Benarkah kanak-kanak lelaki lebih aktif berbanding kanak-kanak perempuan? Dan benarkah kanak-kanak perempuan lebih matang berbanding lelaki?
Dalam buku tulisan Noel Janis, ada menyebut, kanak-kanak lelaki memiliki 30% fiber otot lebih dari kanak-kanak perempuan. Ini antara sebab mengapa kanak-kanak lelaki lebih kerap bergerak dan susah duduk diam. Walaupun berada dalam keadaan duduk, pasti ada anggota badan yang bergerak. Sama ada kaki bergoncang, atau tangan menggendang meja. Mereka juga dikatakan lebih sukar fokus dan lebih mudah terganggu berbanding anak yang perempuan.
 
Hmmm… Nampak gayanya, mak ayah yang dijangka dapat anak lelaki, perlu bersedia mental dan fizikal terima kebisingan dan kekacauan yang bakal anak-anak lakukan Anak perempuan ni, nakal-nakal mereka pun, mereka ni cepat matang. Nak disiplinkan lebih mudah kerana EQ mereka lebih. Kerana itu budak perempuan lebih mudah nak didisiplinkan untuk minat belajar dan urus diri.
 
Kerana badan lelaki ni diciptakan aktif, koordinasi mata-tangan mereka lebih power berbanding kanak-kanak perempuan. Tapi, bab kemahiran motor halus, lelaki kalah dengan perempuan. Jadi tak hairanlah perempuan lebih hebat menjahit, butang baju dan bermain main manik. Lelaki pula lebih handal bermain bola.
 
Cuma… Tak semua kanak-kanak lelaki dan perempuan sama macam yang disebut ni. Secara general, begitulah!
 
Ini 6 tips bagaimana nak didik anak lelaki:
 

1) Salurkan tenaga.

Ingat tak sekolah dulu kita belajar pasal sifat tenaga. Ia tak boleh dimusnahkan, tapi boleh ditukar. Begitu juga tenaga dalam badan anak-anak. Mustahil kita nak paksa simpan. Salurkan tenaga mereka yang banyak itu dalam pelbagai aktiviti aktif seperti memanjat, berlari dan melompat. Kurangkan skrin kerana skrin menghadkan pergerakan anak. Apabila mereka jarang bergerak, tenaga dalam badan tidak diguna.
boleh meluap jadi tantrum tau!
 

2) Ayah sebagai ‘role model’.

Kanak-kanak lelaki sangat mudah terpengaruh dengan rakan-rakan. Ibu atau lebih utamanya, ayah perlu jadi rakan pertama anak dan tunjukkan contoh yang baik untuk anak ikut. Bila ayah hormati ibu dan rajin membantu, anak juga lakukan perkara yang sama pada ibu dan orang lain.
 

3) Libatkan anak dengan tugas-tugas rumah.

Kanak-kanak lelaki dilihat kurang empati berbanding kanak-kanak perempuan. Jadi, kena ajar mereka common sense dalam membuat kerja rumah. Mendidik anak terlibat dalam tugas rumah, tak memondankan anak. Sebaliknya menjadikan mereka lelaki idaman Malaya, selain mencontohi sunnah Rasulullah.
 

4) Aktiviti berstruktur

Selain aktiviti fizikal, ada kalanya anak lelaki ni perlu diajak terlibat bermain secara berkumpulan dengan aktiviti yang ada peraturan.
Aktiviti ni akan mengurangkan impulsif anak, membantu mereka panjangkan fokus untuk menyudahkan sesuatu aktiviti, belajar berkongsi dan belajar ambil giliran.
 

5) Ajar anak ekspresikan emosi dalam bentuk perkataan.

Kalau mereka mengamuk, tanyakan “Abang marah ke? Besar mana abang marah?”
“Abang letih? Nak rehat?”
 
Bila mereka marah, insya Allah mereka akan ekspresikan perasaan mereka dalam bentuk perkataan, berbanding dengan tingkah laku yang agresif.
 

6) Urus rutin mereka dengan baik.

CUkupkan tidur, nutrisi dalam makanan serta rehat yang cukup sangat membantu mereka. Dan jangan lupa, isi tangki emosi mereka secukupnya dengan pelukan, pujian dan ciuman.
 
.
 
Sekiranya tingkah laku kanak-kanak lelaki tidak diusus secara konstruktif, dikhuatiri mereka akan dapat 4 kesan ni :
– Tak ada keyakinan diri
– Sukar bekerjasama
– Tak menghormati orang
– Sukar mengawal emosi
 
Eh, tau tak?
Kita semua ni, kebanyakannya matang sepenuhnya pada usia 25 tahun. Tapi, tak bermakna, kita boleh biarkan anak-anak buat silap demi silap sepanjang tempoh sebelum matang tu. Waktu masih boleh dibentuk inilah mereka perlu dididik dengan disiplin.
 
Disiplin tak semestinya menghukum dengan kekerasan. Kalau betul connection kita dengan anak, ‘correction’ akan jadi lebih mudah. Kalau kena gayanya, kita tak perlu memekik untuk mendidik atau melibas untuk tunjukkan tegas.
 
Share This