Bila kita bercerita berkaitan dengan hubungan pasti kita impikan hubungan yang sangat erat dan bahagia. Kita nak jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak kan? Kita pun nak ada keluarga yang bahagia, mempunyai anak yang berakhlak atau berkelakuan yang baik kan?

Untuk jadi yang terbaik dan hasil yang terbaik, kita perlu ada “connection” yang baik. Hubungan yang baik dengan anak-anak adalah segala-galanya!

Hubungan bagaimana pula tu? PERHATIAN… Sebenarnya tak cukup untuk mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak hanya dengan ungkapan “Ibu sayang adik!”. Sayang perlu ada tindakan bukan hanya ucapan sayang sahaja. Salah satunya adalah perhatian. Jadi saya akan kongsikan kepada anda, beberapa Cara Untuk Mengeratkan Hubungan Antara Ibu Bapa dan Anak. Dengan cara ini kita boleh mengeratkan lagi hubungan atau bonding kita dengan mereka.

1. Limitkan Penggunaan Gajet Dihadapan Anak

“Kakak, tolong buatkan susu untuk adik kejap. Ibu tengah whatsapp dengan group tempat kerja ni” Kalau sekarang anda masih amalkan amalan seperti ini, tolong hentikan. Apabila kita kerap menggunakan gajet di hadapan anak dan lebih-lebih lagi apabila ketika itu anak kita meminta sesuatu daripada kita, mereka akan merasakan seolah-olah mereka tidak penting.

Bahaya dan sangat bahaya apabila anak kita mula berkata:

“Ibu dan ayah ni asyik main HP saja. Adik tanya tak jawab……”

Anak-anak yang masih kecil mereka sangat memerlukan perhatian yang sepenuhnya daripada kita. Pada waktu mereka kecil ini lah sebenarnya langkah pertama untuk kita eratkan hubungan bersama mereka. Apabila terjadi situasi seperti ini lama kelamaan mereka akan kurang untuk bertanya atau bersembang dengan kita. Kerana mereka merasakan “Ibu Ayah asyik sibuk, tak apa lah”.

Jadi, kurangkan penggunaan gajet dihadapan anak anda. Jika tidak situasi ini akan berlarutan sehingga anak-anak besar kelak. Dan apabila
sudah besar susah untuk kita kawal mereka semula. Boleh?

2. Tonton TV Pada Waktu Yang Tertentu

Menonton tv adalah salah satu aktiviti santai bersama keluarga. Tak salah untuk kita menonton tv bersama keluarga untuk hilangkan stress.
Dan tidak dinafikan juga sekarang ni saluran di kaca tv banyak juga saluran untuk pembelajaran kanak-kanak yang sangat bagus. Seperti
Tutor tv.

Tapi sebagai ibu bapa kita kena kawal masa anak-anak untuk menonton tv. Bukan sahaja anak-anak malah ibu bapa juga kena
kawal diri daripada menonton tv dengan terlalu lama.

Kenapa kita kena menonton tv pada waktu yang tertentu?

Sebenarnya jika kita tidak kawal waktu untuk menonton tv ini dia akan menyebabkan anak-anak kurang masa bersama kita. Apabila anakanak ketagih untuk menonton tv sahaja tak kisah sama ada kita ada bersama mereka sekali atau pun tak, peluang untuk mereka berinteraksi
bersama kita akan kurang. Perasan tak?

Sebab itu kita kena disiplinkan anak-anak untuk tengok tv termasuk ibu bapa sekali. Kita kena set masa waktu apa sahaja kita boleh menonton
tv.

3. Luangkan Masa Berdua Dengan Anak

Jika kita adalah keluarga yang sangat besar dengan ramai anak, pasti akan ada timbul satu isu iaitu “Pilih Kasih”. Kita memang rasa kita tak
pilih kasih, kita sayang semua anak-anak kita. Betul tak? Siapalah tak sayang anak kan. Tapi perlakuan kita adakalanya membuatkan anakanak berasa ibu ayah mereka pilih kasih.

Jadi apa langkah yang kita perlu untuk eratkan hubungan antara ibu ayah dan anak ialah luangkan masa bersama anak secara berdua
tanpa gangguan anak yang lain.

Untuk luangkan masa “one to one” bersama anak yang ramai pasti ada cabaran kerana setiap daripada mereka memerlukan perhatian
daripada kita.

Saya bagi contoh, kita ada dua orang anak. Macam mana kita nak luangkan masa bersama mereka ni?

Kita cuba sediakan satu masa khas untuk mereka. Contoh anak pertama lahir pada 23 December dan anak kedua pula 3 Oktober. Jadi
setiap bulan pada 23 haribulan adalah hari khas untuk anak pertama. Manakala 3 haribulan hari khas untuk anak kedua.

Kita ambil masa 30 – 40 minit untuk bersama mereka secara bersendirian. Mereka boleh memilih untuk lakukan apa sahaja aktiviti
bersama kita.

Sama ada nak masak bersama, berjalan bersama, baca buku atau apa-apa sahaja kecuali menonton tv dan bermain alat elektronik.
Kerana kita nak ada masa bersama jadi elakkan perkara seperti itu dan perbanyakan aktiviti yang boleh eye contact bersama anak.

Dekat sini tak ada istilah pilih kasih kerana setiap anak-anak pasti akan ada masa khas untuk mereka. Sediakan satu jadual besar yang boleh
mereka lihat. Jadi apabila mereka lihat, mereka pasti akan rasa tak sabar tunggu “Hari Mereka”. Anda boleh cuba.

Sebenarnya banyak cara yang kita boleh lakukan untuk mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak. Kenalpasti apa yang anak kita nak dan
belajar dari mereka. Bercakap dengan mereka dan bergembira bersama.

Apabila kita memberi sahaja perhatian kita pada anak, itu akan menyebabkan kesan yang sangat positif dan mendalam dalam hati anak
kita. Ciptalah sebanyak mana kenangan bersama anak-anak, kerana itulah saat yang boleh eratkan hubungan ibu bapa dan anak sehingga mereka
dewasa.

Jika artikel ini memberikan manfaat, jangan lupa tekan butang share dibawah.

Share This