Main saja, bila nak belajar?

Main saja, bila nak belajar?

Terkejut bila ditegur. Tapi perspektif masyarakat kita memang macam tu. Belajar menghadap buku semata-mata baru tak buang masa. Main ni apa yang dapat? Emmm saya akui, nemang anak-anak saya dalam sehari betapa banyak masa mereka bermain saja, dahlah tak pergi sekolah kan. Tapi sebagai ibu, wajarkah saya menyekat perkembangan semula jadi dah fitrah kanak-kanak ini?

Melalui bermain anak-anak dapat memahami isu di sekeliling tanpa rasa tertekan. Melalui bermain juga mereka dapat nyatakan pandangan tentang pengalaman yang mereka lalui. Tapi, pernyataan tentang konsep main yang kurang jelas menyebabkan ramai ibu bapa kurang faham akan faedah bermain. Kesannya, ibu bapa tidak galakkan anak bermain, minta mereka berhenti main lebih-lebih lagi dalam persekitaran yang menghendakkan murid fokus dengan akedemik. Jadi mereka sekat hak anak untuk bermain!

Sebelum tu saya ceritakan dekat sini Konsep Bermain :

🤸‍♂️Bermain ialah proses pembelajaran bukan produk pembelajaran
🤸‍♂️ Bermain ialah satu proses aktif yang libatkan mental, emosional dan fizikal.
🤸‍♂️ Bermain sangat menyeronokkan. Kalau tak seronok bukan main namanya.
🤸‍♂️Bermain ialah motivasi intrinsik. Bila mereka seronok bermain, mereka dapat kepuasan diri melalui penglibatan aktif.
🤸‍♂️ Bermain ialah pilihan bebas dan anak-anak bebas membuat keputusan dan pilihan mereka.

Bermain merupakan hak kanak-kanak. Bermain sangat penting sehingga Suruhanja Tinggi Bangsa -Bangsa Bersatu untuk Hak Asasi Manusia telah mengiktiraf bermain sebagai hak asasi kanak-kanak.

Terlalu banyak kepentingan bermain dekat sini saya senaraikan.

1. Meningkatkan fokus anak – Minat yang ditujukkan semasa bermain membuat kanak-kanak lebih fokus semasa melakukan aktiviti.

2. Melatih anak menjadi seorang yang bertanggungjawab – Kanak-kanak belajar bertanggungjawab menyiapkan kerja semasa bermain dan menyimpan permainan selepas bermain.

3. Kesihatan fizikal serta pertingkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar – Melalui bermain kanak-kanak berlatih membuat pergerakan seperti menangkap bola, memanjat, berlari dan sebagainya. Bagi motor halus pula anak bermain mengutip mainan, memasukkan mainan dan sebagainya. Aktiviti fizikal begini dapat mengeluarkan peluh, menyihatkan minda dan badan.

4. Pengalaman bermakna – Melalui bermain, kanak-kanak mendapat pengalaman pembelajaran yang hebat dan tiada tolok bandingannya.

5. Mengalakkan kemahiran sosial – Semasa bermain kanak kanak lebih gemar mengunakan perkataan yang santai ketika bermain, mereka lebih peka sekiranya pembelajaran diadakan secara santai tanpa memberikan tekanan kepada mereka. Anak akan rasa tidak kekok untuk bersosial.

6. Belajar berkongsi – Sharing is caring. Jadi anak akan belajar untuk tolak ansur dan berkongsi permainaan bersama rakan sepermainan atau adik beradik mereka.

7. Berimaginasi dan meneroka – Mereka akan menyatakan idea dan lebih mendalami sesuatu permainan untuk penuhi keinginan. Jadi bermain dapat menjadikan kanak-kanak lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu idea.

8. Memupuk minat dan motivasi – Melalui keseronokkan bermain, motivasu untuk mengetahui sesuatu yang baharu menjadi dorongan untuk mereka terus belajar tanpa dipaksa. Sebagai homeschooler dan guru saya lebih suka memotivasikan kanak-kanak dengan menjalankan aktiviti belajar sambil bermain.

9. Meningkatkan perkembangan intelek – Siapa kata bermain sia-sia? Pencapaian akedemik bukan dicapai melalui pendidikan formal semata-mata. Lakukan aktiviti pembelajaran berasaskan bermain dan tanpa sedar mereka terlibat dengan peningkatan ilmu pengetahuan dan keuupayaan memahami sesuatu konsep.

10. Meningkatkan keseronokkan – Anak-anak gembira kerana mereka bebas berbuat sesuatu tanpa arahan dan paksaan serta mengikut minat mereka.

” It is happy talent to know how to play “

Jadi, jangan sesekali pandang rendah apabila melihat kanak-kanak bermain. Mereka bermain bukan menghabiskan masa mereka dengan sia-sia tetapi mereka sedang membuat satu perkerjaan penting untuk perkembangan otak mereka.

 

HANIS ATHIRAH RUSLI
Founder Finger Gym Kids

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )