“Sayang jangan sampai manja berlebihan, marah jangan sampaimembinasakan”

Dr. Taufiq Razif

Menjadi seorang ibu bapa bukan hanya melahirkan dan membesarkananak sahaja. Ada banyak perkara yang kita perlu lihat dan terapkan padaanak kita dan salah satunya adalah mendidik anak. Ramai orang boleh membesarkan anak tapi tidak ramai boleh mendidikanak dengan penuh kasih sayang dan acap kali kita mendidik anak dengancara memarahi, menengking dan memaki hamun. Walaupun kesilapan ituhanyalah kecil sahaja. Dan lebih teruk sehingga sanggup memukul anak.Berikut merupakan 8 Kesan Bahaya Terhadap Anak Jika Kerap Di Marah. Jikakita tidak mula untuk mengawal emosi marah, ini yang akan terjadi padaanak kita dikemudian hari.

8 Kesan Bahaya Terhadap Anak Jika Kerap Di Marah

1. Anak Akan Melawan

Bagi kita dengan makian anak akan menjadi dengar cakap. Tapisebenarnya itu akan membuatkan anak cenderung untuk melindungidirinya sendiri dengan bertindak lebih agresif. Lebih-lebih lagi bila anakmerasakan mereka tidak ada membuat kesilapan

Agresif bagaimana?

Anak menjadi pemarah dan pemberontak. Kena ingat, anak akanmenjadi “clone” kita. Bagaimana kita perlakukan mereka begitulahmereka akan jadi.

2. Anak Kurang Keyakinan

Bahasa paling mudah adalah anak akan menjadi penakut dan tidakbertanggungjawab. Anak akan mula menjauhkan diri daripada kitadan orang lain, takut untuk bersosial dan sering merasakan rendah diriterhadap orang disekeliling.

Apabila sering dimarah ketika membuat salah secara tak langsunganak akan lebih memilih untuk berdiam diri dan tidak mahu melakukansebarang aktiviti yang melibatkan keyakinan diri mereka.

3. Self-Esteem Akan Mula Menurun

Self-esteem sangat penting terutamanya untuk anak-anak yang barumembesar dan baru untuk mengenali dunia sekeliling. Salah satupenyebab self-esteem mereka mula menurun apabila kita memarahimereka dihadap orang ramai.

Keadaan itu akan membuatkan mereka sangat malu. Apabila terlalukerap diperlakukan begitu kepercayaan mereka terhadap kita akanmula menurun. Kesan lain pulak apabila kita menasihati ataumenegur, mereka tidak akan mendengar.Ibarat, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

4. Anak Sukar Mendengar Kata

Sikap kita yang sering memarahi anak tanpa usul periksa akanmenyukarkan anak untuk tidak mendengar kata kita. Malah merekalebih suka mengambil cara untuk tidak ambik kisah dan tidakmendengar kata.

Bila kita memillih untuk mendidik dengan cara marah, menengkingdan memaki hamun. Perkembangan pemikiran dan pendengaranjuga akan terjejas.

5. Merosakkan Sel Otak Anak

Asal kita tahu sel otak sangat penting dalam perkembangan anakanak. Setiap amarah yang kita lontarkan pada anak akanmenyebabkan sel di dalam otak mereka mati. Jika kita tambah lagidengan cubitan atau pukulan pasti banyak lagi sel otak mati.

Natijahnya, kesan daripada itu akan membuatkan mereka lambatdalam setiap perbuatan mereka terutamanya dalam pembelajaran.

6. Mudah Berkasar Pada Pasangan

Jika ianya berlarutan dalam jangka masa yang sangat panjang. Tidakmustahil mereka akan menjadi seorang yang mudah kasar padapasangan suatu hari nanti.Ianya mungkin nampak remeh-temeh pada usia mereka masih kecil.

Tapi jika kita tak mula kawal emosi kita pada peringkat sekarang, pastianak akan menjadi seorang yang mudah berkasar.

7. Kepercayaan Mula Hilang

Akibat dari perbuatan kita yang sering marah, ia juga akan memberiimpak pada anak di mana mereka juga akan merasakan hilangkepercayaan pada orang disekeliling bukan ibu bapa sahaja.

Kerana mereka mula takut. Kalau ibu bapa boleh marah mereka dantak mustahil orang lain juga boleh marah mereka. Sebab itu merekamula hilang kepercayaan pada orang di sekeliling.

8. Tak Percaya Dirinya Disayangi

Marah bukanlah cara yang sesuai untuk mendidik anak, seperti yangdinyatakan sebentar tadi. Jadi apabila ibu bapa terlalu kerapmemarahi anak, mereka akan mula merasai satu perasaan di manamereka rasa tidak disayangi lagi.

Bagi kita ianya normal, tapi sebenarnya ia akan menjadi besar jika kitatidak cuba untuk kawal dengan baik. Paling teruk mereka akanterbawa perasaan itu sehingga merea meningkat dewasa.

Cara Untuk Mengatasi Emosi Ibu Ketika Marah.

Setelah kita mengetahui dan kenal pasti kesannya terhadap anak, maka kitapun perlu mengambil tindakan untuk kawal emosi ibu bapa.

Antaranya adalah:

1. 1 Minute Pause

Selepas kita marah pasti kita akan timbul perasaan menyesal kerana marah anak melulu, itu kita namakan sifat reaktif. Kerana emosi kitabertindak terlebih dahulu berbanding dengan akal fikiran yangrasional.

Caranya, kita gunakan teknik “1 Minute Pause”:

  1. Apabila kita melihat sesuatu yang akan membuatkan kita naikangin dengan perangai anak, jangan melulu untuk memarahimereka terlebih dahulu. Contohnya, anak menconteng dindingrumah dengan pen, jangan terus menjerit atau memukulmereka. Cuba pandang ke arah lain, gosok dada dan mulakankiraan 1 hingga 60 (60 saat = 1 minit). Bagi peluang kepada kitauntuk merasa tenang dahulu.
  2. Setelah selesai 1 Minit, baru marah kembali.
  3. Ulang sebanyak yang mungkin teknik ini ketika berlaku perkarayang boleh membuatkan kita marah. Jadi kita akan terbiasa. Berhenti sejenak 1 minit sebelum marah.
  4. Lama kelamaan, kita masih boleh kawal emosi dan sikap reaktifakan berkurang walaupun berhadapan dengan situasi marahyang melampau. 

2. Hand Accupressure

Jari jemari kita sebenarnya mengambil peranan dan emosi yangtertentu.

  • Ibu jari = Cemas (Anxiety)
  • Jari telunjuk = Ketakutan (Fear)
  • Jari Tengah = Kemarahan (Anger)
  • Jari Manis = Kesedihan (Sadness)
  • Jari Kelinking = Harga diri (Self-esteem)


Contohnya kita nak hilangkan rasa Kesedihan, kita guna Jari Manis.

i. Genggam jari manis, tanggan kanan dengan menggunatangan kiri.
ii. Genggam selama 2 – 5 minit. Kemudian lepaskan.
iii. Ulang semula cara tadi dengan jari manis tangan kiri dengan menggunakan tangan kanan.

Sama juga bila kita rasa cemas, takut, marah dan self-esteem.Gunakan cara sama seperti di atas. Mudah sebenarnya dan andaboleh cuba dan rasai ketenangan selepas itu.

3. Latihan Pernafasan

Apabila kita marah, pernafasan kita akan berada di dalam keadaanBeta (iaitu stress, marah). Jadi apabila kita tengah marah, cepatcepat kawal pernafasan kita.

Untuk pernafasan ia terbahagi kepada 3 jenis:

i. Straight Deep Breathing

  • Bernafas seperti biasa, cuma bila menghembus kenaagak panjang daripada tarikan pernafasan
  • Hembus lebih kurang 2 kali ganda panjangnya daripadatarik nafas. Cara mudahnya adalah tarik nafas selama 4saat melalui hidung dan hembuskan selama 8 saat melalui mulut.
  • Ulang sebanyak 7 kali atau sehingga kemarahan itu tadireda dan anda kembali tenang.

ii. Triangle Deep Breathing

  • Lebih kurang sama dengan Straight Deep Breathing,Cuma bezanya adalah kena ada tahan nafas lamasedikit.
  • Tarik nafas melalui hidung selama 4 saat. Tahan nafasselama 7 saat. Hembuskan nafas melalui mulut selama 8saat.
  • Ulang sebanyak 7 kali atau sehingga kemarahan itu tadireda dan anda kembali tenang.

iii. Emotional Deep Breathing

  • Lebih kurang sama dengan cara Straight Deep Breathing dan Triangle Deep Breathing. Cuma cara ini kitabayangkan sekali semasa kita menghembus nafas, kitabawa keluar energy yang negatif itu tadi.

4. State Of Gratitude

Apabila kita merasakan sifat bersyukur dalam diri dan berterima kasih,stress hormone kita kan mula menurun. Sebab itulah kita kena didik diriuntuk sentiasa bersyukur dan berterima kasih untuk apa yang kitadapat dan orang disekeliling kita.

Caranya sangat mudah, anda boleh gunakan skrip di bawah:

“Ya Allah Ya Tuhanku..

Aku bersyukur dan redha atas segala masalahku..Aku tahu …

(sebut masalah kita)…

itu semuanya dari Mu untukkebaikan ku…

Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui..

Aku serahkan segala urusanku khususnya urusan duniaku kepadaMu…

Segala kekuatan diri ini hanya milik Mu Ya Allah..”

Ulang skrip di atas berulang-ulang kali sambil pejam mata. Dan kalauanda nak rasa lebih tenang, gunakan sekali dengan teknik Pernafasanseperti yang dinyatakan di atas tadi.

Apabila kita serahkan pada Dia untuk aturkan urusan kita lebih-lebihlagi urusan hati, InshaAllah hati kita akan lebih tenang.

Share This