Ini dia Cara Mengatasi Stress yang perlu kita cuba. Sebelum tu, kita ambil tau dulu apa kesan buruk stress terhadap kita.

“Ya Allah! Kenapa dengan diri aku ni! Ada waktu-waktunya susah nak tidur. Ada masa pulak letak kepala je terlelap. Ada waktunya cepat je rasa nak marah. Tangan ni cepat je nak capai benda buat baling. Bukan tu je! Sekarang ni mudah je jadi pelupa. Kadang-kadang tengah bercakap pon boleh terhenti bercakap dan lupa apa yang sedang kita cakap tadi.”

Awas! Kalau ada mengalami gejala seperti di atas, anda mungkin baru sahaja menghadapi tanda-tanda stres.
Cuba cek semula, lengkap tak tanda-tanda seperti di bawah?

.

Kenapa ya, Allah ciptakan stres? Stres kot bila stres! Apa punca stres? Bagaimana cara mengatasi stres?

Sebenarnya stres ada bagusnya. Kalau kita sedang lumba lari atau nak bersyarah, stres akan bantu kita bagi ekstra tenaga dan penumpuan. Stres juga buat kita automatik lari bila nampak ular. Tapi jika stres kronik atau berterusan, ia akan memberi kesan kepada struktur otak.

Kronik stress berlaku kerana banyak perkara. Antaranya trauma didera, kerap dimarah, terlebih beban kerja, mengalami krisis kewangan mahupun krisis rumahtangga. Klik sini untuk mengetahui tahap stres anda.

Kronik stres akan buat struktur otak, saiz dan kefungsiannya berubah. Ya! Stres boleh buat otak kita mengecil! Dan kronik stres boleh buat kita hilang kewarasan!

Bila stres, bahagian otak dinamakan HPA (hypothalamus pituitaryadrenal axis) akan diaktifkan. Bila HPA aktif, kortisol akan terhasil. Kortisol bagus untuk tidak balas melindungi diri. Tapi bila banyak sangat terhasil, itu yang merbahaya kepada otak!

Bayangkan bila kita terpegang arus elektrik yang tinggi. Bahaya kan! Boleh kena renjatan elektrik! Macam tu jugalah bahayanya bila arus neural terlalu banyak di bahagian Amygdala. Amygdala juga dipanggil ‘brain’s fear centre’, Bila terlalu banyak, level kortisol terhasil dengan amat banyak, lalu menghalang signal elektrik dalam hipokampus. Bila kurang signal elektrik di hipokampus, prefrontal cortex mengecut!

Sumber: corkpsychotherapyandtraumacentre.com

Hipokampus ibarat pejabat yang menyimpan memori, membantu kawal stress dan membantu proses pembelajaran.
Prefrontal cortex pula pejabat yang tugasnya mengawal tingkah laku, membantu tambahkan daya penumpuan, membuat keputusan, dan membantu interaksi sosial.

Aduh payahnya nak faham kan!
.

Senang cerita, kesan stres yang kronik menyebabkan kesukaran belajar, mengingat dan meningkatkan risiko masalah mental yang serius seperti depresi, Alzheimer’s dan ada yang sampai timbul rasa nak bunuh diri!

Dalam satu kajian terhadap tikus makmal, ibu tikus yang mengandungkan anak dalam keadaan stress, memberi kesan terhadap anak tikus yang dikandung. Bila anak tikus lahir, anak tikus tu sendiri jadi seketul makhluk yang mudah stress. Berbeza dengan ibu tikus mengandung yang dijaga dengan baik, anak tikus yang lahir kurang reaksi terhadap stres.

Jadi, kekalkan mood yang baik dan ‘happy’ sepanjang tempoh mengandung! Ibu happy, anak yang lahir insya Allah tak banyak ragam!

Tapi, kita takkan dapat lari dari stres. Aktiviti harian kita terdedah dengan risiko stres. Nasib baik ada cara untuk elak stres walaupun kita sibuk dengan bebanan kerja atau tugasan di rumah. Ya, ada untuk ‘reverse’ apa yang kortisol lakukan terhadap otak kita yang stres.
.

Langkah Mudah Elak Stres:

1. Senyum

Cara Mengatasi Stres Senyum

Lorh! Dah stres macam mana nak senyum?
Paksa lah muka senyum! Cara yang mudah nak paksa muka senyum adalah dengan menggigit sebatang pensil. Semudah itu saja kita dah mengeluarkan 3 hormon gembira iaitu seratonin, dopamin dan endorfin. Hormon ini membantu menurunkan kadar jantung dan tekanan darah seterusnya buat kita rasa lebih tenang.
.

2. Sujud & Solat

cara mengatasi stress solat 5 waktuPosisi solat yang disempurnakan terbukti membantu menyihatkan badan. Solat laju-laju, takkan sempat badan kita bekerja untuk beri manfaat. Dengan kedudukan sujud yang betul dan masa sujud yang lebih lama, kedudukan jantung lebih tinggi dari otak. Bekalan oksigen ke otak juga bertambah seterusnya menggalakkan relaksasi, kosentrasi dan fikiran yang rasional. Bagi yang bukan muslim, boleh cuba meditasi.
.

3. Mengaji & Berzikir
cara mengatasi stress Mengaji al quran

Gelombang Alpha kebiasaannya terhasil waktu otak kita berada dalam keadaan rehat/ meditasi dan sebelum datang mood tidur. Pada waktu itu otak berada dalam fasa yang paling tenang. Telah banyak kajian dijalankan membuktikan bacaan Al-Quran menghasilkan gelombang Alpha, malah ayat-ayat di dalam Al Quran mengandungi pelbagai pengajaran dan kata-kata motivasi dari Allah. Malah apabila kita membaca Al-Quran, sel-sel badan kita yang rosak mampu disembuhkan dengan kuasa Allah.
.

4. Bersenam

cara mengatasi stress bersenam

Sambil menikmati pemandangan  di luar, melihat gelagat manusia atau beriadah bersama kawan-kawan, bersenam membantu kurangkan ketegangan otot dan menghasilkan hormon endorin. Badan sihat, mood pon ceria!

.

5. Kawal Pernafasan

cara mengatasi stress bernafas

Bila tengah stres, jangan tarik muka, sebaliknya tarik nafas. Pejam mata, tarik secara perlahan dan dalam kemudian bayangkan oksigen yang disedut pergi ke seluruh otot tubuh. Bila hembus nafas, bayangkan tenaga negatif keluar bersama-sama karbon dioksida yang keluar.
.

6. Berehat

cara mengatasi stress berehat

Berehatlah. Jangan terlalu menekan diri. Sebagaimana anda komited nak menyudahkan tugas, anda juga perlu komited memberi hak berehat kepada badan. Bila diri cukup ‘me time’ dan kepala rasa lebih lapang, kembalilah bertugas dengan ceria. Jangan lupa kuasa qailullah atau ‘power nap’ untuk caj semula tenaga sekiranya anda sibuk seharian.
Badan juga perlu hak berehat sebagaimana pentingnya tugas perlu diselesaikan.
.

7. Berfikiran Positif

cara mengatasi stress  positive thinking

‘Positive thinking’ ini perlu dijana kerana ia cepat haus dan cepat hilang ‘stok’. Lagi-lagi pula bila kita berhadapan dengan persekitaran yang negatif. Ubah rutin hidup, bersahabat dengan rakan yang positif, baca bahan bacaan yang positif, ‘like & follow’ Facebook yang positif dan hadir ke majlis-majlis ilmu.  Bila berdepan dengan masalah, belajarlah untuk fokus terhadap ‘jalan penyelesaian’ berbanding ‘memikirkan kesusahan nak menyelesaikan masalah tersebut’.

8. Berurut

cara mengatasi stress beurut
Kebiasaan orang yang mengalami stress, otot bahu dan leher mereka berasa tegang. Ia sangat mengganggu tugas harian. Minta pasangan untuk urut atau berbelanjalah ke spa untuk dapatkan khidmat mengurut.

.

9. Bersyukur

cara mengatasi stress bersyukurAda waktunya bila kita ditimpa masalah, kita perlu mengasingkan diri dengan dunia yang sedang kita lalui, dan cuba berkhidmat kepada mereka yang kurang bernasib baik. Cuba sertai aktiviti sukarelawan, mencari orang miskin untuk dibantu, memberi makan gelandangan dan mengenang nasib saudara kita seperti di Syria dan Uighur.
Dengan melihat kehidupan orang yang kurang bernasib baik, kita akan lebihh bersyukur dan kembali sedar untuk mengurus stres dengan baik.
.

10. Bicara

cara mengatasi stress berinteraksi dengan orang
Dalam buku tulisan Dr Daniel Siegal, apabila seseorang meluahkan perasaan mereka kepada seseorang, otak kanan mereka yang mengalami trauma, sedih atau stres akan berinteraksi dengan otak kiri untuk menyusun perkataan, menamakan perasaan dan menyusun semula memori menjadi ayat. Bila otak kiri yang bersifat logik ini menjalankan fungsinya, secara tak lansung aktiviti ’emotional circuit’ di dalam otak kanan mulai reda. Seterusnya membantu kita rasa lebih tenang.

11. Mendengar Muzik

cara mengatasi stress mendengar muzik
Seperti memperdengarkan Al-Quran, mendengar muzik klasik dan menenangkan juga mampu menyediakan gelombang Alpha kepada otak kita.
.

12. Membaca

cara mengatasi stress membaca buu

Kajian pada tahun 2009 di Universiti Sussex membuktikan bahawa, tabiat membaca mampu mengurangkan stres sebanyak 68%. Dengan membaca, kadar degupan jantung menurun dan  menjadikan kita lebih tenang. Membaca buku juga ibarat membuka perspektif baru kepada dunia yang kita belum tahu. Ia membantu kita berfikir dengan lebih luas dan positif, asalkan bahan bacaan yang kita baca adalah positif.
.

Nah! Sekarang kita dah tau punca-punca stres, bagaimana stres terjadi, dan bagaimana untuk kita mengatasi stres. Sekiranya kita masih tak mampu menangani stres yang dihadapi, segera rujuk pakar untuk dibantu. Jangan biar tau! Takut-takut, otak kita dah tak mampu bertindak dengan baik, sampai nampak ular pun, kita masih sempat nak terkebil-kebil tanpa rasa perlu nak lari selamatkan diri.

Jom, kawal stress sebaiknya, jangan membiarkan ia menguasai kita!

Dah jangan stres-stres. Stres tau saya nak buat artikel pasal stres ni. Kurang stres saya kalau ada yang boleh baca sampai habis. Jangan lupa kongsikan kepada lebih ramai lagi, manalah tau, artikel ni mampu mengurangkan stres orang di sekitar anda.

Baca lagi Cara Disiplinkan Anak, 7 Bahasa Untuk Anak Degil

Share This