Panas hati jugak kadangkala bila si Maryam Soolihah ni merengek nak saya buatkan susu dalam masa 3 saat! Dia nak saya siapkan susu tu sekarang jugak walaupun baru beberapa saat lepas je dia dapat idea nak minum susu tu!

Tu la perangai si comel kita bila dah datang tantrumnya. Nak salahkan dia pun tak boleh jugak sebab dia masih kecik. Sebenarnya setiap perangai pelik anak kita ada sebab musababnya. Sini saya nak kongsi sikit cara nak diagnose perangai pelik anak kita.

1. Anak suka menipu

~ Kemungkinan besar sebab kita pernah overreacted masa anak kita buat salah dulu. Mungkin anak buat silap kecil je tapi kita balun atau tengking anak melampau-lampau sangat sampai dia takut nak bagitahu perkara sebenar dah lepastu.

2. Anak tak peduli perasaan orang lain

~ Boleh jadi sebab kita selalu mengarah-ngarah anak kita tanpa kita pertimbangkan emosi dia. Contohnya dia tengah sedap tengok Boboiboy The Movie. Kita boleh pulak balik je rumah terus paksa anak mandi. ” Stop tengok sekaranggggg!! “. Lebih baik kita bagi dia masa seminit dua dulu lepastu kita boleh je suruh anak kita pergi mandi kan. ” Adik, pergi mandi ye. Jap lagi nak azan dah. Ayah bagi masa 5 minit lagi untuk tengok Boboiboy tu, boleh nak? ”

3. Anak jadi penakut

~ Biasanya anak jadi penakut sebab kita terlalu overprotective dan sebab kita bantu mereka terlalu cepat. Kadangkala tu kalau anak kita panjat itu panjat ini kita tak boleh la nak terus risau dan cepat-cepat ambil anak kita tu. Ada masanya kita kena tengok anak kita tu nak buat apa sambil kita pantau dari dekat. Jatuh sekali sekala apa salahnya kan. Kita dulu pun berdarah lutut dulu baru pandai naik basikal atok kan?

4. Anak suka cemburu

~ Biasanya anak jadi cepat cemburu sebab kita selalu duk bandingkan anak kita dengan orang lain. Jangan! Jangan sekali kali! Anak sebenarnya paling pantang dibandingkan. Anak kita sangat suka kalau kita percaya pada kemampuan mereka. Kalau nak bandingkan juga boleh guna teknik menghargai sambil membanding ” tengok kakak tu adik. Kakak dulu dapat 5A Upsr taw. Mak percaya adik pun boleh sebab dua dua anak mak “.

5.  Anak cepat marah

~ Ada 2 sebab je anak jadi cepat marah ni. Pertama sebab kita suka manjakan melampau lampau sampai kita bagi je semua yang dia mintak.
Kedua sebab kita kurang puji dan hargai anak kita. Jadi anak kita tu buat perangai sebab mereka rasa cuma dengan cara tu je mereka boleh dapat perhatian kita!

p/s : Apa pun semua ni adalah subjektif. Cuma saya kongsi ilmu ni sebab saya tahu ramai mak ayah kat luar sana yang jadi keliru dan tak tahu kenapa anak mereka mula buat perangai. Jadi bantu saya sebarkan ilmu ni pada pasangan masing-masing dan kawan-kawan juga ye sebab bagi saya bahaya jugak kalau ada ibubapa tak faham apa masalah sebenar di sebalik perangai anak anak kan.

Share This