Kenapa pakai jari? Kenapa tak pakai berus? Kan dah comot jari tu! Nanti anak geli!

Sebenarnya, main comot-comot ni bagus untuk anak-anak. Lagi comot, lagi bagus. Walaupun tuan punya badan yang nak mengemas tu yang akan pening nanti. Sekiranya anak seorang yang penggeli, sebenarnya mereka lagi digalakkan terlibat dalam aktiviti messy play. Atau bermain comot-comot ni. Lagi besar anggota badan yang terlibat, lebih baik anak beroleh manfaat. Sekiranya mampu, libatkan keseluruhan anggota badan anak. Anak penggeli boleh jadi ada masalah ‘tactile sensory’.

Apakah kebaikan melukis menggunakan jari?

Finger painting membantu kuatkan jari seorang kanak-kanak. Kekuatan jari sangat membantu anak memegang pensil dengan baik. Untuk mendapatkan kebaikan yang optima, gunakan jari yang berasingan untuk setiap warna yang berlainan.

Sebagai contoh, di dalam gambar ini anak saya menggunakan jari yang berasingan untuk setiap warna. Bermula dengan warna merah untuk ibu jari. Kemudian biru untuk jari telunjuk. Dan seterusnya.

Apa keperluan buat macam tu?

Supaya anak biasakan jari-jemari tu bergerak secara berasingan. Paling susah nak asing adalah jari tengah dengan jari manis. Kena pegangkan baru anak boleh. Bila anak mahir asingkan jari, lebih mudah untuk dia memanipulasi peralatan. Contohnya nak tulis guna pensil, nak guna gunting, nak asah pensil, nak tolong kita basuh pinggan, dan sebagainya.

Sumber : www.learning4kids.net

Faedah lain anak boleh dapat dalam aktiviti ni ialah :
– Bantu tingkatkan fokus
– Tambahkan kreativiti & daya imaginasi
– dan tingkatkan kemahiran berfikir

Namun begitu, melukis menggunakan jari tidak terhad menggunakan medium warna air atau warna poster sahaja. Tepung, pasir, air atau apa sahaja yang bersesuaian boleh digunakan. Medium yang melibatkan tekstur, suhu dan kepekatan yang berlainan menguji tahap sensitiviti sensori anak. Lebih bertekstur atau lebih ekstrim suhunya, lebih baik untuk ransangan sensori.

Aktiviti ini boleh dimulakan sebaik sahaja anak mula menunjukkan minat untuk melakar jarinya ke atas sesuatu. Boleh juga sewaktu anak mula belajar mengeluarkan jarinya untuk menunjuk. Namun begitu, sekiranya anak masih memasukkan objek di dalam mulut, pemantauan penuh amat diperlukan, bagi mengelakkan anak tertelan toksik, atau objek yang boleh menyebabkan mereka tercekik.

 

Share This