Ini kisah KETAGIHAN GADGET. Kisah yang saya dengar dari penulis Adlil Rajiah sendiri. Kisah ini disampaikan waktu seminar awal bulan lalu. Kisah ini agak seram jika ia terjadi kepada kaum kerabat kita, apatah lagi kalau anak sendiri. Dengan rasa penuh tanggungjawab, saya rasa wajib saya kongsikan kepada semua supaya membuka mata lebih ramai lagi.

Rasanya ramai peminat Kak Jiji tau kisah anak beliau Haikal yang mengalami masalah excessive screen exposure. Masalah sebegini sebenarnya adalah masalah lazim ibu-ibu zaman teknologi. Mungkin ibu yang lain juga macam Kak Jiji di peringkat awal; merasakan gadget itu sekadar sekeping teknologi yang membantu kita alihkan perhatian anak bila kita sibuk. Download ajelah video-video dan permainan educational, dah tentu gadget ni beri kebaikan pada anak.

“Nampak? Anak saya dah boleh menyebut ABC, 123, mengenal warna dan bentuk melalui gadget! Siapa kata gadget ni tak bagus!”

Tunggu!

Sebelum lebih ramai yang berfikir macam tu, mari saya ceritakan apa yang berlaku kepada anak penulis ini! Mulanya gadget memang membantu Kak Jiji fokus dengan kerja-kerja menyiapkan thesis. Tanpa dia sedar, apa yang berlaku di dalam otak Haikal adalah sesuatu yang menyeramkan. Otak Haikal mula dibanjiri dengan dopamine, sejenis bahan kimia di dalam otak yang biasanya baik. Tapi bila berlebihan ia menyamai bahaya ketagihan dadah dan bahan porno. Ya. Ketagihan gadget mengalami proses yang sama seperti 2 ketagihan yang menjijikkan itu.

 

Kesan Ketagihan Terhadap Otak

Bila anak mula ketagih dengan gadget, dia tidak lagi lihat bermain itu satu keperluan. Anak-anak mula merasakan gadget adalah sebahagian dari anggota badannya. Bila gadget tidak ada disekitarnya, anak meraung-raung seperti hidungnya dicuri atau telinganya tercabut.

Bukan itu sahaja. Haikal mula jadi sangat mudah tantrum. Kecil-kecil hal anak mengamuk, walaupun hanya sebab ibu jari di selipar belah kiri kurang 1cm letaknya dari selipar belah kanan. Obsesnya terhadap gadget melebihi sukanya dia terhadap kehenseman wajah sendiri. Celiknya mata mencari gadget. Sebelum tidur, gadget juga objek terakhir yang anak ingin lihat.

Ini belum cukup seram lagi. Cerita yang lebih seram bila Kak Jiji menghantar anak beliau ke pusat rawatan intervensi/ terapi. Masya Allah terlalu ramai rupanya anak-anak mengalami masalah yang sama! Salah seorang kanak-kanak yang mendapatkan rawatan ini saya namakan sebagai Jon.

Jon ini dilahirkan sebagai bayi yang normal. Tapi kerana pendedahan gadget secara keterlaluan sejak bayi sehingga usianya 5 tahun, kaki dan tangan Jon merengkot. Badannya tidak berfungsi sebagai mana yang sepatutnya. Kesan yang berlaku ke atas Jon ibarat bayi diikat keseluruhan badan sehingga usia 5 tahun. Seluruh badannya hampir tidak pernah berpeluang bergerak. Sehingga ototnya lembik dan sendinya lemah.

Sewaktu Jon masuk, pemilik terapi telah mengingatkan Kak Jiji untuk off telefon. Sebarang perkataan ‘phone’ mahupun bunyi ringtone tidak dibenarkan berkumandang. Jon amat sensitif dengannya. Jadi setiap hari Kak Jiji tidak lupa untuk silent telefon setiap kali ke sana.

Tiba satu hari, ditakdirkan Allah Kak jiji terlupa untuk silent telefonnya. Bila ringtone berkumandang, Jon yang sedang ralit menyertai aktiviti intervensi memandang tajam ke arahnya, kemudian menjerit,
“Iphooooonnnneeeeeeee! Iphonnnneee! Iphoooooonneeee!!”
Dengan kaki dan tangan yang merengkot, Jon menuju ke arah Kak Jiji. Kata Kak Jiji, perasaan waktu memang macam dalam filem Ju-on. Perasaan seramnya sama macam berlakon babak dikejar hantu. Bulu roma pon rasa nak bertempiaran lari, seram dengan aksi Jon.

Tak cukup seram? Cuba bayangkan apa yang berlaku pada Jon berlaku pada anak sendiri. Mahu??

Ini baru menyentuh kesan ketagihan, belum lagi menyentuh implikasi lain yang berlaku pada anak. (Insya Allah saya akan menulis artikel berkenaan impak yang berlaku menurut pakar perkembangan kanak-kanak).

Cuba pandang anak-anak kita, selidik tingkah laku mereka. Ada tak anak menunjukkan tanda-tanda ketagihan?

Tahap Ketagihan dan Tanda-Tanda

 

Tahap Tiada Ketagihan:

  • Anak memulangkan semula gajet dan tidak memberontak ketika gajet di ambil semula
  • Anak tidak meminta gajet ketika bosan
  • Anak boleh bermain bersendirian atau berkumpulan, tanpa gajet
  • Anak berhenti menangis tanpa perlu ditenangkan dengan gajet
  • Anak patuh peraturan skrin yang ditetapkan, tanpa rungutan
  • Anak tahu mementingkan keperluan dan keutamaan berbanding gajet (makan, tidur, bermain, berbual, beriadah, dll)
  • Gajet bukan the only source of entertainment utama bagi anak


Ketagihan Ringan :

  • Anak mematuhi peraturan skrin, tapi dengan sedikit rungutan
  • Anak mula meminta gajet di luar waktu yang sepatutnya
  • Anak akan melengah-lengahkan bila diminta pulangkan semula gajet
  • Anak suka bersendiri dengan gajet, dan tidak mahu gangguan ketika menggunakannya


Ketagihan Biasa :

  • Anak tahu tentang peraturan skrin, tapi selalu merayu/mendesak untuk diberi lebih lagi
  • Anak minta phone ketika menunggu, seperti — di restoran, di kenduri, dalam kereta, etc.
  • Anak minta gajet ketika ibu bapa sedang sibuk, atau ketika ibu bapa baru pulang dari tempat kerja
  • Anak ambil phone ibu bapa, tanpa meminta izin
  • Anak tiba-tiba hilang dari pandangan, atau tiba-tiba rumah jadi senyap, rupanya anak tengah layan gajet bersendirian tanpa pengetahuan ibu bapa
  • Anak memberontak, merungut, menjerit, apabila gajet diambil semula
  • Jika gajet habis bateri, anak akan cari gajet lain dan masih mahukan aktiviti skrin.
  • Anak suka buka multi-screen dalam satu masa
  • Anak menggunakan gajet dalam aktiviti keluarga. Contohnya, ketika makan, ketika berbual, etc.
  • Ibu bapa terpaksa beri gajet untuk tenangkan anak, atau supaya mudah untuk suap anak makan.
  • Anak sentiasa cari jalan untuk dapat screen time yang berlebihan. Contohnya, buat ibu bapa gembira, tunjuk rajin, tunjuk baik, etc.
  • Anak senyap-senyap guna gajet dalam toilet atau bawah selimut.
  • Anak lebih suka spend time dengan gajet, berbanding dengan keluarga dan kawan-kawan
  • Apabila berjumpa kawan-kawan atau sepupu, anak lebih suka aktiviti yang melibatkan gajet berbanding aktiviti yang tak melibatkan gajet.
  • Anak suka berdamping dengan orang dewasa yang mudah memberinya gajet.
  • Anak tidak menyahut atau lambat respon apabila dipanggil, kerana terlalu leka dengan gajet

 

Ketagihan Parah

  • Anak membangkang peraturan skrin yang ditetapkan.
  • Anak hilang rasa hormat kepada ibu bapa apabila pendedahan skrin dihadkan.
  • “Mati lah kalau takde TV!”
  • “Mak dah tak sayang saya lah ni!”
  • “Mak ni ketinggalan zaman lah. Sekarang memang zaman gajet!”
  • Anak boleh berjaga sepanjang malam dengan gajet.
  • Anak paksa ibu bapa belikan phone sendiri, atau letakkan TV dalam bilik
  • Anak menggeledah beg tangan atau bilik ibu bapa dan ambil gajet tanpa pengetahuan ibu bapa
  • Anak pura-pura tidur sehingga ibu bapa tertidur, supaya mereka boleh gunakan gajet sepanjang malam
  • Anak mula mendesak ibu bapa untuk mengikut trend gajet atau teknologi semasa.
  • Anak berulangkali melanggar peraturan. Contohnya, menggunakan gajet ketika makan / ketika berbual, dan tidak mahu memulangkannya semula.
  •  Anak akan menjerit, tantrum, baling barang, “jadi gila” jika tidak dapat gajet.
  • Anak mula mengasingkan diri dan tidak mahu bercakap dengan ibu bapa, sehingga diberikan semula gajet.
  • Anak mula mencari kawan-kawan yang mempunyai gajet sendiri, untuk menumpang keseronokan.
  • Anak memukul, memaki, menyepak, menumbuk ibu bapa ketika gajet diambil semula

Kalau anak kita mula menunjukkan tanda-tanda ketagihan, segera dapatkan intervensi dari pakar seperti Pakar Terapi Cara Kerja atau Pakar Terapi pertuturan (jika tanda-tanda diikuti dengan ‘speech delay’) yang ada di hospital-hospital tertentu. Boleh juga dapatkan rawatan di pusat rawatan swasta. Takut-takut ada masalah lain yang akan berlaku selain masalah ketagihan.

Masalah lain yang dimaksudkan adalah seperti:
Virtual autism
– Language Speech delay
– Kerosakan saraf mata dan otak
– Menerima radiasi yang memberi kesan jangka panjang pada otak
– Masalah perkembangan
– Masalah sensori
– Masalah sosial dan komunikasi
– Kerosakan otak
– Masalah tumpuan di dalam kelas
– Perkembangan emosi jadi (lebih mudah tantrum)

Adlil Rajiah pernah menjadi saksi ketagihan gadget berlaku dalam rumah sendiri. Malah mata beliau sendiri pernah menyaksikan ratusan lagi kanak-kanak dengan pelbagai masalah yang dipunca sebabkan oleh gadget.

Kerana itu beliau selalu muncul di tv dan majalah serta berhempas pulas menulis dalam buku beliau semata-mata nak educate kita mak ayah supaya jangan lagi ulang silap dia yang lalu.

Jom! Gantikan gadget di tangan anak dengan tangan kita sendiri. Mungkin inilah masanya untuk kita kembali gantikan tempat gadget yang dah jadi nombor satu di hati anak.

Beri anak pengalaman sebenar berinteraksi.
Bawa mereka keluar menjejak tanah dan menyentuh tumbuhan.
Beri peluang mata mereka meneroka alam.
Kembalikan pekerjaan mereka yang sebenar, iaitu bermain.

6 Sebab Mengapa Perkembangan Anak Merosot

Share This