Apa itu pedofilia?

Penderaan seksual kanak-kanak merujuk kepada sebarang perlakuan individu yang memaksa, mengajak, memperdaya atau mengugut kanak-kanak dan remaja bawah umur yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual.

Apa yang lebih menyedihkan ada dikalangan mangsa adalah bayi di bawah umur 1 tahun!

Pedofilia dikategorikan sebagai masalah kesihatan mental dan pemangsa mampu mendorong diri bertindak melakukan jenayah sekiranya ia tidak dikawal.

Di Malaysia, kesedaran terhadap isu ini masih tidak meluas walaupun kes yang dilaporkan mengingkat saban tahun. Ada di antara pelakunya adalah ahli keluarga sendiri.

Apa yang lebih menyedihkan, ramai yang memilih untuk berdiam diri dan tidak mempercayai aduan mangsa.

 

Gambar ini menggambarkan cara pemikiran seorang pedofilia apabila memandang seorang kanak-kanak.

 

Jijik! Tetapi jijik itu tak terlihat di fizikal mereka. Dari luaran, mereka nampak sama seperti kita yang normal. Malah ada yang bekerjaya hebat, sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak.

Tidak ada ciri-ciri khas untuk menggambarkan seorang pedofilia secara luaran, namun langkah berhati-hati boleh diambil sekiranya suspek mempunyai ciri-ciri berikut:

Ciri-ciri Pedofilia

  • Mungkin pendiam namun mesra yang luar biasa, ramah dan mudah mendapatkan kepercayaan kanak-kanak.
  • Suka menawarkan diri untuk menyalin pakaian anak atau membawa mereka bersiar-siar.
  • Suka menawarkan diri terlibat dalam organisasi yang mempunyai penglibatan kanak-kanak
  • Serangan BERMULA dengan sentuhan ringan pada bahagian badan biasa, kemudian bertindak lebih lagi dengan mendedahkan mangsa dengan bahan pornografi sebelum melibatkan anggota badan sulit pemangsa mahupun mangsa.
  • Kelihatan rendah diri, sukar berinteraksi dengan orang dewasa dan emosi yang tidak menentu.

 

Pedofilia tahu bagaimana untuk membuat budak-budak ini percayakan mereka. Mereka tahu apa yang mereka harus cakap.

Mudah untuk pedofilia menyasarkan kanak-kanak umur sekitar 10-14 tahun kerana remaja usia ini mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi, mahukan perhatian dan mereka mempunyai akses kepada media sosial.

Antara tanda-tanda anak pernah mengalami gangguan seksual tanpa rela:

  1. Bagi anak kecil, mereka akan melakonkan semula perbuatan terkutuk itu ketika bermain.
  2. Mereka melukis ‘objek seksual’ tersebut.
  3. Kemurungan, kelihatan letih, tidak bermaya dan mudah menangis.
  4. Mengigau dan meracau ketika tidur.
  5. Membina masalah tingkah laku agresif dan bermasalah.

 

Sekiranya anda tahu perkara ini berlaku kepada anak, anak saudara, ahli keluarga mahupun jiran, JANGAN BERDIAM diri.

Sekiranya anda adalah ahli keluarga pemangsa terutamanya anak-anak atau isteri, Anda TIDAK DERHAKA bila melaporkan perbuatan mangsa, sebaliknya anda akan membantu menyelamatkan masa depan lebih ramai kanak-kanak yang berpotensi menjadi mangsa.

ANDA ADALAH HERO dalam masyarakat. Segera lapor dan beri sokongan penuh terhadap mangsa

Mangsa perlu segera dibantu. Jika tidak, mangsa dikhuatiri trauma seumur hidup atau membesar sebagai pemangsa Pedofilia.

 

Langkah Berwaspada Untuk Ibu & Ayah

  1. Tidak post gambar anak-anak tidak berpakaian atau berpakaian tidak sopan sama ada anak lelaki mahupun perempuan di media sosial.
  2. Rahsiakan lokasi sekolah anak dari laman sosial.
  3. Latih anak-anak untuk tidak membenarkan sesiapa menyentuh mulut, dada, kemaluan dan punggung. Ajar tentang ‘sentuhan selamat.’
  4. Pakaikan anak-anak pakaian yang tidak begitu menonjol dan sopan.
  5. Berikan perhatian sekiranya anak-anak tidak berasa selesa atau takut berada dekat dengan seseorang dan jika mereka menjadi murung apabila mendekati seseorang.
  6. Jangan membiarkan anak-anak terutama sekali yang berumur 13 tahun ke bawah pergi kemana-mana keseorangan diri atau tanpa pengawasan orang dewasa yang dipercayai.
  7. Jangan membiasakan anak-anak duduk di atas riba sesiapa sahaja, walaupun ahli keluarga sendiri, lebih-lebih lagi seorang lelaki.
  8. Sentiasa mendengar dan berkomunikasi dengan anak supaya wujud ‘rasa percaya’ anak terhadap kita.
  9. Ajarkan asas seni bela diri.
  10. Jangan benarkan anak bawa telefon ke sekolah. Periksa telefon mereka dengan kerap.
  11. Kenali rakan-rakan anak anda. Pantau aktiviti mereka.
  12. Kerap meluangkan masa bersama anak-anak anda. Sentiasa jadi orang pertama untuk mendengar cerita atau masalah anak-anak.
Jadi hero kepada anak-anak sebelum mereka mencari hero yang salah di luar rumah.

Langkah Berwaspada Untuk Anak-anak.

Tiada siapa boleh menyentuh badan adik-adik. Kecuali ibu dan ayah yang mahu membersihkan adik. Atau doktor (sebenar) yang mahu memberi rawatan kepada adik. Adik-adik perlu tahu ‘Sentuhan Selamat’.

Pastikan tiada yang melihat dan menyentuh adik dibahagian badan yang berikut:

Sekiranya ada yang meminta melihat tubuh adik atau mahu memegangnya…

Minta bantuan dan beritahu orang dewasa sehingga ada yang mempercayai adik.

 

Terdapat beberapa talian bantuan yang boleh dihubungi oleh mereka yang tinggal di Malaysia, antaranya adalah :-

Talian Nur – 15999
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) – 03-7956 3488
Pusat Krisis Wanita ( WCC, Pulau Pinang) – 04-228 0342
All Women Action Society of Malaysia (AWAM) – 03-7957 0224
TELEDERA – 1-800-883040
BEFRIENDERS – 03-7956 8144
P.S. The Children – 03-74931303
Pusat Kebahagiaan Wanita Dan Remaja (KEWAJA) – 03-61857736, 013-3384868 (24 Jam)

Kem Modal Insan KEWAJA menyediakan kursus, latihan dan pemulihan untuk gadis dan wanita bermasalah akibat aktiviti seksual tidak bermoral.
Tel: 03-40254755 / 013-2696158 – 24 Jam

 

 

Share This