Pergerakan 3 Dimensi adalah pergerakan asas yang perlu dikuasai oleh tubuh.
Ia adalah pergerakan belakang – depan, atas – bawah dan kiri – kanan. Paksi bagi pergerakan ini adalah pusat pada perut kita.

“Anak saya yang sorang ni aktif. Kalau berlari tu macam tak jumpa brek nak berenti. Yang sorang lagi pulak pemalu. Kalau suruh join kawan-kawan main, atau bila jumpa orang, dia akan undur slowly sampai langgar dinding.”

Saya sangka benda ni biasa jadi kat budak-budak. Rupanya, di mata seorang Terapis Cara Kerja, perkara seperti ini perlu dibantu kerana ia berkait rapat dengan perkembangan otak.  Jom ambil tahu ilmu perkongsian Terapis OT Nurul Sheriena Musa ini, yang telah saya pelajari di kelas beliau.

1. Pergerakan DEPAN – BELAKANG.

Perkembangan otak anak-anak di bawah usia 1.5 tahun adalah fasa Otak Reptilia. Otak ni ada kaitan dengan survival mode anak. Pergerakan yang berlangsung pada fasa ini adalah DEPAN – BELAKANG.

Anak yang terlampau aktif dan terlalu fokus ke depan adalah anak kategori terlalu ke DEPAN. Manakala anak yang terlampau pemalu pula adalah kategori terlalu ke BELAKANG.

Yang terbaik adalah, kita bantu anak untuk kembali seimbang. Jangan terlampau ke depan dan jangan terlampau ke belakang.

Solusi yang boleh membantu adalah dengan mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan ke depan dan ke belakang. Contohnya, untuk anak pemalu digalakkan membuat aktiviti baling bola ke depan manakala anak yang terlampau aktif, buat gerakan baling bola ke belakang.

Bila seimbang, insya Allah perkembangan otak juga berlaku secara seimbang.

2. Pergerakan ATAS – BAWAH.


Macam mana pulak anak terlampau aktif berlari, TAPI takut bila disuruh panjat monkey bar? Bila suruh lompat atas trampolin pun, sampai menggigil kepala lutut. Paling berani pon, dapat henjut-henjut aje trampolin tu.

Anak akan mula melompat sekitar usia 1 tahun. Tapi sekiranya sudah masuk 3 tahun masih tak boleh melompat (kaki 2-2 ke atas), segeralah dapatkan nasihat pakar/ terapis.

Pada usia 1.5 – 3.5 tahun pergerakan badan anak yang terlibat adalah ATAS – BAWAH. Otak yang terlibat dalam mengawal pergerakan tersebut adalah otak Limbik. Otak Limbik ni kerjanya membantu kita kawal emosi dan memori. Otak ini jugalah yang membentuk personaliti dan tabiat anak.

Jika anak yang terlampau suka memanjat atau suka melompat, kemungkinan badannya cenderung bergerak ke atas. Manakala yang takut nak memanjat, tidak yakin untuk melompat dan main buai tu.. badan mereka masih cenderung dengan pergerakan ke bawah.

Untuk seimbangkan pergerakan atas – bawah, buatlah aktiviti yang melawan graviti. Contohnya memanjat, berhayun di buaian, melompat, atau pandai-pandailah cipta sebarang aktiviti yang melibatkan ‘touch up-touch down’.

 

2. Pergerakan KIRI – KANAN.

Pergerakan ini adalah indikasi pertumbuhan otak neokortex yang mana ianya berkembang sekitar usia 7 tahun. Neokortex inilah bahagian otak yang paling matang dan logik. Otak inilah yang membantu dalam kemahiran komunikasi anak. Dan otak inilah yang membantu anak mengintegrasikan bahagian kanan dan kiri badan.

Contoh aktiviti yang melibatkan koordinasi 2 kiri-kanan badan adalah pergerakan Brain Gym. Kemahiran mengguna kedua-dua bahagian badan secara serentak akan membantu dalam pelbagai aktiviti. Antaranya menggunting, memanjat, mengasah pensil, melipat kertas, memotong, memanjat dan apa sahaja aktiviti ‘crossing midline’ / koordinasi bilateral.

.

3 pergerakan ni bukan terhad perlu dikuasai anak-anak je. Kita mak ayah yang dah lanjut usia ni pun boleh analize keseimbangan pergerakan badan kita. Boleh cek simetri ke tak pergerakan kita. Caranya adalah dengan berdiri tegak dan buat ketiga-tiga pergerakan ni; depan-belakang, atas-bawah, kiri-kanan.

Kalau waktu bergerak ada rasa otot tegang atau terlajak ke satu side sampai nak terjatuh, kemungkinan badan kita belum simetri lagi. Sebahagian kanak-kanak memerlukan masa yang lebih untuk berkembang mengikut asa, manakala sebahagian lagi stuck di satu fasa, terutamanya anak-anak istimewa.

Sekiranya timbul kebimbangan, rujuklah pakar sama ada pediatrik atau pakar terapi.

Share This