Anxiety ini adalah salah satu masalah kesihatan mental yang kerap di alami oleh kanak-kanak dan remaja pada masa kini. Walaupun begitu, masalah anxiety ini boleh di rawat jika ibu bapa mula mengambil tahu dan bertindak untuk membantu anak-anak yang mengalami anxiety.

Ketika anda baca artikel ni, saya nak ucapkan TAHNIAH! Kerana anda dah mulakan langkah pertama untuk bantu anak anda.

Tahniah!

Dan baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan satu berita yang amat menyedihkan di mana seorang remaja berusia 16 tahun bunuh diri setelah mendapat undian sebanyak 69% untuk bunuh diri.

Sangat menyedihkan! Malah isu seperti ini patut menjadi iktibar untuk semua ibu bapa, penjaga, guru-guru malah masyakat yang mana isu ini jika tidak di bendung dan mendapat kesedaran akan ramai kanak-kanak atau remaja akan mengambil langkah mudah iaitu membunuh diri jika mereka mengalami masalah.

Tak kisah masalah di sekolah, rumah atau persekitaran rumah (Jiran)

 

Tahu atau tidak, walau sehebat atau sebaik mana pun situasi yang berlaku pada sekeliling kanak-kanak dan remaja, pasti akan ada perasaan anxiety sedikit dalam diri mereka.

 

Tipu kalau kata tak ada.

Sedangkan kita yang dewasa ini pun ada perasaan Anxiety. Cuma kita nak tahu sama ada perasaan anxiety tu di tahap Normal atau RED FLAG (Kritikal).

 

Anxiety ini bagaimana?

Anxiety ini boleh berlaku dalam bentuk risau, ketakutan, kebimbangan dan kesusahan bagi kanak-kanak dan remaja. Perasaan ini boleh berlaku jika kanak-kanak atau remaja tersebut pertama kali berada di sesuatu situasi atau mereka berada pada suatu keadaan yang mereka sangat bimbang dan tertekan.

Contohnya: Mengikuti pertandingan, pertama kali masuk bersekolah atau ibu bapa bergaduh di hadapan mereka.

 

Anxiety Normal

 

Jenis Anxiety?

Menurut The Children’s and Adult Center for OCD and Anxiety, anxiety mempunyai 7 jenis anxiety yang sering berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Iaitu:

  1. Generalized Anxiety Disorder (GAD)
  2. Obsessive Compulsive Disorder (OCD)
  3. Pediatric Acute-Onset Neuropsychiatric Syndrome (PANDAS)
  4. Separation Anxiety Disorder (SAD)
  5. Panic Disorder
  6. Social Disorder
  7. Selective Mutism
  8. Specific Phobias
  9. Post-traumatic Reactions

 

Banyak sebenarnya jenis-jenis anxiety ni, tetapi macam mana kita nak kenal pasti sama ada anak-anak kita ini mengalami anxiety atau pun tidak? Adakah di tahap Normal atau Red Flag?

 

4 Tanda Anak Anda Mengalami Anxiety

Menerusi perkongsian Dr Alizi Alias, ada 4 tanda-tanda seseorang itu boleh mengalami Anxiety.

 

1. Dari Segi Fizikal

Selalunya mereka akan merasakan perubahan atau tanda seperti berikut jika mereka mengalami anxiety:

  • Pening kepala
  • Mual atau loya
  • Lesu dan keletihan
  • Mengeletar
  • Muka merah
  • Tangan mudah sejuk dan berpeluh

2. Dari Segi Emosi

Seterusnya dari segi emosi, ibu bapa boleh tahu anak-anak mereka akan terjadi seperti ini:

  • Berasa cemas sentiasa
  • Cepat marah
  • Mudah menangis dan terlalu kerap
  • Berasa ketakutan
  • Hilang terhadap minat-minat mereka
  • Malu yang teramat sangat

3. Dari Segi Permikiran

Tanda yang ke 3 pula adalah dari segi permikiran mereka. Di mana mereka sentiasa akan tertanya-tanya seperti:

  • “Macam mana kalau…”
  • “Saya tak boleh…”
  • “Kenapa dengan aku ni…”
  • “Aku dah tak boleh…”
  • “Saya nak mati…”

4. Dari Segi Tingkah Laku

Yang terakhir dari tingkah laku mereka. Anak-anak akan berubah perwatakan menjadi:

  • Kurang fokus dalam pelajaran
  • Bercakap atau berfikir sesuatu perkara terlalu kerap
  • Mengelak situasi yang menakutkan
  • Sentiasa mengharapkan kehadiran ibu bapa di sisi
  • Pendiam dan tidak banyak bergaul dengan kawan-kawan
  • Perasaan malu yang teramat sangat untuk berhadapan dengan orang lain

 

Ini adalah antara tanda-tanda awal yang kita boleh lihat pada anak-anak kita.

 

Adakah Perasaan Anxiety Ini Normal?

Ya anxiety ini sebenarnya adalah normal. Semua orang akan merasa anxiety dalam diri mereka. Namun, jika tidak di rawat ia akan berlarutan menjadi “Red Flag” (Kritikal)

Tetapi anda tidak perlu risau, ia boleh di rawat.

Ada beberapa perkara yang kita perlu tahu berkenaan Anxiety ini.

 

1. Anxiety Tidak Berbahaya

Walaupun perasaan anxiety ini kurang selesa, tetapi ia bersifat sementara dan boleh berkurang dalam diri kanak-kanak dan remaja itu.

Sebab itu ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam membantu atasi masalah ini pada diri anak-anak. Ibu bapa perlu memberi sokongan dan perhatian mereka pada anak-anak.

Dengan cara itu, kita boleh atasi masalah anxiety pada diri anak-anak.

2. Anxiety Sebahagian Dari Kehidupan

Ya, perasaan anxiety ini adalah sebahagian dari kehidupan kita. Termasuk anak-anak kita.

“Boleh ke saya nak hapuskan perasaan anxiety ni dalam diri anak saya??”

Well, impossible!

Kita memang tak boleh nak hapuskan perasaan ini dalam diri anak-anak kita. Memang mustahil tetapi kita boleh bantu mereka untuk kurangkan perasaan anxiety.

Sebab itu saya katakan ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak. Perasaan ini memang normal.

3. Anxiety Boleh Menjadi Masalah

Jika anak-anak anda terlalu takut untuk berjumpa orang dan tak nak terlibat dengan apa-apa aktiviti. Lebih haru biru lagi apabila mereka tak nak ke sekolah.

Di sini ibu bapa kena siasat kenapa dan apa punca mereka menjadi begitu.

Sebab bila kita biarkan perasaan ini berlarutan dalam diri mereka, ia boleh menjadi masalah besar.

****

Anxiety ini boleh jadi normal dan boleh jadi kritikal.

Apabila ia berada di tahap kritikal, ibu bapa kena main peranan bantu mereka bagi moral support. Tapi bila dah sampai tahap kritikal, ibu bapa kena bawa anak-anak untuk berjumpa dengan pakar psikologi.

Jika anda rasa artikel tentang Anxiety ini bermanfaat dan membantu anda untuk bantu anak-anak, jangan lupa untuk bookmark dan sharekan artikel “Sebab Mengapa Perkembangan Anak-Anak Merosot”

Semoga membantu!

 

 

Share This