Membaca? Punyalah liat anak nak membaca. Kata anaknya bosan. Inilah selalunya dilema ibu bapa yang mempunyai anak yang tidak ada minat
untuk membaca buku. Sebenarnya minat ini kita kena pupuk sejak mereka kecil lagi.

Ada satu perkara penting yang boleh ibu bapa lakukan untuk membantu anak supaya anak berjaya di sekolah dan kehidupan adalah dengan
menggalakan mereka membaca buku. Dari setiap bacaan yang mereka perolehi mereka akan mempelajari sesuatu dan boleh menghasilkan sesuatu perkara yang luar biasa.

Ada beberapa kelebihan yang anak-anak akan perolehi jika mereka minat membaca buku:

  1. Meningkatkan prestasi akedemik
  2. Membentuk akhlak dan nilai sosial yang baik
  3. Mengembangkan imaginasi dan kreativiti anak-anak
  4. Melatih konsentrasi
  5. Melatih kemampuan berfikiran logik

Seronokkan bila ada anak yang minat buku dan membaca dan besar nanti mereka juga dapat manfaat. Tapi macam mana kita nak bagi anak kita minat buku?

Cara Nak Bagi Anak Minat Baca Buku

Sebelum tu kita kena kenal pasti terlebih dahulu anak kita ini jenis domain Auditory, Visual ataupun Kinestatik. Bila kita dah tahu mudah untuk kita pupuk minat mereka untuk minat baca buku.

1. Anak Visual

Anak yang Visual ini kita tahu dia lebih suka kepada gambar, chart, simbol dan warna yang banyak. Jadi mudah sahaja, kita berikan
mereka buku yang penuh dengan gambar, lukisan, corak dan warna.

Kerana mereka cepat belajar dan mudah faham apabila mereka melihat sesuatu yang seperti dinyatakan tadi. Kalau boleh pilih buku
yang apabila kita buka boleh keluar gambar atau bentuk 3 dimensi. Mereka lagi seronok!

2. Anak Kinestatik

Kita tahu sikap kinestatik itu kita perlu lakukan demo. Betul tak? Bila kita ada anak yang domain kinestatik ini, kita kena bacakan buku
sambil buat Hand Gestures iaitu pergerakan tangan. Kalau anda lakonkan lagi watak yang ada dalam buku tu bersama anak, pasti mereka teruja sangat.

Anak yang kinestatik ni permulaan kita kena bacakan dulu untuk mereka sambil buat lakonan. Kerana kalau kita baca sahaja, mereka memang akan cepat bosan dan mengantuk. Mereka bukan Auditori yang hanya boleh mendengar.

Domain Kinestatik ini anda kena lakonkan watak. Bawa mereka sama untuk menjiwai watak. Lama-kelamaan mereka akan ketagih dengan
buku, bila ketagih automatic mereka akan minat.

3. Anak Auditori

Seperti yang dinyatakan di atas tadi, anak Auditory memang senang  belajar dan mudah faham bila mendengar audio. Jadi tugas kita
sebagai ibu bapa kena bantu mereka dan bacakan buku untuk mereka.

Tapi bukan sekadar baca, ibu bapa kena baca dengan intonasi yang menarik. Jika cerita itu berkisah harimau dan kancil, anda buatlah
intonasi yang garang seolah-olah harimau nak makan kancil. Kalau ada watak sedih, buat intonasi sedih.

Mudahkan? Sangat mudah..

Sebenarnya cara untuk bagi anak minat baca buku sangat mudah jika kita tatih anak kita dengan buku sejak mereka kecil lagi. Tapi untuk tarik minat mereka kita kena kenal domain anak kita. Selepas itu baru kita boleh ajak mereka baca buku bersama.

Paling seronok sekali bila anak mula kata, “Ibu jum pergi kedai buku!”

Berbanding merenggek untuk di bawa ke kedai mainan.

Share This