5 sifat toxic ni sangat beracun bagi anak

5 sifat toxic ni sangat beracun bagi anak

1. Favouritism – Sifat suka pilih kasih dengan anak anak.

Tanpa sedar kadang kita terpilih kasih dengan anak yang lebih ‘pandai’ dalam akademik. Kadang juga mungkin terlebih bagi perhatian hanya pada yang lebih bongsu sehingga abaikan kakak dan abangnya. Dan banyak lagi penyebabnya.

Benda ni nampak remeh tapi boleh buatkan anak kita ada konflik hati sesama mereka bila dah dewasa nanti.

2. Negative Labelling – selalu gunakan ayat panggilan negatif kepada anak.

Contohnya ” mari sini awak budak nakal ” atau ” awak bukan pandai mana pun ” atau ” lembapnya kamu ni hish! ”

Kata kata macam ni nampak macam mainan kata sahaja tapi ianya boleh melekat masuk ke dalam subconscious mind anak kita.

Paling teruk sekali benda ni boleh jadi Self Fulfilling Prophecy pada anak kita tau.

Apa tu Self Fulfilling Prophecy? Ianya adalah satu istilah yang mana semua yang kita duk kata tu jadi REALITI dan KENYATAAN pada anak kita tanpa kita sendiri sedari!

3. Comparing – selalu bandingkan anak satu sama lain

Kadang benda ni terjadi tanpa sedar pun. Kadang kita banding anak bongsu dengan anak sulung.

Kadang kita banding anak kita dengan jiran. Paling banyak kita duk banding dengan sepupu sepupunya.

Padahal setiap anak ni unik dan mempunyai Intelligence dan potensi yang pelbagai dan tersendiri.

4. Overly Critical – kritik semua benda yang anak buat

Itu tak kena. Ini tak kena. Semua benda yang anak tu buat tak kena di mata kita .

Nampak kecil kan tapi kalau kita berlebihan kritik anak kita, anak kita tu akan develope ‘ harsh inner critic’

Dia akan kritik diri dia sendiri dan dia akan salahkan diri dia sendiri sampai dewasa. Anak gini biasanya akan ada masalah dengan emosi dia di kemudian hari.

5. Fail to provide Security – tanpa sedar anak kita tak rasa selamat dengan kita

Kadang kita marah anak tapi kita lupa untuk ‘topup’ balik emotional defisit ataupun hutang emosi yang kita dah ambil ketika kita tengking, marah ataupun cubit anak kita.

Dah termarah anak tu sepatutnya kita peluk balik anak atau minta maaf balik pada anak kerana mereka juga punya hati, emosi dan perasaan seperti kita juga.

Ini penting untuk anak rasa ‘Safe & Secure’ dengan kita.

Tolong ajarkan ilmu ni pada pasangan kita juga ya kerana 5 Sifat Toxic ni akan bagi kesan buruk pada anak kita sampailah mereka dewasa nanti.

Saya pernah jumpa orang dewasa yang masih berdendam dengan mak ayahnya yang sudah tua hanya kerana sifat toxic ni diamalkan oleh mak ayahnya semasa membesarkan dia. Ianya diam diam membunuh jiwa anak ini walaupun si anak sudah dewasa dan sudah berumahtangga.

DR TAUFIQ RAZIF

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )