“Lately ni saya selalu sangat marah anak-anak. Kadang-kadang sampai cubit pukul anak. Bila tengok muka mereka masa tidur rasa kesian pula sebab cubit mereka”

Naik angin atau amarah, adalah satu sikap yang kita perlu elakkan di dalam sebuah keluarga. Kerana naik angin atau amarah itu merupakan satu aura yang sangat negatif dan boleh mengakibatkan sesebuah hubungan akan menjadi renggang, suram dan tiada kemesraan antara ibu dan anak.

Malah kesan daripada sikap itu akan mengakibatkan kita menjadi stress yang melampau jika kita tidak kawal!

Tapi sebagai ibu bukanlah satu amanah yang mudah untuk kita uruskan kesemua urusan rumah-rumah. Lebih-lebih lagi menjadi ibu tapi pada masa yang sama kita lah ibu, isteri dan pekerja. Adakalanya sikap anak-anak yang membuatkan kita naik angin.

 

9 Sebab Kenapa Mak Selalu Naik Angin

Ada 9 sebab yang selalu membuatkan ibu-ibu naik angin. Jika tidak mula di kawal pasti akan membuatkan kita makin bertambah stress dan hubungan pula mula renggang.

 

1. Anak Buat Sepah Dalam Rumah

Mak Naik Angin Sepah

Jangan pernah halang anak apabila mereka suka buat sepah di dalam rumah. Kerana mereka masih di dalam tahap “explore”. Jika kita halang, mereka tetap akan buat sepah. Buat penat kita sahaja membebel.

Jadikan itu adalah proses untuk mereka belajar. Dalam mereka buat sepah kita terapkan aktiviti dan pembelajaran pada anak-anak. Biarkan mereka menikmati masa kanak-kanak mereka.

Pada masa yang sama, ia akan merangsangkan lagi minda anak-anak.

2. Main atau Buat Sesuatu Yang Dilarang

“Adik jangan main atas meja!”
“Adik jangan sentuh barang itu!”

Mak Naik Angin Bahaya
Anak-anak mereka tidak faham kenapa kita melarang mereka untuk tidak bermain atau melakukan sesuatu perbuatan. Bagi mereka, semua perkara mereka nak cuba. Masih lagi dalam tahap “explore” kan? 

Elakkan guna perkataan abstrak. Gunakan perkataan yang ringkas dan jelas. Contohnya, 

“Duduk depan tv sahaja ya tengok tv, jangan panjat meja nanti kepala adik berdarah, adik menangis.”

 

3. Anak Meragam Tak Dapat Apa Yang Dia Nak

Mak Naik Angin Meragam

Anak mula meragam bila apa yang dia mahu, kita tak tunaikan. Paling haru biru bila di tempat awam. Anak akan menangis semahu-mahunya. Pernah alami?

Tugas kita sebagai ibu, jangan cepat melenting. Cuba buat “eye to eye” dengan anak. Daripada kita marah terus, apa kata kita pandang mata mereka dan cuba fahami apa sebenarnya mereka mahukan.

Cakap dengan intonasi yang tenang dan elakkan emosi yang negatif. Itu sebenanya cara paling mudah untuk kawal emosi apabila anak meragam.

4. Anak Manja Tak Tentu Pasal

Sebenarnya anak menjadi manja kerana mereka nak kan perhatian dan kasih sayang dari kita sahaja. Bagi mereka andalah segalagalanya. Ada yang tak nak di pegang orang lain kerana mereka tidak rasa selamat.

Contohnya, anak nak susu. Mereka tak nak orang lain buatkan dan tak nak orang lain berikan sebab mereka merasakan tidak selamat. Itu adalah cara anak-anak berinteraksi dengan kita. Jadi layankan manja mereka tapi jangan sampai keterlaluan.

5. Anak Merengek, Menjerit, Mengamuk dan Menangis

Mak Naik Angin Menangis

Adakalanya kita tak faham kenapa anak-anak merengek, menjerit, mengamuk dan menangis tanpa sebab. Semakin kita pujuk, semakin kuat anak buat perangai. Memang akan mendatangkan stress, lebih-lebih lagi apabila kita balik kerja. 

Sebenarnya anak-anak ada sebab kenapa mereka buat perangai seperti ini. Cuma mereka tak tahu macam mana nak memberitahu kepada kita. Jadi mereka buat perangai sebabnya mereka nak kan perhatian kita kerana kita kurang memberi masa pada mereka.

6. Anak Baling Barang

Apabila anak-anak baling barang, pasti akan timbul rasa geram dan marah pada kita. PASTI! Tapi tahu atau tidak, sebenarnya anak-anak pada peringkat awal, mereka membaling barang sebenarnya mereka inginkan sesuatu pada kita.

Contohnya, kita beri mainan tapi mereka tidak mahu. Malah mereka membaling mainan tersebut, mungkin mereka mahu makanan atau pun susu. Cuba fahami apa yang mereka mahu.

7. Ibu Buat Kerja Rumah Tapi Anak Huru-hara

Bila si ibu sibuk buat kerja rumah, anak-anak pula sibuk bermain. Ada yang main luar rumah main paip jiran, kacau adik-beradik yang lain, berebut mainan, berlari dalam rumah. Pernah terjadi bukan?

Pasti timbul perasaan geram marah semua ada. Akhirnya kerja rumah pun tak settle. Pernah alami? Jika terjadi masalah seperti di atas, jangan pernah salahkan anak kita sebulat-bulatnya.

Kita pandang diri kita terlebih dahulu, adakah kita tunjukkan cara yang baik di hadapan anak? Adakah kita pernah mendidik anak-anak untuk mengamalkan sikap saling sayang menyayang antara satu sama lain?

Jika belum, kita ubah diri kita dahulu dan terapkan positif mindset pada diri kita. InshaAllah, apa yang kita tunjuk itu lah yang anak-anak “tiru”.

8. Anak Buat Tak Endah

Mak Naik Angin Tak Endah

Panas hati bila kita panggil atau minta buat sesuatu, anak buat-buat tidak dengar. Panggil banyak kali tetap tidak dengar, rasa ringan sahaja tangan nak cubit anak. Sebenarnya anak-anak tidak suka di arah atau di larang.

Apatah lagi dengar perkataan “Jangan”. Jadi cara yang terbaik adalah kita kena kawal emosi dengan menggunakan intonasi terendah dan terdalam.

9. Ibu Penat

Sebagai seorang ibu, bukan sahaja mengalami penat fizikal. Malah penat emosi dan mental. Lebih-lebih lagi jika kita lah seorang ibu pada masa yang sama seorang ibu berkerjaya. Pasti penat dan mudah untuk naik angin dengan sikap anak-anak.

Untuk kawal perasaan penat itu, kita perlu tahu mengawal penafasan. Pernafasan adalah sangat penting dalam mengawal emosi. Jika kita mampu mengawal pernafasan pasti kita dapat handle rasa penat itu.

Bila kita dah faham punca-punca kita naik angin, sebenarnya mudah untuk kita atasi. Kerana kita faham anak-anak buat perangai bersebab bukan sahaja suka-suka.

Rumah yang aman dan tenteram adalah bermula dengan emosi. Jika kita sebagai ibu bapa tahu mengawal emosi, pasti rumah aman dan tenteram.

Share This