“Having a baby is a life-changer. It gives you a whole other perspective on why you wake up every three hours at night.”

Ya Tuan-tuan dan Puan-puan. Saya faham sungguh perasaan bila menghadapi bayi yang kerap menangis. Kebanyakan dari kita mengalami momen ini. Bangun setiap pagi dalam keadaan badan yang masih lelah dan tak cukup tidur demi melayan tangisan anak yang laparkan susu.

Kalau bernasib baik, lepas menyusu anak akan tenang dan riang. Tapi kalau nasib yang tak baik, mereka akan terus menangis walaupun macam-macam dah kita usahakan. Itulah bayi. Komunikasi mereka dengan dunia adalah melalui tangisan.

Lapar nangis. Tak selesa nangis. Sejuk nangis, panas pun nangis. Perut kembung nangis. Mengantuk nangis. Pampers penuh nangis. Nak peluk pun menangis. Sampai kita yang menjaganya pun ikut berjangkit nak menangis. Kan lebih mudah kalau kita faham apa yang bayi mahukan!

Menurut Prisilla Dunstan, seorang ibu yang pernah berkongsi pengetahuannya dalam rancangan Oprah, setiap tangisan bayi membawa maksud yang berlainan. Cuma, telinga kita kena betul-betul tajam dan mahir mengesan ‘bunyi’ tangisan anak.

Neh bermaksud “Saya lapar.”
Owh bermaksud “Saya mengantuk.”
Heh bermaksud “Saya tak selesa.”
Eairh (eh-urr) bermaksud “Saya kembong.”
eh bermaksud “Saya perlu sendawa.”

Lagi banyak kita dengar anak menangis, lagi banyak kita bertindak membantu anak, lagi mudah kita faham kehendaknya. Cumanya, mampu atau tidak kita kekal tenang bila mereka menangis dengan kerap.

Bagaimana boleh membantu meredakan tangisan anak?

1. Menyusu
Selalunya, inilah tindakan yang pertama sekali kita ambil bila anak menangis. Nangis je, sumbat sampai tertidur. Sebelum kita pun sambung tidur, jangan lupa utuk sendawakan anak sebelum meletakkan mereka kembali di tempat tidur, orait!


2. Tukarkan lampin

Ini juga adalah antara perkara pertama biasa kita buat bila anak nangis. Pastikan lampin yang dipakai tak membuatkan anak ruam dan gatal-gatal. Jika ada, tukarkan jenama lampin atau sapu nappy cream di kawasan yang terlibat.


3. Urut perut.

Gunakan minyak yang bersesuaian untuk mengurut lembut kawasan perut anak. Urust secara arah lawan jam.
Urutan perut boleh membantu pencernaan. Lakukan bila anak dalam semakin reda dari tangisan. Tapi kalau tiba-tiba dia nangis balik, udah-udahlah tu. Angkat dia dan peluk dia sehingga tidur.

Sumber gambar : shareably
4. Urutan refleksologi
Di  bahagian telapak kaki anak, mewakili bahagian tubuh badan anak. Katakan kalau anak selsema, urut dengan lembut bahagian yang bertanda biru. Kalau anak menangis kerana kembung, urut di bahagian bertanda kuning. Begitulah.


5. Membedung

9 bulan anak duduk di dalam rahim yang sempit. Tiba-tiba bila lahir, badan dia terasa lebih ‘bebas’ dan terasa seperti tak dipegang. Mungkin kerana itu juga kaedah membedung bayi membantu bayi untuk lebih tenang dan kurang terkeju


6. Memeluknya

Ada sesetengah bayi, bunyi jantung dan bau ibu dah cukup menenengkan mereka.

7. Asingkan
Membawa anak berjalan di tempat yang sesak dan bising boleh membuat anak overstimulated. Meletakkan mereka di tempat yang lebih senyap dan gelap, membantu mereka lebih tenang.

8. Sejuk atau panas
Bila anak menangis ketika dibaringkan, cuba cek leher dan bahagian belakang badan. Jika berpeluh, kemungkinan mereka menangis kerana panas. Tukarkan baju atau mandikan anak dengan air hangat.
Cek juga bahagian perut. Jika sejuk, pakaikan mereka pakaian yang lebih tebal.


9. Mainkan bunyi yang menenangkan

Bunyi menghasilkan getaran. Antara bunyi yang menghasilkan getaran yang menenangkan adalah bacaan zikir dan Al-Quran, bunyi air, bunyi sungai dan bunyi burung.

Sebenarnya bukan anak saya je saya tenangkan dengan bunyi. Saya sendiri pun kalau nak bertenang, cepat-cepat pasang bunyi-bunyi ni.
Ada juga kanak-kanak yang sukakan bunyi bising yang berterusan. Contohnya bunyi vakum, bunyi pengering rambut dan white noise.

10 .Ayunan
Anak siapa yang lebih mudah tidur di dalam kereta atau di dalam stroller? Dan bila kereta berhenti sebelum anak dapat deep sleep, anak akan berjaga.
Ini menandakan badan mereka memerlukan ayunan lembut untuk distimulasi sehingga tidur. Rocker dan buai lembut juga mampu melenakan anak.

11. Menghisap
Sesetengah anak keperluan dia menghisap agak kuat. Walau perut dah kenyang teruk, tapi mulut dia masih perlukan stimulasi untuk kekal tenang. Beri anak alternatif untuk menghisap puting getah.

Sekiranya tangisan mereka luar biasa, kenalpasti tanda-tanda lain yang menunjukkan anak tak sihat dan bawa dia ke hospital. Kalau risaukan gangguan, mohon bantuan dari ustaz untuk diruqyahkan.

 

Macam mana kalau dah cuba semua, tapi anak tetap menangis?

Menurut kajian, 1/10 bayi menangis lebih dari 3 jam sehari. Kalau satu jam bayi menangis secara berterusan buat kita pun turut menangis, lebih dari 3 jam mungkin buat kita hampir hilang waras.

Anak yang menangis tanpa sebab yang jelas mungkin mengalami kolik. Ada beberapa sebab mengapa anak 0-3 bulan menangis berterusan walaupun dah ditenangkan dengan macam-macam cara. Ada ibu ayah yang terpaksa bawa anak ruqyah untuk meredakan tangisannya.

Kolik kebiasaannya biasa terjadi kepada bayi berusia 6 minggu hingga 3 bulan. Boleh jadi kerana perutnya kembung, atau ada anxiety,  ada masalah alahan atau sistem penghadaman yang belum terbentuk sepenuhnya.

Apa yang perlu menjadi kerisauan bila menghadapi bayi yang sebegini adalah, ibu/ penjaga akan mudah stres, depresi dan hilang kawalan sehingga terjadinya kes-kes penderaan kanak-kanak. Penjaga yang menjaga bayi yang kolik memerlukan sokongan moral dari orang sekeliling.

Benarkah bayi boleh berhenti menangis sekiranya dibiarkan? Baca di sini.

 

Share This