Kadang-kala bukan ibu bapa sahaja yang ada mood tak tentu. Anak-anak juga kadang-kala ada mood yang tak tentu. Adakalanya mereka boleh ketawa, bersuka ria dan ada masa mereka akan buat perangai menangis dan mengamuk tanpa kita tahu sebabnya.

Bila perkara ni terjadi, ibu bapa pasti akan stress dan buntu macam mana nak atasi masalah ini. Jadi saya akan kongsi 7 Cara Selamat Untuk Kawal Emosi Anak Yang Sedang Mengamuk.

1. Peluk Sebelum Nasihat

Pelukan merupakan satu tindakan yang boleh meningkatkan hormon bahagia pada diri anak seperti hormon oxytocin. Di mana anak akan
merasa lebih tenang dan bahagia dengan perbuatan tersebut. Ketika anak mengamuk, cuba peluk mereka untuk beberapa seketika. Kemudian barulah kita menasihati mereka. Kerana mereka akan lebih tenang dan mendengar nasihat kita ketika emosi mereka telah stabil.

2. Art Of Districtions

Apabila anak kita mula mengamuk, cuba alihkan perhatian mereka atau bawa mereka ke tempat yang lebih selamat. Contohnya, anak mengamuk di dalam rumah. Bawa mereka ke tempat yang lebih selamat. Kerana takut mereka akan bertindak agresif dengan menghentak kepala pada dinding, lantai atau meja sebagai tanda protes mereka. Kalau boleh letak mereka di atas tilam supaya mereka boleh menghentak kepala pada tilam.

Ataupun kita boleh alih pandangan mereka dengan menunjukkan permainan lain, bunga yang cantik dan banyak lagi cara yang boleh kita lakukan untuk mengalih focus anak kita

3. Kata-kata Empati

Anak-anak kita sebenarnya sangat bijak. Cara mereka pula sangat berbeza. Asal kita tahu, anak-anak mengamuk mereka sebenarnya mahukan kita lebih mendengari mereka daripada kita menyelesaikan masalah.

Ada 3 soalan empati yang kita boleh gunakan ketika anak tengah mengamuk.

i. Label Emosi
Sebutkan emosi anak pada ketika itu dan jangan menggunakan ayat sindiran pada mereka. Tunjukkan rasa yang kita cuba untuk memahami perasaan yang mereka tengah alami.

Contohnya:
“Mesti adik tengah _(sedih/geram/marah/kecewa)_ kan?”

ii. Label dan Akui Emosi Anak

Setelah kita labelkan emosi mereka, kita cuba selitkan sekali bahawa kita paham situasi dan perasaan mereka sambil menunjukkan raut wajah, intonasi suara dan bahasa tubuh.

Contohnya:
“Mesti adik tengah _(sedih/geram/marah/kecewa)_ kan bila mak
tak belikan _(mainan/lollipop/jajan)_ tadi kan?”

iii. Teka Emosi Anak

Kita kena faham dan cuba untuk meneka masalah anak melalui raut wajah dan sikap mereka. Sama ada sedih, marah, geram
atau kecewa. Bila anak terbuka hati untuk berkongsi masalah sebenarnya sangat mudah untuk kita tenangkan mereka. Contohnya:

“Adik macam tengah _(sedih/geram/marah/kecewa)_ tentang
sesuatu. Apa yan terjadi sebenarnya adik?”

4. Agree First Before Reject

Perkara yang paling mudah untuk memujuk anak ketika sedang mengamuk adalah dengan membuat perjanjian terlebih dahulu. Sering kali kita mengatakan “Tidak” pada anak jika mereka memberontak.

Jika mereka mengamuk tidak mahu berhenti bermain. Kita cuba untuk membuat perjanjian dahulu.

Contohnya:
Ibu : Adik jum kemas barang sekarang.
Anak : Adik masih nak main lagi.
Ibu : Ya boleh, esok kita main lagi ya. Sekarang dah lewat malam adik mesti penat. Kita tidur dulu ok.

Jika anda nampak dari perbualan ini, perbanyakkan perkataan “Ya’ daripada “Tidak”.

5. Menegur Secara Spesifik

Selalunya kita sering menegur anak dengan perkataan Abstrak dan Tidak Spesifik. Apabila kita tidak spesifikkan teguran itu, anak-anak akan kurang faham dengan teguran kita. Lebih-lebih lagi anak bawah 7 tahun. Cara yang terbaik adalah tegur dengan cara yang spesifik dan tegas.

“Adik nanti kita sampai rumah nek atuk, jangan main lari-lari masuk
dapur dan luar rumah ok”

6. Penuhi 5D Anak

Jika anak mula mengamuk atau memberontak, cuba penuhi 5D anak terlebih dahulu sebelum memujuk mereka.

  • Rasa Didengari
    Adakah selama ini kita selalu mengharapkan anak mendengar arahan kita? Bagaimana pula dengan kata hati anak?
  • Rasa Dihargai
    Adakah kita memuji anak ketika mereka beroleh kejayaan sahaja? Bagaimana pula dengan usaha mereka, adakah kita puji juga usaha mereka?
  • Rasa Diterima
    Jangan sampai merosakkan self image anak. Cuba menerima keadaan mereka. Adakalanya kritikan yang negatif akan menjatuhkan self image mereka. Adakah kita cukup menerima keadaan mereka?
  • Rasa Dikenali
    Adakah kita benar-benar mengenali anak kita? Apakah kecederungan mereka selama ini? Minat, sentuhan kasih sayang, quality time. Cuba untuk kenali mereka.
  • Rasa Difahami
    Adakah kita faham dan tahu apa minat anak? Atau kita selalu paksa anak untuk suka apa yang kita mahu dan hendak mereka jadi? Jadi bagaimana dengan perasaan dan minat mereka?

7. Gunakan Intonasi Terendah dan Terdalam

Menggunakan intonasi yang tinggi bukanlah cara yang bijak untuk mengawal emosi anak yang sedang beremosi kerana ia mempunyai
eleman keras dan beremosi. Jadi cara yang terbaik adalah dengan menggunakan intonasi yang rendah dan dalam.

  • Tenangkan Hati Kita Dahulu
    Api lawan api, pasti api akan makin marak. Begitu juga ketika kita menyelesaikan masalah anak kita, kita perlu tenangkan hati kita dahulu. Bila hati tenang mudah untuk kita kawal emosi anak.
  • Selawat Dengan Intonasi Suara Yang Dalam
    Gunakan intonasi yang dalam dengan suara yang low pitch. Kerana ia mengandungi elemen wibawa dan dominan. Bila kita menggunakan low pitch, anak-anak akan mula rasa kita mula faham mereka kenapa mereka mengamuk.
Share This