Kenapa ya anak susah berkongsi? Sedih tau bila dengar orang gelar anak kita kedekut.
.

Seronok ada anak ramai ni. Bila waktu main bersama, bukan main riuh ketawa. Kita yang tengok pon terhibur. Tapi cuba kalau datang mood nak bergaduh. Allahu, mak yang dengar rasa nak join me’wrestling’ depa.

Antara sebab paling sinonim buat anak-anak gaduh adalah berebut barang. Ya ke tidak?

Oleh sebab itu kami laki bini kalau nak membeli mainan, terpaksa beli sorang satu. Bayangkan kalau ada sepuluh anak. Rabak poket ayah. Tapi rabak poket lebih kami rela dari terpaksa rabak telinga mendengar mereka menjerit. Penat tau jadi pengadil nak meleraikan pergaduhan.

Anak kami yang sulong Ammar ada skil yang tersendiri. Walaupun kami dah beli mainan sorang satu, dia akan simpan mainannya elok-elok. Mainan Aqlan pula diminta untuk berkongsi.

“Boleh ya Aqlan, abang pinjam ambulan ni kejap, nanti abang bagi balik”.
Lembut suara dan manis muka memujuk. Macam biasa, Aqlan yang berhati lembut mengangguk setuju. Langsung dia tak persoal kenapa mainan dia juga yang nak diambil Ammar.

Kenapa tak main awak punya je Ammar?” tanya saya.

“Nanti sticker tercabut, lampu habis bateri. Ammar sayang.”
Wah wah! Dah tu mainan Aqlan tak risau pulak dia rosakkan. Nak mengajar adik berkongsi, abang pula ambil kesempatan.

Tapi sabar si Aqlan tak lama. Bila nampak abang dah naik kepala main mainan dia buat-buat lupa nak bagi balik, dia mula buat muka hulk. “Aqlan nak ambulan!” seraya merampas mainannya dari tangan abang. Abang merampas kembali, maka bermulalah drama perebutan mereka.

BERKONGSI.

Berkongsi bukan sesuatu yang mudah untuk anak-anak berumur 2 tahun ke bawah. Egosentrik mereka masih kuat. Mereka belum boleh memahami kepentingan perasaan orang lain. Jadi lepas ni tak perlu ambil hati sangat kalau orang kata anak kita yang umur 1 tahun 5 bulan tu kedekut. Senyum aje dan sebut dalam hati, “Lorh, sebenarnya kau je yang tak faham fasa budak. “

Bila masuk umur 4 tahun, perlahan-lahan mereka akan lebih memahami perasaan orang lain dan tau kepentingan berkongsi. Berkongsi adalah salah satu skil sosial selain mengurus emosi sendiri, menunggu giliran, menyatakan kehendak dan mendengar arahan. Kalau anak kita sudah 4 tahun tapi belum menguasai kemahiran-kemahiran ini, nak tak nak kita perlu jadi guru untuk membantu mereka.

Tapi, Apa nak buat bila drama REBUT bermula?

“Ok Aqlan.. lets share with Ammar.” Kata kita kepada anak dengan baik. Tiba-tiba muka manis kita ditumbuk.

Sebenarnya bila kita memaksa anak beralah, ibarat kita ajak anak gaduh. Perasaannya ibarat ada seorang perempuan datang pada kita dan meminta berkongsi kasih dengan laki kita.

Fuhh… berapi kan!

Begitulah yang dirasai anak. Memaksa berkongsi ibarat berlawan dengan kehendaknya yang kuat.

Langkah pertama yang perlu kita buat ialah mengendali perasaan anak dulu. ‘Validate’ perasaan anak dengan penuh rasa empati.

“Aqlan, did Ammar took your toy? I see you are not ready to share with Ammar. I see that you are upset at Ammar because he took your toy without your consent. I know you are upset. Do you want your toy back. Let’s ask Ammar. Ammar, please give back the toy to Aqlan. He is not ready to share the toy with you. Thank you Ammar for understanding Aqlan’s feeling.

Perkara kedua, pujuk dan beri galakan.
“Aqlan.. Ammar likes your toy too because you have a cool toy. When you are ready to share the toy, can Ammar has a turn? Is that OK with you?”

Bertabahlah kita untuk mengulangi proses ini, sehingga usianya 4 tahun dan mula memahami perasaan orang lain.

Berkongsi adalah kemahiran yang perlu dipelajari secara “step by step”. Ya, perlahan-lahan. Ia sangat bergantung kepada kematangan anak untuk memahami perasaan orang lain.

 

1. Kenal Konsep Berkongsi Melalui Teladan.

Fasa usia anak 1.5-2 tahun adalah fasa memperkenal dan menggalakkan. Teringat pesan Ustazah Isfadiah beberapa minggu lepas, apa sahaja proses mendisiplinkan anak, perlu mulakan dengan ‘kenal’, kemudian baru sibuk nak apply star chart atau marah-marah.

Anak akan mula kenal disiplin melalui visual, iaitu contoh teladan yang akan dilihat setiap hari, kemudian, barulah pesanan secara verbal boleh diterima.

Jadi lepas ni sebelum nasihat anak, kita perlu jadi contoh yang baik. Kalau nak ambil barang dari anak, tak boleh dah merampas-rampas, minta baik-baik atau ‘offer’ barang lain.
.

2. Puji Orang Lain

Jadikan orang lain di sekeliling sebagai ‘subject matter’. Bila nampak orang lain berkongsi, cepat-cepat tunjukkan padanya dan kata, “Wah tengok tu. Kawan pandai sharing la. Baiknya dia.”
.

3. Bermain.

Galakkan anak bermain bersama adik beradik atau kawan-kawan dengan pantauan kita. Buatkan permainan yang akan melibatkan anak dengan proses ambil giliran, dengar arahan dan berkongsi.
.

4. Ingatkan Sebelum Jadi

“OK, we are all playing together. We will all share the toys here. If anyone hold or want the same toy at the same time, they have to play together and share, or the toys will go in the box and no one can play with it until you are ready to share.”
.

5. Reinforcement.

Nombor 4 adalah ‘negative reinforcement method’ iaitu kesan buruk yang akan berlaku bila taknak berkongsi. Nombor 5 pula adalah ‘positive reinforcement’ yang murah dan mudah untuk dipraktikkan, iaitu memuji. Memuji bila anak tunjuk kesanggupan berkongsi.

“Aqlan, I see that you are sharing your toy with Abang Ammar. You must be feeling very happy to share. isn’t that wonderful feeling? Thank you for sharing toy with Ammar.”

Kerja kita sebagai orang dewasa adalah untuk membimbing kanak-kanak memahami perasaan sendiri seterusnya memberi respon yang betul terhadap persekitaran and orang lain. Barulah kita boleh bantu anak2 membina EQ dengan baik.

Ingat, anak kita juga adalah manusia. Sekiranya mereka menunjukkan tindak balas yang tak nak kita lihat, berkemungkinan mereka sendiri tak mahir untuk memberi respon yang sepatutnya. Tapi dengan kesabaran dan bimbingan berterusan dari kita, insya Allah mereka akan dapat dibantu.

Share This