Kebelakangan ini, kita kembali digemparkan dengan penularan semula wabak polio setelah 27 Malaysia bebas dari wabak tersebut. Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa anak lelaki Malaysia berusia 3 bulan dari Tuaran, Sabah telah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi Hospital selepas mengalami demam dan kelemahan anggota badan. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes polio terakhir di Malaysia berlaku pada tahun 1992 dan negara diisytiharkan sebagai bebas polio pada tahun 2000.

Penularan semula telah membangkitkan rasa kecewa kepada pihak yang berusaha menghapuskan wabak yang telah bermula sejak zaman firaun Mesir lagi.


Sumber : Premium Times Nigeria


Apa itu polio?
Penyakit Polio atau Poliomielitis adalah penyakit akibat jangkitan virus yang menyebabkan kelumpuhan. Poliovirus (PV) yang menjadi ejen pembawa penyakit ini masuk ke dalam badan manusia melalui mulut dan merosakkan usus. Ia mampu memasuki saliran darah dan ke saraf pusat menyebabkan kelemahan otot, kelumpuhan sistem pernafasan, kecacatan kekal dan kematian.


Sumber : KKM

Terdapat 2 kaedah pemberian vaksin polio ini.
1) OPV(oral polio vaccine)
Diberikan secara memasukkan ke dalam mulut

2) IPV Inactivated polio vaccine
Diberikan secara suntikan

Di Malaysia, pemberian vaksin telah lama diberikan secara IPV.

Bagaimana vaksin berfungsi?

Poliovirus yang lemah diberi kepada individu dan akan dikeluarkan melalui cecair badan atau najis.
Walau bagaimanapun, dalam persekitaran yang buruk, virus itu dapat menjangkiti orang lain yang belum mendapat imunisasi. Virus tersebut kemudiannya tersebar ke masyarakat yang kadar imunisasi polio kurang dari 95%.

Semakin lama penyebaran virus dalam masyarakat, ia akan mengalami mutasi genetik sehingga ia sekali lagi menjadi virus aktif. Dr Noor Hisham berkata keputusan ujian menunjukkan bahawa virus itu mempunyai pautan genetik kepada virus polio yang dikesan dalam wabak baru-baru ini di Filipina. Filipina pada bulan September tahun ini mengisytiharkan wabak polio, yang disebabkan oleh VDPV1, iaitu vaksin yang diberi secara oral.

Beliau berkata hingga 5 Dis, siasatan di sekitar kediaman kanak-kanak yang dijangkiti polio mendapati 23 dari 199 orang yang berumur antara dua bulan hingga 15 tahun tidak menerima vaksin polio. Vaksin polio dapat dicegah sekiranya persekitaran menerima liputan imunisasi yang tinggi, iaitu 95%.

“Kejayaan membasmi penyakit sebelum ini adalah disebabkan usaha pencegahan melalui vaksinasi polio yang diperkenalkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan pada tahun 1972. Penularan dapat dihentikan dengan lebih berkesan selepas vaksin diberi secara suntikan.”

Vaksin bahaya Untuk Anak Eczema? Baca di sini.

 

Share This