Setiap orang mempunyai perwatakan dan tabiat tersendiri termasuk kanakkanak. Setiap anak-anak yang masih kecil mempunyai Learning Style yang berbeza-beza. Adakalanya ibu bapa juga susah nak faham perangai anak mereka sendiri. Sampaikan tak tahu macam mana nak atasi perangai anakanak ni. Adakalanya sampai fed up.

“Adik kenapa kira 5 6 8? Lepas 6 kan 7. Adik ni penatlah ibu ajar ulang kali!”

Macam yang saya katakan tadi, anak-anak ni dia punya Learning Style berbeza-beza. Ada anak kita cakap sekali dah boleh faham, kita tunjuk
gambar baru faham, kita bagi demo dulu baru dapat ikut, dan ada juga kita bagi nombor dia sangat cepat faham.

Dan anak-anak kecil, Learning Style mereka boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut perkembangan dan tumbesaran merek. Sebelum ibu bapa nak belajar untuk atasi perangai anak dan berkomunikasi baik dengan anakanak, ibu bapa kena kenal dulu 3 perangai anak ni macam mana.

Lazimnya ada 3 perangai anak-anak mengikut psikologi.

3 Perangai Anak Yang Ibu Bapa Wajib Tahu Dan Bagaimana Nak Berkomunikasi Dengan Mereka1. VISUAL

Cuba kita perhatikan anak-anak kita, adakah mereka perangai seperti ini:

  • Belajar melalui melihat perkataan dari buku atau kertas
  • Dapat memahami sesuatu hanya dengan melihat sesuatu
  • Memerlukan simbol atau gambar untuk faham
  • Boleh ingat wajah seseorang berbanding nama

Boleh faham dengan cepat jika menggunakan gambar, grafik, chart Ok, kalau anak kita perangai seperti di atas bermaksud anak kita
adalah seorang Visual. Di mana dia lebih cepat belajar atau faham sesuatu perkara dengan hanya melihat gambar, simbol, grafik, chart
dan tulisan. Mereka lebih suka kepada berimaginasi dahulu untuk faham.

Perangai anak seperti ini kita kena sediakan satu senarai bertulis atau gambar untuk dia ingat. Kalau kita hanya menggunakan oral direction
iaitu main cakap dia memang akan susah faham dan mudah lupa sebab itu kena ada senarai atau gambar untuk dia belajar.

2. AUDITORI

Berbeza dengan anak Visual tadi yang perlu lihat gambar baru faham. Jika anak kita perangai Auditori ni, kita senang saja nak tahu perangai dia.

“Kakak, ibu di dapur ni tengah masak. Tolong tengokkan adik ya. Main di ruang tamu sahaja jangan pergi luar rumah. Hari panas”

Kalau kita cakap macam tu banyak kali tapi masih tak dengar. Maksudnya anak kita bukan Auditori. Tapi kalau cakap sekali, dia jawab, “BAIK IBU!”. Berbahagialah wahai ibu kerana anak kita  perangai yang mudah faham kalau kita cakap sekali sahaja. Selain daripada itu apa lagi perangai anak Auditori ni? Senang saja, mereka lebih tertarik dengan muzik, irama dan sesuatu dengan bunyi.

3. KINESTATIK
“Ibu ibu ibu, boleh tak tunjukkan dengan adik macam mana nak buat kapal terbang guna kertas. Adik tak fahamlah tadi ayah main cakap saja”
Pernah tak dapat situasi macam ni? Mesti pernahkan. Anak minta kita buat “DEMO”. Itu adalah anak kita perangai Kinestatik. Di mana anakanak ni kita tunjuk demo atau bagi mereka rasa pengalaman tu sendiri baru mereka mudah faham.

Senang cerita mereka kena tengok dulu apa yang kita buat, selepas itu mereka buat dan baru mereka faham. Kena ingat buat mereka dapat rasa, pengalaman, sentuh dan teruja pada sesuatu momen. InshaAllah mereka akan cepat faham. Perangai mereka ni lebih suka kalau banyak belajar melalui permainan, perbuatan atau aktiviti yang melibatkan pergerakan.

Jadi tak hairan kalau mereka cakap dengan kita sampai menunjukkan pergerakan. Kalau nak tahu, anak-anak yang masih kecil kebanyakan mereka adalah perangai Kinestatik. Jadi ibu bapa kena tunjukkan peribadi yang dapat anak ikut. Kalau kita kuat marah anak pun akan jadi kuat marah. Apabila kita dah tahu perangai dan sikap anak-anak kita. Mudah untuk kita didik mereka. Betul tak?

Tapi ada satu perkara yang kita perlu set dalam minda sebagai ibu bapa. Di mana kita tidak boleh melabel anak kita. Contoh kita nampak anak kita lebih kepada sikap Visual. Kita tak boleh terus menerus melayan anak kita sebagai seorang yang visual.

Kita kena kembangkan learning style mereka. Kerana anak-anak yang masih kecil ni adalah makhluk Allah yang sedang membesar. Jadi kita sebagai ibu bapa kena ambil peranan besar dalam mendidik mereka dan kita tidak boleh bataskan cara mereka belajar.

Seperti saya nyatakan tadi, perangai dan sikap mereka berubah-ubah mengikut perkembangan dan tumbesaran mereka. Jadi pesanan saya, kita jangan pernah melabel anak kita dan kita kena pelbagaikan cara pembelajaran mereka.

Share This