Geram kan bila anak malas nak buat kerja sekolah ni. Rupa-rupanya, antara sebab anak enggan buat kerja sekolah, kerana mereka merasakan menulis itu satu perkara yang meletihkan. Boleh jadi, ia disebabkan otot tangan anak belum cukup kuat untuk memegang pensil dalam tempoh masa tertentu.

Untuk menjadikan anak mahir memegang pensil, bukan dengan memaksa mereka menulis dengan banyak. Malah, bila kita memaksa mereka menulis dengan banyak, ia boleh mengakibatkan anak trauma dengan aktiviti menulis.

Iyalah! Kalau dah mula rasa tak seronok, tentu dah tak nak buat, kan! Dari kita nak dia rajin, langsung dia hilang minat. Langsung dia nampak menulis tu satu kerja yang susah.

Sewaktu anak mula belajar menulis, kita dapat lihat siku dan bahunya turut sama bergerak. Pegangan pensilnya pun masih dalam keadaan menggenggam. Sedangkan untuk anak memegang pensil secara ideal, mereka perlu memegang menggunakan 3 jari tanpa menggerakkan bahu dan sikunya.

Menulis itu sebenarnya adalah tugas yang besar untuk kanak-kanak. Ia bukan sekadar memegang pensil dan melakar garis pada kertas.
Tetapi kanak-kanak perlu kuasai kemahiran lain terlebih dahulu.

Sumber : infanteducation.ie

 Kemahiran Yang Anak Perlu Kuasai Sebelum Mahir Menulis

1. Mampu kawal postur tubuh

2. Jari-jemari yang kuat dan boleh dinaikkan secara asing, dan diacu bersama. (untuk pegangan tripod)

3. Otot leher, bahu, lengan yang kuat

4. Ada kemahiran ‘diskriminasi visual’ termasuk memahami jenis-jenis garisan untuk membentuk sesuatu huruf.
Anak juga tahu menggunakan ruang di dalam buku untuk menulis, termasuk menggagak jarak yang betul di antara huruf dan perkataan.

5. Mata dan tangan perlu cekap bekerjasama (hand-eye coordination)

4. Kedua-dua tangan kena cekap bekerjasama untuk sebelah memegang pensil dan sebelah menahan kertas/ buku.

5. Pandai guna peralatan untuk hasilkan/ buat sesuatu kerja (kemahiran manipulasi)

6. Kemahiran tangan-kertas
Anak boleh mengendali kertas untuk kerja mengoyak, menggunting, gam, melipat dan sebagainya.

7. Ada kesedaran visual
Contohnya, anak mengenal turutan, kenal asas garisan dan bentuk, dan boleh mengecam dan mengimbas imej.

8. Ada daya penumpuan yang baik

Dan banyak lagi kemahiran lain.

.

Sekiranya ibu ayah mahukan anak-anak mahir menulis, ibu ayah perlu membantu anak menguasai kemahiran-kemahiran ini. Kemahiran-kemahiran ini dapat dikuasai dalam pelbagai aktiviti bermain. Antaranya :

  1. Merangkak untuk kuatkan leher, bahu dan lengan.
  2. Renyuk kertas, spray dan pengepit baju untuk kuatkan jari.
  3. Main lacing, shape sorter, color stackdanbuilding block boleh bantu koordinasi mata-tangan.
  4. Main peg board, cucuk thumb tack dan kutip manik, boleh kuatkan pincer.
  5. Baling bola dan ketuk-ketuk dan melompat ke depan juga boleh tambahkan kejituan.
  6. Mencubit, gelek, menekan dan meramas playdoh juga menguatkan otot jari dan tangan.
  7. Melompat, memanjat dan aktiviti lasak untuk kemahiran bilateral, menguatkan otot serta koordinasi tangan dan mata.

Sebenarnya bukan setakat menulis. Kalau cukup dan betul ransangan bermainnya, membaca dan mengira pun jadi mudah untuk anak. Kurang sikit pening dan stres cikgu dan mak ayah untuk mengajar anak.

Betul tak?

Kredit : Puan Liyana Raya. Bengkel Motor Kasar

Share This