Occupational Therapist?

Occupational Therapist merupakan professional sains kesihatan bersekutu yang sangat signifikan dalam dunia perkembangan kanak-kanak.

Tahukah anda seorang occupational therapist kanak-kanak ada banyak tips parenting untuk dikongsikan?

Hehehehe.

Jom saya cerita bagaimana seorang occupational therapist boleh membantu anda dalam mengharungi dunia keibubapaan anda dengan gembira, riang dan penuh ilmu di dada.

Occupational therapist kanak-kanak secara tradisinya bekerja dengan kanak-kanak berkeperluan khas.

Namun begitu, untuk bekerja dengan efisien dan memahami keperluan kanak-kanak berkeperluan khas ini, para occupational therapist perlu tahu dan fasih terlebih dahulu dengan perkembangan tipikal kanak-kanak.

Perkembangan tipikal kanak-kanak ini bermaksud perkembangan yang biasanya boleh dikuasai oleh kanak-kanak mengikut usia mereka.

Kerana itulah ramai occupational therapist yang menekankan tentang pentingnya ibu bapa memahami milestone perkembangan kanak-kanak.

Milestone perkembangan ini akan membantu ibu bapa mengenal pasti adakah anak mereka mampu menguasai kemahiran-kemahiran penting yang biasanya boleh dikuasai oleh kanak-kanak seusianya.

Seorang occupational therapist (selepas ini kita akan rujuk sebagai OT) sangat menekankan tentang pentingnya anak-anak menguasai kemahiran berpandukan kepada piramid perkembangan kanak-kanak.

Pyramid of Learning oleh Willian dan Shellenberger adalah antara yang biasa occupational therapist gunakan untuk rujukan kliennya.

 

Occupational Therapist kanak-kanak

Occupational Therapist melihat perkembangan kanak-kanak secara berfungsi atau functional.

 

Seorang OT kanak-kanak bertanggungjawab secara profesional antara lainnya dalam:

  1. Memberikan perkhidmatan kepada kanak-kanak berkeperluan khas agar mereka mampu untuk berdikari sebaik mungkin dalam komuniti.
  2. Memastikan kemudahan akses dalam komuniti untuk anak-anak istimewa dan keluarga mereka dengan cara:
      • Memberikan ilmu dan pengetahuan untuk kesedaran masyarakt setempat,
      • Memberikan cadangan profesional berpandukan ilmu occupational therapy kepada pihak berkuasa setempat
      • Memberikan intervensi yang sewajarnya agar akses lebih mudah untuk kanak-kanak istimewa dan keluarga mereka.
  3. Memberikan ilmu dan pengetahuan kepada masyarakat untuk PENCEGAHAN DAN PENGESANAN AWAL.

 

Anda baca poin yang KETIGA: MEMBERIKAN ILMU DAN PENGETAHUAN KEPADA MASYARAKAT UNTUK PENCEGAHAN DAN PENGESANAN AWAL.

Occupational Therapist Siti Aisyah

Tahun ini adalah tahun ke-9 perkhidmatan saya sebagai seorang OT yang berfokus kepada kanak-kanak.

Dan selama 9 tahun ini, termasuk setahun dua tambahan dari masa saya menjalani latihan praktikal, saya sudah jumpa banyak kes kanak-kanak yang punya kelewatan perkembangan yang serius kerana LEWATNYA PENGESANAN.

“Alah. Anak kamu baru 4 tahun. Kamu 4 tahun pun tak pandai bercakap lagi.”

“Eloklah anak 3 tahun tu tak lasak langsung, tak pandai main sepah. Kemas je lah rumah kamu!”

“Tak pe. Anak saya lewat sikit je. Nanti lama-lama OK lah”.

RAMAI.

Ramai antara kita yang sering mengabaikan “kelewatan sedikit” anak kita hingga akhirnya menyebabkan KELEWATAN PERKEMBANGAN YANG SERIUS.

Memahami milestone perkembangan anak adalah sangat penting.

Sangat-sangat penting.

Belajar dan dalami ilmu perkembangan kanak-kanak. Ketahui apa kesukaran anak anda.

 

DAPATKAN INTERVENSI SECEPAT MUNGKIN JIKA ANDA KESAN ANAK ANDA ADA KELEWATAN DALAM PERKEMBANGAN MEREKA.

Pengesanan awal kesukaran dan kelewatan perkembangan anak, akan memudahkan proses intervensi dan mengurangkan risiko KELEWATAN PERKEMBANGAN YANG SERIUS.

 

Share This