Ibubapa Wajib Tahu Tentang EQ Anak

Mungkin selama ni kita fokus pada IQ
Sampai kita lupa pada EQ

Sedangkan anak yang EQ nya tinggi
Berpotensi menjadi ketua organisasi
Berpotensi menjadi kepala institusi
Berbakat menjadi influencer komuniti
Berbakat mempengaruhi ketika proses negosiasi

Anak yang EQ nya tinggi
Tak mudah dipengaruhi
Tak mudah hilang kawalan emosi
Mampu membuat pertimbangan diri
Mampu menyayangi orang di sekeliling dengan sepenuh hati

Tajamkan EQ anak kita
dengan mengajar dia membaca emosi orang di sekitarnya
dengan mengajar dia memahami bahasa tubuh orang di sekelilingnya

Asah la EQ si comel kita
dengan kita mengajar dia menghulurkan derma
dengan kita mengajar dia mengasuh adiknya
dengan kita mengajar dia menenangkan tangisan adiknya
dengan kita mengajar dia memahami jiwa dan emosi kita

Jangan rosakkan potensi EQ dia
dengan kita membentak membabi buta
atau memukul dengan cara yang tak sewajarnya

Cukuplah kita menunjukkan mimik muka kemarahan
atau menaikkan intonasi suara yang cara yang tak berlebihan
kerana anak yang mampu membaca emosi kemarahan tanpa pukulan
akan mempunyai potensi besar untuk mempunyai EQ yang tinggi dan mengagumkan!

Taufiq Razif,
Abi Maryam dan Solahuddin

** EQ itu singkatan pada Emotional Intelligence Quotient

* Tolong ajar pasangan masing-masing ye sebab benda ni sangat penting untuk masa depan si anak

Share This