Ayah semua wajib jadi cinta pertama anak perempuannya sebab…

Ayah semua wajib jadi cinta pertama anak perempuannya sebab…

+ Sebab ketika meningkat remaja, perubahan hormon dan fizikal membuatkan anak perempuan kita mula tertarik dengan mereka yang berlainan jantina

+ Ketika itu akan berlaku satu perlawanan bonding kerana anak kita akan mula membuat bonding dengan kawan kawan dan orang yang mereka minat dan suka.

+ Jika bonding kita dengan anak perempuan kita lebih kuat, maka kita yang akan memenangi hati anak perempuan kita. Dia akan lebih mendengar pendapat dan nasihat kita. Dia akan lebih menurut kata kita.

+ Tetapi bahaya jika bonding orang luar lebih kuat dibandingkan bondingnya dengan kita. Maka anak perempuan kita akan lebih mendengar kata mereka.

+ ketika itu, kalau baik kawan kawan anak kita maka baiklah dia. Kalau rosak kawan kawan anak kita maka rosak jugalah anak kita. Untunglah kalau anak kita dikelilingi orang baik tetapi kalau sebaliknya? Itu yang bahaya!

+ Jadi kepada semua Daddy, Papa, Ayah, Abi dan semua yang mempunyai anak perempuan. Jadilah cinta pertama anak kita.

+ Ajarkan mereka rasa cinta kepada agama. Ajarkan kepada mereka rasa cinta kepada kita ibubapanya dan ajarkan kepada mereka rasa cinta kepada diri mereka sendiri juga

+ Tanpa kita sedar, seorang ayah bukan cuma pencari nafkah semata. Ayah juga adalah idola anak perempuannya. Seorang ayah juga adalah superhero anak anak mereka sehingga ke hujung usia

DR TAUFIQ RAZIF

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )