Hari tu duduk dalam flight, kami dok geli hati dengan Aqlan. Dengan penumpang sebelah pun ikut geli hati.

Tau apa dia buat?
Dia main tisu.

Tisu yang mama dia buat lap lipstik yang sememeh ni, dia boleh buat main.
Dah macam baju langsuir dah rupa tisu tu. Dia pi buat dialog bagi tisu tu bercakap-cakap.

Tisu tu dilakon jadi dinosaur la, dragon la, monster la. Lagi lunyai tisu tu, lagi teruk tercarik-carik, lagi superb watak yang direka!

Jimat beb! Tak payah beli mainan fancy-fancy. Kadang-kadang tengah suap makan, nasi dalam pinggan pun boleh bercakap dengan sayur dan ikan goreng.

Tinggi betul imaginasi!

Dulu masa tak ada ilmu, punyalah risau tengok sepupu yang kecik main masak-masak sambil cakap sorang-sorang.

Ingat kena sampuk ke,
nampak kelibat ghaib ke.

Rupanya benda tu normal untuk anak 3-6 tahun. Malah, kanak-kanak yang macam ni, lagi banyak dapat kelebihan dari kanak-kanak yang tak main macam tu.

Menurut Vygotsky, bermain (terutamanya main olok-olok) sambil cakap sorang-sorang ni adalah salah satu perkembangan kognitif yang sihat.

Waktu anak bercakap sorang diri, mereka belajar merancang cerita dan mengguna bahasa yang sesuai.
Otak rasional, otak emosi dan otak bahagian bahasa saling berhubung dengan aktif.

Menjadikan anak-anak ni lebih wiser dan matured dalam berkata-kata. Malah ia membantu di dalam mengawal tingkah laku sendiri.

Bila anak dah umur 7 tahun, tindakan cakap sorang-sorang tu akan bertukar jadi percakapan tanpa verbal. Percakapan tu akan bertukar jadi suara hati atau dorongan fikiran bila anak dah dewasa.

Menurut Berk & Spuhl (1995), anak-anak yang biasa bermonolog ni akan membesar menjadi dewasa yang bermotivasi tinggi bila menghadapi krisis. Mereka juga lebih tekun dan motivated untuk memperbaiki kekurangan diri.

Lega kan bila tau benda ni!

Jadi lepas ni, jangan risau sangat kalau anak-anak berlakon dengan mainan dia. Biarkan mereka meneroka imaginasi sendiri.

Agak-agak teringin tu, joinlah anak sekali.

Ia cara yang lebih ideal untuk kita jadikan alternatif
kalau nak elak anak cari gajet setiap kali kebosanan.

Share This