Ini sebabnya anak tak ingat kita cakap

Ini sebabnya anak tak ingat kita cakap

Dalam otak kita, ada bahagian yang simpan SHORT-TERM-MEMORY. Contohnya, nak ingat TAC number untuk ditaip ke akaun Maybank. Atau nak simpan info sementara dapat giliran nak bercakap.

Kalau kita cakap laju-laju kat anak, info tu masuk ke sini.
Cakap lebih dari 10 patah perkataan pun masuk ke sini.
Sedangkan, bahagian otak ni hanya simpan info selama 30 saat je.

Tapi, kalau kita cakap ada elemen EMOSI dan SENSORI, lagi senang anak ingat.
Sebab info akan dipindahkan ke Temporal Lobe.
Elemen emosi adalah bila kita cakap dari hati ke hati. ‘Slow talk’ bak kata orang jawa.
Elemen sensori, adalah bila kita libatkan deria badan sekali.

Tak faham?
Macam ni.

Contohnya kita nak anak susun kasut sebelum masuk rumah.
1. Kita libatkan elemen emosi,
“Sedih mama. Mama banyak kerja nak buat.Kan senang kalau anak mama boleh tolong mama. Susun kasut sebelum masuk rumah pun jadilah.”

2. Kemudian, sebagai pengukuhan, kita ajar macam mana nak buat. Tunjukkan cara. Kat situ, dah ada elemen sensori. Iaitu visual.
Nak lagi kukuh, suruh dia ikut apa yang kita ajar. Kat situ, bertambah lagi elemen sensori. Yang bersifat kinestetik.

3. Nak pesanan tu disimpan lebih lama, cakap perlahan-lahan. Dan pendek-pendek. Kalau boleh, 1 ayat tak sampai 10 perkataan.

4. Buat setiap hari.
Ulang selama 25-30 hari.
Insya Allah, info tu akan kekal lama. Sebab dah tersimpan di Hippocampus.
.

Ini untuk anak 3-6 tahun tau. Yang belum mumaiyiz lagi.
Anak mumaiyiz belum ada otak logik yang matang. Tu sebab mereka tak ada common sense lagi. Tak reti fikir mana baik mana buruk.

Ini nota yang saya catit dari Konvensyen Neuroversiti tahun lepas. Alhamdulillah terbukak balik. Jadi saya kongsi dengan kalian. Harap-harap memberi manfaat. Dan jangan lupa Share. Supaya kawan kita kat luar sana pun dapat manfaatnya.

Wawa Shauqi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )