Kebanyakan pakar mempersetujui bahawa tanda-tanda autism akan mulai kelihatan bila anak berusia 2 tahun.

Rupa-rupanya, menurut Deanna Chee, seorang penulis yang mempunyai kelulusan Pendidikan Awal Kanak-kanak memberitahu, tanda-tanda autism boleh dikesan sejak bayi berusia seawal 5 atau 6 bulan lagi!

“Minta maaf Puan, anak saya autism

Begitu tabah seorang ibu nak memahamkan setiap orang yang memandang pelik terhadap perilaku unik anak autism mereka.

“Yeke? Tak de rupa autism pun.” Cebik Joyah tanpa sedikit rasa untuk cuba memahami.

Kak Joyah mungkin sama seperti orang lain yang masih belum memahami kanak-kanak yang didiagnos dengan masalah autism. Ya Kak Joyah. Anak autism sama seperti kanak-kanak lain dari segi fizikal. Hensem, berambut lebat dan nampak bergaya.

Tapi dalaman mereka bergelut nak memahami dunia di sekitarnya. Anak-anak ini tidak melihat dunia seperti kanak-kanak biasa. Kerana itu, bila mereka diletakkan dikalangan masyarakat, mereka sering dianggap ‘mental’. Walhal autism adalah sejenis kecelaruan neurologikal. Cara otak mereka bekerja secara luar biasa berbanding orang lain.

Kecelaruan yang berlaku menyebabkan gangguan terhadap perkembangan. Kerana itu, anak-anak autism biasanya lambat bercakap dan ketinggalan sedikit berbanding kanak-kanak lain yang sama usia. Sekiranya ibu bapa kurang peka dalam meneliti perkembangan anak, dikhuatiri autism pada diri mereka akan lambat dikesan.

Kanak-Kanak Autism
Setiap daripada kanak-kanak autism memiliki simptom yang berbeza antara satu sama lain.
Tetapi secara amnya, tanda-tanda autism yang biasa boleh dilihat di kalangan kanak-kanak bermula usia 2 tahun adalah:
1. Tidak hubungan mata.
2. Tidak memberi respon bila nama dipanggil.
3. Menutup telinga bila mendengar bunyi yang sedikit kuat.
4. Tidak suka dipeluk.
5. Seolah-olah di dalam dunia sendiri.
6. Terlampau sensitif terhadap sentuhan, atau tidak merasa sentuhan (sehingga suka menghempas badan untuk dapatkan ‘rasa’ tersebut)
7. Tidak memahami bahaya di persekitaran.
8.  Tantrum yang keterlaluan sehingga berisiko mencederakan diri.
9.  Memusingkan tangan (hand flap) dan berpusing setempat.
10. Tidak menunjukkan minat untuk bermain dengan kanak-kanak lain.
11. Mengulang-ulang perkataan yang didengar (echolalia)
12. Bermain permainan tidak mengikut ungsi permainan dan lain-lain lagi.

Bagi bayi pula, ibu bapa perlu lebih teliti untuk menyedari kelainan perkembangan yang berlaku.

Di bawah adalah 8 ciri awal yang biasa ditemui. Untuk pengetahuan para ibu bapa, ciri ini dapat dikesan bukan kerana bayi dan kanak-kanak itu bersikap ‘pelik’ , tetapi perangai seperti mereka tidak biasa dilakukan oleh kanak-kanak biasa.

CIRI 1 : Perkembangan Motor Lambat.

Ciri perkembangan motor yang lambat :

• Bayi usia 6 bulan – tidak boleh tersenyum dan gembira.

• Bayi usia 9 bulan – tidak mengeluarkan bunyi dan mimik muka.

• Bayi usia 12 bulan – tidak mahu bercakap ataupun membalas lambaian orang.


CIRI 2 : Mahu Perhatian Berlebihan.

Cuba anda lihat anak anda. Selesa tak dengan orang lain? Ataupun mereka hanya mahukan perhatian anda?

Jika jawapannya adalah ya, sebenarnya mereka tidak selesa dengan perhubungan bersama individu lain. Mereka tidak suka dengan persekitaran luar dari lingkungan mereka.

Ya. Memang biasa jika bayi tidak suka kepada orang lain. Namun, sila ambil perhatian jika apabila anak semakin besar, perangai mereka tetap begitu. Penghidap autisme tidak suka berkawan.

CIRI 3 : Kurang Bergerak.

Bayi autisme tidak suka membuat pergerakan seperti menggunakan motor kasar (gross motor) iaitu menunjuk.

Cuba anda lihat bayi anda yang berusia 8 hingga 10 bulan, sepatutnya perkembangan motor kasar sudah terbina. Bayi dalam lingkungan usia ini sudah sepatutnya mampu mencapai benda dan menggengam.

Jika belum, tolong ambil kisah!

CIRI 4 : Mengulang Perbuatan.

Kebiasaannya, anak autisme suka mengulang perbuatan. Mereka kerap menepuk tangan, memusing peralatan kecil seperti botol ataupun permainan, meniru perkataan dan menyebutnya berulang-ulang.

CIRI 5 : Tanpa Baby Talk.

Tahu tak apa itu baby talk? Baby talk itu adalah perkataan yang bayi selalu sebut atau bebelkan dengan bahasa mereka.

Orang dewasa tidak akan faham. Contohnya, eahh, afgh, emmf dan sebagainya tanpa maksud. Bayi biasa pada usia 12 bulan selalu melakukan ini.

Bayi autisme tidak melakukan perkara ini dan mereka tidak dapat meluahkan kehendak dan memahami maksud.

CIRI 6 : Tidak Respon Ketika Dipanggil.

Bayi autisme/autistik sukar membina hubungan sosial dengan orang lain.

Ibu bapa cuba lihat bayi anda pada usia 5 hingga 12 bulan. Jika mereka tidak ada respon ketika dipanggil, sila ambil kisah. Itu adalah ciri bayi autisme. Mereka tidak suka dicium, disentuh dan akan rimas.

CIRI 7 : Tiada Eye Contact.

Anda harus ‘take note’ ciri ini!

Pernah tak uji eye contact bayi anda?

Bagaimana menguji eye contact dengan bayi anda? Anda gunakan satu objek dan lalukan dihadapan mata, pastikan mata mereka mengikut gerakan objek yang digerakkan.

Eye contact adalah ciri penting dan mudah mengesan melaluinya.

CIRI 8 : Kurang Senyum.

Biasanya usia bayi 6 bulan dan ke atas akan mula tersenyum kepada orang lain disekelilingnya.

Tetapi, sila ambil berat jika bayi anda tidak mahu tersenyum dan sukar memberi ekspresi wajah.

PERHATIAN!

Jika bayi anda agak cenderung kepada 8 ciri yang saya sebutkan tadi, segera dapatkan pandangan doktor pakar atau terus jalankan imbasan di pusat intervensi Terapi Carakerja (Occupational Therapist) swasta. Jangan merasa rendah diri atau malu. Ini kerana kanak-kanak autisme bukan orang kurang upaya. Cuma, perkembangan atau cara membesarkan anak anda perlu sedikit berbeza.

 

Share This