Kenapa nak marah anak sangat?

Kenapa nak marah anak sangat?

Memang anak umur bawah 7 tahun ni sangat Egocentric 😡

– dia tak suka berkongsi
– asyik nak menang
– tak suka mengalah
– susah dengar kata
– nak ikut cakap dia je

Memang anak yang tengah Egocentric ni dia punya penangan lain macam. Biasanya perangai ni muncul di umur 2 tahun. Masa umur ni lah mak mak dah mula,

– stress
– kepenatan
– tak cukup tidur
– emosi turun naik

Tetapi tahu tak sifat Egocentric anak ni sebenarnya,

– baik untuk dia
– fitrah seorang anak
– dicipta khas untuk anak anak

Kenapa??

– kerana untuk melindungi anak kita sendiri!

Daripada siapa?

– Daripada mak ayahnya sendiri

Biar betul 😱

Yaaa. Bayangkan tanpa sifat Egocentric ni :

– anak anak akan jadi patuh pada semua arahan
– bila kita suruh diam anak akan diam
– bila kita suruh anak berhenti bermain dia akan berhenti bermain
– bila kita suruh anak senyap, dia berhenti bercakap

Bila anak anak ikut kita sangat maka perkembangan anak kita akan ROSAK 😫

Untuk otak anak berkembang sempurna, anak kita perlu :

– berlari
– memanjat
– melompat
– bercakap
– menangis
– eksperimen sini sana
– explore sini sana

Maka bersabarlah sedikit wahai emak emak semua. Akan sampai masanya anak anak kita semua akan,

– berhenti memanjat
– berhenti menangis
– berhenti bergaduh
– berhenti bising

Masa tu barulah kita tahu bahawa perangai anak yang membuatkan kita mengucap panjang setiap hari itu rupa-rupanya adalah sifat anak anak yang kita paling rindu dan ianya juga adalah sifat anak yang paling mereka perlu ❤️

Terima kasih. Silakan share jika ianya bermanfaat untuk mak ayah yang lain. 

 

DR TAUFIQ RAZIF

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )