada 5 Rahsia Pikat Hati Anak yang kita boleh cuba untuk memikat hati mereka. Dengan cara ini InshaAllah boleh memberi anak rasa Hormon Cinta untuk kita.

 

1. Pelukan Dan Ciuman

Sama ada kita sedar atau pun tidak. Anak-anak kita semakin menjauh daripada kita kerana kita terlalu sibuk dengan kerjaya kita dengan alasan untuk mencari nafkah.

Mencari nafkah itu adalah satu ibadah juga tetapi kita tidak boleh mengabaikan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Siang kita bekerja, anak masih lagi lena tidur. Malam baru kita balik kepenatan dan tak ada masa untuk bersama anak.

Mungkin mereka dah tidur awal. Pelukan dan ciuman ini adalah satu cara untuk kita salurkan kasih sayang kita pada anak.

 

2. Beri Perhatian

Kadang-kadang bila kita beri arahan kepada anak, mereka bukan saja-saja nak lambatkan tindakan mereka. Kemungkinan mereka merasakan diri mereka tidak didengari sebelum ini.

Jadi macam mana tindak tanduk kita lakukan kepada mereka, begitu juga mereka lakukan pada kita.

Contoh: Anak-anak baru sahaja balik daripada bersukan tapi kita terus arahkan mereka untuk mandi tanpa kita tanya perasaan mereka dahulu.

“Anak ummi macam mana main bola tadi? Seronok tak?”

Nampak macam remehkan? Tapi besar impak pada anak. Bila kita terus mengarah tanpa memikirkan perasaan mereka. Cuba kita bayangkan diri kita sendiri.

Baru balik kerja penat lelah, kita pun nak rasa ada tempat untuk mengadu penat lelah kita hari itu bukan arahan.

Apabila kita buat perkara seperti itu, secara tak langsung kita dah mula abaikan perasaan mereka. Sifat manusia adalah mereka suka diberi perhatian. Itu adalah lumrah.

Apabila kita diberi perhatian kita akan mula menghargai dan semakin rapat dengan seseorang itu. Jadi sebelum kita nak anak dengar arahan kita, kita kena mula memberi perhatian kepada mereka dahulu.

 

3. Lakukan Perkara Yang Anak Suka

Pikat Hati Anak Main

Bila kita dah mula beri kasih sayang dan beri perhatian pada mereka. Sekarang kita lakukan pula perkara yang anak-anak kita suka. Macam mana nak tahu ya? Perkara yang paling mudah sekali adalah:

  • Perkara yang membuatkan mereka ketawa

Setiap orang mempunyai humor yang berbeza. Jadi kita kena kenal pasti apa yang membuatkan anak-anak kita ketawa. Apabila mereka ketawa dan suka, itu akan membuatkan mereka percaya pada kita dan mereka akan sampai bila-bila

  • Perkara yang mempunyai minat sama dengan anak

Cuba cari apa persamaan yang sama antara anda dan juga anak. Mungkin suka membaca buku, bacalah buku bersama atau bawa kedai buku. Mungkin suka biskut, jadi ajak anak buat biskut. Mungkin suka sukan, jadi bawa anak main bola atau bersenam.

  • Perkara yang anak anda boleh pelajari dari anda

Anak-anak akan mula rasa bangga dengan anda apabila anda ada kemahiran yang tersendiri. Jadi apabila anda melakukan, tunjuk dan ajar anak anda buat bersama anda sekali.

Contoh melukis, anda ajak dia melukis bersama. Budak-budak suka bila kita ajak mereka.

 

4. Berikan Masa Anda Untuk Mereka

Pikat Hati Anak Masa

Sekali sekala beri masa anda untuk temani anak anda membuat kerja rumah dan bantu mereka untuk selesaikan tugasan mereka dari tadika atau sekolah.

“Ibu sibuk jaga adik ni, abang buatlah kerja rumah sendiri ok?”

Pasti anak-anak akan rasa, mereka tak diberi peluang juga untuk bersama anda. Mereka juga perlukan perhatian anda. Apa kata, anda ubah dialog anda macam ni:

“Ibu bagi tidur adik dulu ok. Nanti adik dah tidur, ibu teman abang pula buat homework. Ok abang?”

Rasa-rasa dia berkecil hati tak? Tak, sebab kita dah bagi masa khas kita untuk bersama dia.

 

5. Beri Mereka Hadiah

Pikat Hati Anak Hadiah

Berikan anak anda hadiah. Tapi bukan bermaksud terlalu kerap anda berikan pada mereka dan manjakan dengan hadiah. Contohnya hadiahkan mainan kecil atau makanan yang mereka suka.

Sekali sekali kita berikan pada mereka, mereka akan lebih menyayangi kita dan suka pada kita. Sebagai tanda kita tahu apa yang mereka suka atau kejayaan mereka. Itu pun dah membuatkan mereka terpikat pada cara kita menghargai mereka.x

Setiap dari kita mempunyai perasaan yang ingin di sayangi, di hargai dan di beri perhatian. Begitu juga anak-anak kita. Ungkapkan sayang di bibir tidak cukup untuk memikat hati anak-anak kita.

Tapi tindakan, emosi dan eksperasi wajah kita juga bermain peranan yang sangat besar.

Dan macam mana pula kalau anak kita seorang degil? Susah kita nak pujuk? Ibu dan ayah boleh baca di sini dan guna 7 bahasa ini untuk anak.

Semoga Membantu.

 

Share This