“Anak orang sebelah yang sebaya dengan anak kita tu dah berjalan la. Anak kita merangkak lagi.” 😭😭😭

Haa.. biasa kan ayat macam ni kita sebut! Terutama sekali yang perempuan. Spesis yang banyak berfikir ni.

Saya pun tak terkecuali, nak-nak pula waktu anak pertama dulu.

Lepas dari tu, saya print carta perkembangan dari internet & tampal di dinding. Barulah saya berhenti banding-banding anak saya dengan anak orang.

Sekarang, anak saya yang 3 tahun ni pun baca buku perkembangan sampai tertidur-tidur. Legalah tu, dia ok! 😂

Dekat buku KKM pun sebenarnya ada carta tu. Cuma tak terperinci.
Kalau nak terperinci, dia ada pembahagian macam ni
– Perkembangan fizikal
– Perkembangan kognitif
– Perkembangan emosi
– Perkembangan sosial
– Perkembangan bahasa

Nak terperinci, boleh rujuk menggunakan apps Kinedu atay Baby Centre. Cuma sampai satu tahap, kena bayar pulak.

Tak pun beli buku Target Lima tulisan OT Aisyah Rozalli . Siap ada ratusan idea permainan untuk meransang anak.

Bila dah ada carta untuk dirujuk, bolehlah kita lihat, bahagian mana yang anak LAJU dan bahagian mana yang anak KETINGGALAN. Dari situ, kita tau kat bahagian mana kita nak bantu anak.

Kalau lewat beberapa minggu tu, insya Allah kita boleh tolong ‘kejarkan’. Tapi kalau lewat sampai berbulan-bulan, cepat-cepatlah usahakan berjumpa pakar.

Sumber : megapixl.com

Perkembangan Awal Kanak-kanak (Asas sahaja)

6 BULAN
– Meniru bunyi-bunyian
– Mula duduk tanpa sokongan
– Menunjukkan minat untuk bermain terutamanya dengan ibu dan bapa
– Membunyikan huruf-huruf vokal seperti “ah”, “eh”, “oh”.
– Respon apabila dipanggil

12 BULAN
– Membuat pergerakan mudah seperti geleng kepala untuk “tidak” dan melambai untuk “bye-bye”
– Meniru perlakuan
– Memberi respon dengan permintaan mudah
– Menuturkan “Mama” dan “Dada”
– Cuba untuk berdiri

18 BULAN
– Boleh berjalan dengan baik
– Bermain permainan olok-olok seperti pura-pura cakap di telefon, pura-pura tidur dan sebagainya.
– Menunjukkan sesuatu yang menarik kepada orang lain
– Menuturkan beberapa patah perkataan dengan mudah
– Jalan bersendiri
– Faham perkataan mudah

2 TAHUN
– Mula belajar berkongsi
– Bertutur menggunakan 2-4 patah perkataan mudah
-Memanjat tangga
– Teruja bila bersama kanak-kanak lain
– Melompat setempat dengan kedua-dua kaki
– Mula memanjat perabut

3 TAHUN
– Meniru orang dewasa dan kawan-kawan (berlari apabila ada kanak-kanak lain berlari)
– Berbual dengan menghubungkan 3 patah perkataan ke atas
– Main berlakon-berlakon dan bercakap seorang diri (berimaginasi)
– Suka melukis/ menconteng
– Suka melompat dan bermain lasak
– Mahir memanjat
– Melompat ke depan atau ke bawah, dengan ketinggian rendah.
– Sudah mula boleh ke tandas untuk buang air

4 TAHUN
– Berdiri dengan 1 kaki lebih dari 2 saat
– Mahu bermain dengan rakan-rakan lain daripada berseorangan
– Mula bercerita (menggabungkan lebih dari 4 patah perkataan)
-Melukis gambar manusia dengan 2-4 bahagian badan
– Selesa dengan makanan pelbagai tekstur
– Menggunakan sudu untuk makan dengan mudah (mungkin tertumpah sedikit)

5 TAHUN
– Bermain permainan yang ada peraturan seperti polis sentry, kejar-kejar dan sorok-sorok
– Menulis dengan pegangan sempurna
– Membaling bola mengenai target
– Menyalin nama sendiri
– Mula mahir menggunting bentuk-bentuk mudah
– Boleh mengurus diri di tandas
– mengangkat cawan dan pinggan ke sinki selepas makan
– Guna kedua-dua belah tangan dengan mahir

Share This