Pujian toksik atau pujian membina

Pujian toksik atau pujian membina

“Pandainya Ammar!”

Itu ajelah modal saya setiap kali anak sulung saya berjaya buat sesuatu. Waktu kecil dululah.
Sampai dia pulak yang meratib ayat yang sama setiap kali berjaya buat sesuatu.
Bagus tu. Boleh jadi self image.

Tapi kalau saya teruskan cara puji yang sama bila dia dah meningkat besar, pujian tu boleh jadi TOKSIK untuk anak saya.
Terkejut kan. Tapi itulah realitinya.

2 ayat dalam gambar bawah ni adalah ayat pujian.

Kedua-duanya membawa maksud yang sama. Tapi memberi impak yang berbeza.

Cara pujian yang pertama, memberi 3 impak negatif terhadap mindset anak. Mereka membesar dengan sangkaan bahawa :

1) Buat silap itu gagal.
2) Pandai itu bakat, bukan sesuatu yang boleh diusahakan.
3) Anak lebih concern untuk dilihat pandai berbanding belajar untuk jadi pandai.
4) Susah untuk mengakui kesilapan.
5) Mindset ini disebut sebagai ‘fixed mindset’.

Cara pujian yang kedua pula, lebih diskriptif. Kita tak sebut dengan label ‘pandai’, atau ‘bagus’. Tapi kita sebutkan USAHA anak.
Ia membentuk mindset yang lebih positif dan terbuka. Yang dipanggil sebagai ‘growth mindset’.
Anak memahami bahawa :

Kesilapan boleh diperbaiki. Malah ia adalah peluang untuk belajar.

Gagal bukan sebab kita tak pandai, tapi sebab kurang berusaha.

Gagal tak bermakna kita perlu berhenti berusaha. Tapi perlu cari jalan dan usahakan cara lain, sampai berjaya.

Hmm…Nampaknya, kita kena lebih observant lepas ni sebelum memuji anak. Tilik betul-betul usaha mereka.

Mudah-mudahan, anak kita bakal jadi usahawan, dermawan, jutawan dan pemimpin yang memiliki mindset yang hebat, insya Allah.

WAWA SHAUQI

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )