Benarkah generasi kini semakin kurang adab berbanding zaman kita yang terdahulu? Jika zaman kita dahulu, sewaktu kecil, kita selalu diingatkan untuk tunduk ketika berjalan di hadapan orang tua, tidak menyampuk orang tua bercakap dan banyak lagi pantang larang yang kita jaga. Namun, perilaku sebegitu jarang sekali dapat dilihat di kalangan generasi kini. Kenali punca-puncanya di sini.

Ini adalah kisah benar yang berlaku oleh penulis.

Saya di sebuah restoran sedang menikmati makanan, tiba-tiba “Kak, tepi sikit.”
Sudu yang berisi nasi goreng yang hampir sampai ke mulut, saya letak segera. Terkulat-kulat saya menarik kerusi rapat ke meja untuk beri ruang pada gadis tadi lalu. Terpinga-pinga saya dibuatnya. Macam refleks tubuh saya akur bergerak. Dah commandnya tegas begitu.

Sempat saya memandang wajahnya. Oh budak sekolah. Lembut, comel dan menawan. Langsung tak sesuai dengan gaya tegasnya meminta saya ke tepi.

Gadis tu berlalu. Wow! Terima kasih pun tak ada. Tak mengapalah. Saya cuba husnuzhon. Mungkin dia kelam kabut ke sekolah sampai tertinggal adabnya di rumah.

Memang ada ketikanya, makin ramai kita jumpa orang, makin banyak kita jumpa spesis manusia kurang beradab macam ni kan. Tapi saya rasa berterima kasih kepada gadis tersebut. Kalau tak kerana kasarnya dia minta laluan tadi, saya tak jumpa indikator untuk mengukur tahap ilmu adab pada anak sendiri. Saya tak jumpa reminder yang buat saya rasa tertampar sebegini. Inilah realiti dunia bila kita terlalu mengejar IQ sampai terlupa kepentingan EQ.

Apa itu EQ?

Masih ada yang belum jelas apa itu EQ. EQ atau inteligensi terhadap emosi adalah salah satu cabang kepandaian yang wajib dikuasai anak-anak. Tanpanya, anak kita mungkin akan melakukan perkara yang sama macam gadis tadi ‘tepi’kan saya. Saya tak menolak kemungkinan dia pelajar cemerlang di sekolah. Skor IQ dia mungkin tinggi. Tapi perbuatannya tadi memungkinkan skor EQnya tidak setinggi mana.

Alah tak apelah tak ada EQ. IQ ada, dah confirm dia ada tempat belajar di IPT. Oh, tidak! Mungkin ramai yang tidak sedar, EQ sangat penting untuk survival seseorang jadi manusia berjaya. Pelajar dengan skor EQ yang tinggi lebih mudah mengendali cabaran di sekeliling dan memotivasikan dirinya.

Kajian oleh Dr Traviss Bradberry, 90% ‘Top Performers’di dalam sesebuah institusi adalah mereka yang memiliki skor EQ yang lebih tinggi dari skor IQ. Malah mereka yang tinggi EQ berpendapatan 29 ribu dollar setahun lebih yang tinggi skor IQ.

Tanpa EQ, kita akan lihat anak-anak bijak tapi mudah putus asa. Bijak tetapi tak bijak kawal emosi. Bijak tetapi tidak ada adab. Bijak tetapi tak ada ‘common sense. Kalau dia jadi leader, dia akan jadi leader yang ‘pain in the ass’ bak kata orang jawa. Kalau dia jadi seorang kawan, dia jadi kawan yang menyakitkan hati.

Bagaimana untuk bantu anak tingkatkan EQ:

1. Mendengar anak bercerita/ meluahkan perasaan mereka

2. Mengajar anak untuk berterima kasih apabila dibantu dan meminta maaf apabila buat salah.

3. Membantu orang yang memerlukan walaupun kepada orang yang tidak dikenali, di hadapan anak-anak.

4. Peluk ketika anak sedang berhadapan dengan kesusahan, perasaan sedih atau kecewa.

5. Bantu anak menyalurkan emosi negatif dengan cara yang lebih baik selain mengamuk dan menendang. Sebagai contoh, meluahkan atau melukis.

6. Melibatkan anak dengan kerja-kerja yang kita lakukan.

7. Dapatkan ebook Kit Didik EQ Anak di sini

 

Share This