Menjelang Syawal ni, ada beberapa larangan yang kita perlu kenal pasti.

1. Jangan lupa bayar zakat fitrah.

Zakat fitrah adalah sedekah yang wajib dikeluarkan bagi sesetengah individu pada bulan Ramadan. Kadar zakat yang wajib dikeluarkana adalah sama nilai dengan 1 dan berbeza bagi setiap negeri.

 

2.  Jangan Cium Bayi

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita tular tentang kematian seorang bayi yang baru lahir. Hasil siasatan, bayi tersebut meninggal akibat jangkitan bawaan orang yang datang bertandang.

Ini bukan pertama kali, malah telah banyak kes bayi jatuh sakit akibat yang sama.

Jadi, tahan diri. Elakkan mencium bayi terutama di 5 bulan pertamanya. Mereka sangat mudah terdedah kepada penyakit.

Walaupun kita kelihatan sihat, kita takkan sedar sekiranya kita sedang membawa virus yang berbahaya kepada bayi. Malah kebanyakan dari kita tidak sedar pakaiannya mempunyai sisa asap rokok basi dari persekitaran, yang mana ia sangat-sangat berbahaya.

Ibu bayi pasti rasa serba salah bila bayi mereka didekati ramai orang, takut dikata sombong. Fahamilah mereka dan berlapang dada sekiranya mereka tidak mengizinkan.

 

3. Jangan Habiskan Duit

 

Tak salah beraya sakan. Almaklumlah dah berkorban berpuasa 30 hari, Allah nak kasi ganjaran, raikan saja. Tapi jangan lupa kita perlu teruskan hidup selepas raya. Jadi, asingkan siap-siap perbelanjaan selepas hari raya, ok!

Jangan sampai satu keluarga makan megi selepas seminggu makan ketupat rendang.

 

4. Jangan Asyik Dengan Gajet/ TV

Raya bertambah meriah sekiranya semua ahli keluarga terlibat membantu dalam persiapan, terutamanya di dapur. Sejuk hati bila lihat lelaki dan wanita berhempas pulas menyediakan pelbagai juadah bersama. Yang parut kelapa, yang kejar ayam, yang potong daging, yang bakar lemang, semua terlibat!

Jika ada di antara kita yang tak mahir memasak, masih boleh tawarkan diri untuk memotong bawang, atau menyediakan bahan masak yang lain. Paling tidak, bantu basuh pinggan dan angkat hidang pun ok! Asalkan nampak usaha kita untuk terlibat.

Waktu raya, memang banyak rancangan raya yang menarik. Scroll FB stalk gambar kawan-kawan berselfie raya pun best! Tapi, jangan lupa hadkan. Ambil giliran mereka yang sudah penat di dapur.

Tak dinafikan setelah berjam-jam memandu, sedap dapat baring lama-lama merehatkan badan. Tapi jangan lupa adakan ruang untuk cipta memori bersama ahli keluarga yang jarang kita dapat jumpa.

 

5. Jangan Ajar Anak Minta Duit Raya

Dapat duit raya adalah motivasi terbesar anak-anak kita di hari lebaran. Sebelum raya, mereka dah siapkan senarai dah barang mainan apa yang nak mereka beli.

Jika kita masih ingat, zaman dulu kita sanggup jalan kaki pusing satu kampung asalkan dapat kutip duit raya lagi banyak dari sepupu lain. Namun hanya separuh dari generasi kini yang mewarisi semangat tersebut.

Dalam hal ini, jangan lupa ingatkan anak supaya meminta duit raya. Ucap terima kasih jika diberi dan jangan bertanya jika tidak dapat. Ini kerana tidak semua orang mampu untuk menyediakan bajet duit raya.

Pesan juga supaya jangan buka sampul duit raya depan orang yang memberi. Segan dia kalau dia mampu bagi sikit.

Kepada si pemberi duit raya, jangan rasa terbeban dengan amalan yang tidak wajib ini. Waktu memberi, anggaplah ia sebagai sedekah. Allah sayang orang yang sedekah. Tak hairanlah Allah tawarkan pahala dan rezeki 10 kali ganda kepada mereka yang ikhlas bersedekah.

 

6. Jangan Lupa Barang Dapur

Suami isteri dan anak-anak cantik sedondon berbaju baru. Jangan lupa untuk ibu ayah di kampung. Hulur-hulur buat membayar bil api dan air.
Kalau balik bersama adik beradik, pakatlah dan bahagi-bahagi jumlah perbelanjaan dapur yang perlu dibeli buat makan seisi keluarga nanti.

Barulah muafakat!

 

7. Jangan Menyendiri

Raya perlu dijadikan kesempatan untuk kita merapatkan ukhwah sesama ahli keluarga dan saudara mara. Rasa segan tu, adatlah! Nak-nak dengan yang bukan mahram. Tapi jangan terbawa-bawa hingga berkurung di dalam bilik. Terutama anak-anak kita.

Jangan biar mereka ‘terperap’ di bilik melayan gajet. Minta mereka keluar, berkenalan dengan saudara mara yang saban tahun bertambah ahlinya.

Bagaimana pun, ada sesetengah yang menderita dengan masalah mental mengalami masalah untuk bersemuka dengan orang lain. Ada yang mudah tersinggung, ada yang emosi mudah terganggu dan sebagainya.

Beri sokongan kepada ahli keluarga yang diketahui ada masalah ini.

 

8. Jaga Tutur

Rasanya semua dah maklum apa bentuk soalan yang mengundang sensitiviti kan!
“Bila nak kahwin?”
“Bila nak dapat anak?”
“Bila nak tambah lagi satu bini?”

Namun, berlapang dadalah bila yang bertanya itu adalah nenek atau makcik kita yang jarang kita jumpa. Maklumlah, ada antara yang bertanya tak ada dalam friend list kita di Facebook. Jadi macam-macam berita terbaru mereka nak update.

Untuk mereka yang kurang bernasib baik, lapangkan dada mereka dengan pujian,
“Aku tengok kau ni sabar betul jaga anak ramai-ramai. Kagum aku.”
“Korang berdua ni alahai romantik je aku tengok! Kawin dah lama, tapi macam pengantin baru.”

Jangan lupa jaga tutur kata dengan adik beradik. Tahan-tahankan diri nak menegur sesuatu yang disedari akan menyinggu atau mencetuskan pergaduhan.

 

9. Jaga Aurat Dan Batas Pergaulan.

Jangan lupa jaga batas pergaulan kita bila beraya.

Ingat, bukan dengan semua orang kita boleh bersalam. Bagaimana pun, kalau ada bukan muhrim yang menghulur salam, boleh cuba katakan
“Maaf, saya ada wuduk.” Tentu kurang sikit kemungkinan orang nak berkecil hati dengan kita. Nak jaga hati orang, jaga dulu syariat kita dengan cara yang berhikmah.

Begitu juga dengan aurat kita. Nak-nak lagi bila tidur lambak. Sebaik-baiknya, cari tempat tidur atau cari pakaian tidur yang menjaga pandangan orang lain. Pernah ada pembaca yang berkongsi pengalaman dicabul oleh abang sendiri akibat budaya tidur lambak dari kecil hingga ke besar.

Jaga-jaga ya. Dengan adik beradik pun perlu jaga, apatah lagi dengan yang bukan muhrim.

 

10. Jaga Dalam Berhias

Sebagai wanita, pastinya perasaan nak diri cantik itu membuak-buak. Lebih cantik, lebih terasa yakin. Nak cantik boleh, tapi pastikan jangan berlebih-lebihan. Jangan sehingga buat orang menoleh berkali-kali.

Kenali apa amalan kecantikan yang boleh dan tidak dibolehkan. Maskara boleh, bulu mata palsu tak boleh. Extend bulu mata tak boleh, perming bulu mata boleh. Boleh nak pakai alat solek sekadar memperkemaskan wajah, tapi jangan sampai berlebih-lebihan.

Pastikan alat solek yang dipakai tidak menghalang air wuduk. Bersihkan alat solek sebersih-bersihnya supaya ia tidak bercampur dengan wuduk yang kita ambil.

 

11. Jaga Adab

Jaga adab tak kira kita atau anak-anak kita. Bab adab ni, susah juga kita nak suruh anak yang belum mumaiyiz untuk jaga. Maklumlah mereka masih belum boleh beza baik dan buruk. Masih di fasa buat sesuatu ikut suka hati.

Tapi boleh kurangkan tingkah laku yang tidak enak dengan mengingatkan (berulang-kali) anak akan peraturan-peraturan yang perlu mereka ikuti.

Antara adab menjadi tetamu adalah :
Jangan terlalu lama ketika bertandang, jangan datang di waktu tengah malam, risau tuan rumah letih dan elakkan datang ketika waktu maghrib.
Untuk yang ada anak kecil, jangan lupa sediakan plastik kecil untuk membungkus pampers anak untuk dibawa pulang. Elakkan tinggalkan najis anak yang berbau kuat di rumah orang. Kesian pulak kan! Mentang-mentang tetamu datang bawa rezeki, diberi sekali aroma semerbak sekali.
Sekiranya tempat duduk terhad, dahulukan orang yang lebih tua duduk di atas sofa. Yang muda duduk di lantai pun tak mengapa.
Selepas makan, jangan lupa kemaskan pinggan di atas meja sendiri. Tak perlulah sampai jadi pembantu rumah kemaskan semua rumah, cukup sekadar bantu tuan rumah memudahkan kerja mengemas.
Bila bersalam dengan orang yang lebih tua, pastikan kedua-dua tangan dihulur untuk bersalam. Bila nak lalu depan mereka, jangan lupa tundukkan badan.

 

12. Elak beri anak kecil makan biskut.


Biskut nampak sedap. Tentu kita gembira bila anak dapat makan sedap. Fikirkan kembali, adakah kita gembira sekiranya anak menghidap pelbagai penyakit yang disebabkan gula.

Beberapa biji kuih raya sudah cukup untuk mengundang ketagihan gula tehadap kanak-kanak. Ketagihan tersebut membawa kepada pelbagai masalah kesihatan yang lain. Sebiji biskut raya mengandungi tahap gula yang berbahaya terhadap kanak-kanak terutamanya yang berusia 2 tahun ke bawah.

Ramai mengeluh bila anak sering demam, selsema, dan sakit tekak tanpa menyedari gula adalah antara puncanya. Gula talah melemahkan imun badan anak malah menggalakkan penghasilan kahak yang menyebabkan batuk dan gatal tekak.

Bukan itu sahaja, gula juga menyebabkan masalah kekurangan gizi, kehilangan selera, masalah gigi dan obesiti.

Share This