Benarkah bayi boleh berhenti menangis sekiranya dibiarkan sendiri?

Jangan. Jangan sesekali membiarkan bayi di bawah 3 bulan menangis dalam jangka masa yang lama. Melainkan kita perlu seminit dua untuk tarik nafas, bertenang dan dapatkan semula kewarasan kita yang dah hampir hilang.

Kalau membiarkan mereka dengan alasan nak mendidik mereka supaya tak mengada, mohon buang jauh fahaman tu. Bahaya! Anak yang dibiarkan menangis lama, berisiko membesar menjadi kanak-kanak yang kuat tantrum dan sukar mengawal emosi. Ini kerana, sewaktu menangis, bayi akan mengeluarkan hormon stress yang dinamakan kortisol.

Segera bertindak untuk tenangkan bayi. Maafkan mereka. Mereka belum ada sistem untuk kawal emosi mereka. Mereka sendiri hakikatnya, sangat terseksa bergelut dengan emosi yang tak boleh dibawak bincang. Selagi tidak ditenangkan, selagi itu mereka akan terus menangis. Kalau tiba-tiba dia berhenti, berkemungkinan besar sebab dah terlalu penat menangis.

Ya Allah. Kesian tau. Bayangkan waktu tu memang ada semut api yang menggigit dia. Atau badan dah lumat digigit nyamuk. Atau perut dia dah kembung dengan teruk. Tak pasal-pasal kita menanggu rasa berdosa nanti.

Untuk ibu yang ada anak yang ada masalah kolik, bertabahlah. Nak menjaga anak high needs ini memang perlu sabar yang tabal. Mungkin yang mereka perlukan adalah peluk, sayang dan belai anak ini. Kerana ada kajian yang dah membuktikan, anak yang lebih banyak dipeluk dan dibelai ini, menunjukkan kesan yang amat positif terhadap perkembangan tak dan emosinya. Maknanya, saja je anak tu cari alasan nak membesar jadi budak yang bijak!

Special bonding yang ibu/ ayah/ penjaga berikan akan bantu anak bina sistem kepercayaan yang baik. Sistem kepercayaan ini akan mengurangkan risiko kemurungan dan anxiety bila mereka lebih dewasa.

Kalau rasa terlampau stres, mohonlah bantuan. Cari support group untuk gain motivasi. Meminta bantuan tak menjadikan kita lemah. Tapi ia sangat membantu untuk kita kembali kuat.

 

Baca : 11 Cara Menenangkan Bayi

 

Share This