Anak Kurang Berkeyakinan? Ibu Bapa Kena Guna Cara Ini Untuk Tingkatkan Keyakinan Anak

Anak Kurang Berkeyakinan? Ibu Bapa Kena Guna Cara Ini Untuk Tingkatkan Keyakinan Anak

“Ibu, adik tak yakin lah adik boleh masuk pertandingan bola sepak minggu hadapan. Boleh ke adik tarik diri ja ibu?”

Jika anak kurang berkeyakinan, apa-apa pun mereka lakukan tak kisah dari segi soft skills atau hard skills mereka tak akan mampu lakukan dengan baik dan hebat.

Dan paling saya takutkan adalah sikap mereka yang kurang yakin itu akan terbawa sehingga mereka dewasa nanti. Waktu itu dah susah untuk kita bentuk mereka. Boleh, tapi memakan masa yang agak lama untuk tingkatkan keyakinan mereka berbanding mereka masih kecil.

Walaupun pada mulanya anak kita seorang yang kurang berkeyakinan diri, jangan pernah kita membandingkan anak kita dengan anak jiran, anak sahabat, anak saudara. BIG NO ya ibu ayah. Sebab itu akan membuatkan mereka semakin down dan keyakinan mereka juga akan merundum!

“Jadi ibu nak kata adik tak pandailah ya? Yalah ibu, mereka saja pandai. Adik semua tak pandai. Belajar tak pandai. Bersukan tak pandai. Semua adik tak pandai!”

Bila dah jadi situasi macam ni, ibu ayah kena cepat-cepat perbetulkan keadaan. Kalau berlarutan, akan banyak impak terjadi pada anak kita.

Jika dalam pembelajaran anak kurang berkeyakinan, mereka akan ada masalah.
Jika dalam sukan anak kurang berkeyakinan, mereka akan ada masalah.
Jika dalam semua benda juga anak kurang berkeyakinan, mereka akan menghadapi MASALAH BESAR!

Anak Kurang Berkeyakinan? Ibu Bapa Kena Guna Cara Ini Untuk Tingkatkan Keyakinan Anak.

 

Sebagai ibu bapa kita juga inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita. Akan ada banyak cabaran dan pengorbanan yang kita akan lalui untuk kebaikan anak-anak kita. Saya percaya jika kita guna cara ini, InshaAllah Keyakinan Anak kita akan meningkat.

Jum kita guna cara ini:

1. Bagi Satu Tugasan atau Cabaran Kepada Anak

Anak Kurang Berkeyakinan Cabaran

Langkah pertama, kita sediakan 1 tugasan atau cabaran untuk anak kita.

“Tapi kena perlu kita sediakan tugasan atau cabaran pada anak? Kenapa tak terus memuji anak saja?”

Ibu ayah kena tahu, kita nak tingkatkan keyakinan mereka. Jadi kita kena bagi satu cabaran atau tugasan pada mereka terlebih dahulu. Memberi kata pujian sememangnya sangat berkesan tetapi kita juga nak kesan pada anak kita berkekalan betul? Jadi berikan mereka cabaran dan tugasan.

Sebagai contoh, kita buat time table. Hari ini si adik tugasan apa dia perlu buat. Cuci pinggan, bersihkan halaman rumah atau apa-apa sahaja tugasan yang anak kita boleh buat.

 

2. Cabaran Mesti Agak Mencabar

Selepas kita senaraikan cabaran atau tugasan tadi. Kita kena semak semula adakah cabaran itu tadi cukup mencabar untuk anak kita atau tidak. Tetapi, kena ingat cabaran tersebut tidak lah keterlaluan.

Ada 1 cabaran yang mencabar tapi tidak keterlaluan yang kitab oleh aplikasikan pada anak kita. Iaitu BERPUASA.

Biasakan anak-anak kita berpuasa pada bukan bulan Ramadhan juga. Puasa Sunat pada hari Isnin dan Khamis. Apabila anak kita berjaya menahan diri daripada makan dan minum pada siang hari, ini boleh buatkan mereka kuat untuk melawan diri mereka. Bukan kah menahan diri dari makan dan minum akan menguatkan lagi dalaman kita?

 

3. Hargai Anak

Anak Kurang Berkeyakinan Hargai

Seterusnya, setiap kali anak berjaya melepasi atau melakukan cabaran atau tugasan yang kita berikan, tolong Hargai anak-anak kita dengan Memuji mereka. Kerana dengan memuji akan memberi impak yang sangat tinggi pada keyakinan anak. Boleh baca di sini, apa akan jadi pada anak jika kita puji dan hargai mereka.

“Tahniah adik, adik dah boleh berpuasa hari ini. Ibu bangga dengan adik. Anak ibu ni kuatlah.”

Mudahkan? Tak susah mana pun nak puji anak kita. Dengan pujian ini akan meningkatkan lagi semangat mereka untuk lakukan cabaran dan tugasan yang kita berikan. Bila kita hargai mereka, pada masa yang sama akan tingkatkan keyakinan mereka. Di mana sebelum ini mereka rasa mereka kurang keyakinan.

Hargailah pengorbanan dan usaha mereka, kerana anak-anak ni mereka suka dihargai.

 

4. Memuji Anak

Anak Kurang Bekeyakinan Peluk

Langkah yang ke 4, memuji.

Jentiklah semangat mereka dengan pujian. Pujian ini banyak cara dia sebenarnya. Bukan melalui ucapan saja. Ibu ayah juga boleh:

  • Tepuk di bahagian tengah belakang anak
  • Usap di bahagian ubun-ubun anak
  • Peluk dan cium anak

 

5. Ulang Langkah Pertama

Dan yang terakhir. Ulang langkah pertama sehinggalah ke 4.

Apa yang lebih penting sekali adalah, jadikan ia sebagai rutin harian antara ibu ayah dan anak.

 

Apabila kita praktiskan dan amalkan cara ini secara konsisten untuk anak kita yang kurang berkeyakinan, InshaAllah keyakinan anak kita akan meningkat. Apa yang penting, sebagai ibu ayah perlu memberi semangat dan sokongan 100% pada anak kita.

Jika kita pun ala kadar nak bantu anak kita, ia juga mungkin menyebabkan keyakinan diri anak kita menurun. Apabila menurun, macam-macam boleh terjadi pada anak kita. Pembelajaran lemah, sukan lemah, komunikasi lemah. Bila semua lemah, akan ada satu tahap nanti, anak kita akan mengalami Depression!

Semoga cara ini boleh membantu Ibu Ayah semua.

 

 

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] ibu bapa, dia akan memahami dan mengawal emosinya dengan lebih baik. Ini akan membantu dia untuk membina self esteem yang lebih tinggi dan menunjukkan peningkatan kemahiran sosial dan komunikasi dengan rakan sebaya dan […]

  • Disqus ( )