Ini kesan buruk TV dan gajet kepada anak

Ini kesan buruk TV dan gajet kepada anak

Bila anak tengok tv atau mengadap henfon, rumah kemas bak showroom ikea.

Tapi bila TV tak ada, henfon disorok, tiba-tiba rumah jadi riuh dan tunggang terbalik. Kalau tak pantau, terimalah nasib macam dalam gambar ni.

Habislah kalau tiba-tiba mak mertua datang nak buat spotcheck!

Tapi sebenarnya, kita perlu bersyukur kalau anak rajin menyepah dan tak bergantung pada tv dan henfon untuk hilangkan bosan.

Dan, lagi perlu kita risau kalau anak kita jenis bangun tidur terus mintak bukak tv ni.

Lagi bahaya, kalau kita taknak bukak, dia mengamuk marahkan kita. Itu tandanya, anak dah mula ketagihan.

Ketagihan tv ni, boleh membawa kepada masalah:
– Postur badan yang tak seimbang sebab tak banyak bergerak
– Badan floppy sebab tak aktif
– Masalah penglihatan seperti rabun, kerana mata menerima ransangan cahaya dan warna yang berlebihan dari tv
– Sukar fokus di dalam kelas. Kerana deria visual dan auditori menerima stimulasi yang berlebihan dari tv
– Mengalami gangguan tidur
– Mengalami masalah komunikasi dan sosial

Dan yang paling menakutkan, dalam satu kajian, ketagihan gajet dan tv ini boleh menyebabkan struktur otak rosak. Yang mana bila di’scan’, rosaknya menyamai kerosakan otak seorang yang ketagihan dadah.

Scary enough?

Maka tutuplah tv tu.

Biarkan anak menangis hari ini, jangan kita yang menangis beberapa tahun lagi.

Bila rumah sepah, tarik nafas dan ucaplah syukur.

“Alhamdulillah, banyak manfaat anak aku tak tengok tv.
Tangan anak jadi kuat sebab memanjat. Fikiran anak jadi kreatif bila main plastesin/ lego.
Badan mereka bertambah seimbang bila mereka melompat.”

TAPI…
Lepas habis main, ajak anak untuk kemas sekali. Jangan dibiar pula penyepahan terus menerus berlaku tanpa tindakan. Betul tak?

.

Saya faham, kalau kita tak pasang tv, kita yang jadi sasaran diganggu anak. Langsung tak jadi kerja memasak dan mengemas kita.

Tapi kan, cuba ajak sekali anak memasak. Bagi sayur untuk dicarik, pegangkan tangannya untuk memotong kentang. Bagi sekor ikan untuk dikorek isi perut dan matanya.

Takkan kita sangka, that kind of experience itu menjimatkan masa kita untuk bonding time dengan mereka.

Silap-silap, anak jantan yang korek mata ikan itu jugalah jadi kesayangan mertua nanti sebab pandai memasak.

Actually nak pasang tv, boleh aje. Cuma ada beberapa tip diberi pakar:
– Jangan lebih dari 2 jam sehari
– Sebelum buka tv, ‘stop & think’ – agak-agaknya, apa aktiviti ringkas yang mereka boleh buat sebagai syarat sebelum buka tv?
– Set limit.
‘Mama bagi 15 minit je, lepas alart bunyi, kita tutup tv’
‘Mama bagi tengok 1 cerita je, lepas habis, kita main ni’
– Elakkan letak tv di dalam bilik anak-anak
– Buatkan list aktiviti indoor/ outdoor
– Gantikan tv dengan sesi membaca buku
– Sediakan mainan yang mereka suka
– Ajak mereka menyertai kita buat kerja rumah

Memang tv membantu mudahkan kita.
Ia teknologi yang menghubungkan kita dengan dunia.

Tapi ia juga mampu menyekat fitrah anak yang perlu meneroka, bermain, bergerak aktif dan bersosial.

Kalau nak dibeza, banyak keburukan bila tv dipasang, dan banyak kebaikan bila tv ditutup.

 

WAWA SHAUQI

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )