Saya masih ingat waktu pengajian U dulu, saya kebiasannya dijadikan bahan rujuk oleh kawan-kawan yang tak sempat study pada malam sebelum paper exam. Kami akan berkumpul di dewan makan untuk mendengar saya berceloteh tentang apa yang telah saya ulangkaji.

Dalam banyak-banyak kawan, ada seorang kawan saya ni rajin buat lagu berkaitan subjek yang kami pelajari. Namanya Ayyub. Katanya “buat lagu” adalah cara terbaik untuk mengingat nota.

Tapi tidak pada saya. Pada saya membaca dan menyalin semula nota dalam bentuk lakaran imej/ icon lebih selesa dan mudah. Sayangnya nota saya tidak membantu rakan-rakan yang lain. Nota saya penuh dengan lakaran yang tidak diahami oleh orang lain.

Oleh sebab itu, saya terpaksa menjadi guru untuk mengajar semula rakan-rakan yang lain. Dan yang paling menarik tentang Ayyub ni, dia hanya perlukan 1 malam dengar saya membebel untuk dia score A+, sedangkan saya berminggu-minggu jadi ulat buku untuk dapatkan grad yang sama.

Tak tau sama ada saya perlu bangga atau perlu bengang.

Setelah bertahun-tahun tinggalkan dunia kampus, baru saya tahu perbezaan cara saya dan kawan saya belajar ada kaitan dengan “TYPE OF LEARNES”.

Seperti STIFiN, Multiple Intelligence, Model Dunn and Dunn, TYPES OF LEARNERS atau Model Kaedah Pembelajaran VAK adalah salah satu kajian mengenai jenis-jenis kecerdasan yang ada pada setiap manusia.

Teori ini menyokong idea bahawa setiap manusia dilahirkan bijak, cuma setiap dari kita perlu cari cara pembelajaran yang mana paling berkesan dan bersesuaian.

Kalau kita tengah kemurungan fikirkan “kenapa la anak aku ni susah nak pandai”, sekarang kita boleh berhenti. Sebenarnya anak kita mampu pandai. Anak kita mampu kuasai pelajaran seoptima mungkin dengan syarat kita bantu dia temukan “apakah jenis pembelajaran yang sesuai untuk anak. What Types of Learner They Are? Cara belajar yang mana lebih anak selesa dan cara belajar yang mana lebih buat anak mudah faham.

1. Visual Learner (VL)

Kajian mendapati 60% dari populasi dunia adalah “visual learner”. Saya adalah salah seorang darinya. Tidak hairan saya selesa menulis nota.

Di dalam kelas, saya selesa duduk di meja paling hadapan dan menulis nota. Waktu membaca pun, saya akan tulis semula nota. Nota saya penuh dengan diagram dan icon-icon. Dengan menulis semula, lebih mudah untuk saya ingat dan faham.

Di kelas, VL lebih mudah nak faham apa yang cikgu ajar jika ianya ditulis di papan putih
berbanding kalau cikgu bercakap di depan kelas. Kalau cikgu bagi lecture pun, VL perlu mencatat nota.

VL digalakkan untuk menggunakan diagram dan carta untuk memahami sesuatu konsep, dan menggunakan pen berbagai warna untuk tulis nota. Mereka tak menghadapi masalah kalau belajar sambil dengar makcik bawang di sebelah bergosip tetapi mudah terganggu jika ada tv terpasang atau ada orang lalu lalang tepi kelas.

VL lebih selesa memilih belajar sorang diri berbanding berkumpulan. VL juga suka tanya banyak soalan untuk mendapatkan penjelasan. Fuhh boss saya dulu suka jeling bila saya suka ulang semula arahan dari dia. Maaf bosku, this is just my nature of being VL.

Sebagai VL, saya lebih selesa menerima mesej berbanding call dari pelanggan. Sebab nanti bila letak telefon, lupa dah perincian yang diminta pelanggan. Kikiki!

2. Auditory Learner(AL)

30% populasi dunia adalah dikalangan AL. Termasuk la kawan saya yang bernama Ayyub tadi.

Saya agak jealous dengan manusia jenis ni. Contoh terdekat anak sulong saya. Dia hanya perlu dengar ayat Quran diulang beberapa kali untuk menghafal, sedangkan saya perlu tengok ayat tu dari quran/ buku… baru dapat hafal. Anak kedua saya juga seperti saya. Perlu ada flash card untuk mudahkan dia mengingat.

AL bertuah sangat sebab boleh belajar sambil memasak, sambil basuh kain, sambil jogging.
Bubuh je earphone di telinga. Jimat masa!

Cuma kekurangan mereka, kalau dapat cikgu yang kurang bercakap dan lebih gemar bagi task. Kalau mereka perlu membaca, mereka perlukan suasana yang senyap untuk fokus. Redha ye mak ayah, kalau anak-anak suka membaca buku dengan suara yang kuat. Mereka mungkin sebahagian dari AL

Seperti si Ayyub tadi, golongan ini mudah menghafal menerusi lagu. Mereka lebih selesa terima arahan lisan berbanding kena baca sendiri buku manual. Mereka selesa dengan kerja berkumpulan, melibatkan diri dengan diskusi atau debat dan sangat mudah menghafal. Pendek kata, AL ni lebih selesa belajar dengan mendengar berbanding membaca.

Sementara Visual learner tools mereka adalah pen dan buku, Auditory Learner pulak digalakkan mempunyai alam perakam (recorder) dan earphone sebagai alat bantuan belajar.

3. Kineshetic Learner (KL)

10% populasi dunia adalah KL. Medium pembelajaran mereka lebih berkesan bila melibatkan pergerakan dan sentuhan. Mereka perlukan stimulasi luaran untuk kekal bagi tumpuan.

Memandangkan pembelajaran di sekolah dan universiti lebih banyak belajar menggunakan buku dan lecture, jadi amat kasihan kat orang jenis KL ni.

Tangan, kaki atau badan perlu bergerak untuk dapatkan kepuasan belajar. Sedangkan di sekolah, siapa yang tak duduk diam, memang naya kena baling kapur. Zaman saya la. Paling manja pun, ketua kelas tulis nama.

KL mudah hilang tumpuan dengan lecture panjang-panjang. Jadi kalau di dalam kelas, mereka perlu ambil masa rehat yang kerap dan bangun dari tempat duduk.

Pendek kata KL belajar dengan cara yang tidak formal. Mereka sangat suka dengan aktiviti berkumpulan, menikmati rombongan sekolah, dan digalakkan bina model untuk memahami sesuatu konsep.

Untuk tackle kinesthetic learner, ibu bapa atau guru digalakkan mencipta permainan berkaitan dengan apa yang dipelajari, Izinkanlah mereka untuk bergolek dan berbaring jika mereka tak selesa bila belajar duduk. Maafkanlah keaktifan luar biasa mereka.

Semua anak-anak bermula dengan kinesthetic learner, memandangkan mereka perlukan ransangan 7 deria badan untuk membina kefungsian tubuh. Anak-anak yang cukup ransangan kinestetik di awal usia didapati lebih mudah menguasai pembelajaran secara visual dan auditori.

Jom cek kita lebih dominan yang mana!

1. Anda nak pasang rak yang baru dibeli di Ikea. Bagaimana anda nak dapatkan kepastian cara pemasangan sekiranya manual hilang?

a. tonton video online.
b. cuba sendiri dulu.
c. minta tolong kawan jelaskan cara pemasangan.

2. Anda sedang melancong dan baru sahaja sampai ke tempat tersebut buat pertama kalinya. Macam mana anda nak cari kedai makan sekiranya anda hanya ada peta dan tiada internet untuk buka apps.

a. ikut map
b. jalan sampai jumpa tempat makan
c. tanya arah jalan kat orang sekitar

3. Anda ditanya oleh anak, bagaimana nak mengeja sesuatu perkataan. Anda…

a. Tulis dahulu untuk tengok ejaan tu betul atau tidak.
b. tulis di udara
c. sebut kuat-kuat untuk kenal pasti betul atau tidak ejaan.

4. Bagaimana anda mengingat nombor telefon ahli keluarga?

a. tulis/ tengok pada keypad dan bayangkan gerakan mendail.
b. praktis dail beberapa kali
c. sebut kuat-kuat nombor tersebut.

5. Benda yang paling mengganggu bila sedang belajar.

a. orang lalu lalang di sebelah
b. kerusi tidak selesa
c. bunyi bising di sekitar

6. Jika diminta untuk pilih, mana satukah hadiah pilihan anda untuk diri sendiri?

a. Bingkai gambar dengan imej yang menarik.
b. Permainan seperti board game, bola dan sebagainya.
c. CD lagu kegemaran.

7. Apakah tenpat paling anda minati untuk beriadah?

a. wayang.
b. teman tema.
c. konsert.

8. Bagaimana anda mengingati orang?

a. mengecam mukanya.
b. ada kenangan bersamanya.
c. mengingati namanya.

9. Sekiranya anda perlu membeli telefon baru, bagaimana anda nak tau telefon mana yang terbaik di pasaran?

a. Baca kaji selidik di internet.
b. Cuba sendiri di kedai.
c. Tanyakan pendapat orang kedai.

10. Sekiranya anda ditugaskan buat pembentangan, bagaimana anda belajar/ berlatih bercakap?

a. tulis pada kertas/ nota kecik
b. praktis di depan cermin atau redah je
c. rekod dan dengar banyak kali.

Sekiranya jawapan anda banyak A, anda adalah Visual Learner. Sekiranya banyak jawapan B, anda adalah Kinesthetic Learner dan sekiranya banyak jawapan C, anda adalah Auditory Learner.

Share This