Nak tahu potensi terpendam anak kita?

Nak tahu potensi terpendam anak kita?

SAYA banyak sangat jumpa anak anak yang tertekan sebab mak ayah tak sensitif dengan potensi dan bakat mereka.

Antara tanda mak ayah tak sensitif dengan potensi dan bakat anak adalah :

– selalu guna ugutan
– suka bagi arahan semata
– tak minta langsung pendapat anak
– tak bagi anak luahkan kreativiti
– letakkan ‘expectation’ terlampau tinggi
– ingat kemahuan anak sama seperti kemahuan dia

Jadi kepada mak ayah semua, tolong ingat ya bahawa anak kita ni adalah individu yang berbeza cuma size mereka lebih kecil daripada kita sahaja.

Kita kena ada rasa
– hormat dengan mereka
– hormat keputusan mereka
– hormat bakat dan potensi mereka

Tetapi pada masa yang sama kita
– bimbing mereka
– tunjuk ajar mereka
– ajar mereka buat keputusan
– ajar mereka lihat kebaikan & keburukan
– ajar mereka buat pertimbangan

Belajar sesuatu?

DR TAUFIQ RAZIF

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )