10 fakta tentang ayah yang tak ramai tahu

10 fakta tentang ayah yang tak ramai tahu

Semua bapa kena tahu fakta ni supaya mereka tahu betapa pentingnya seorang bapa dalam hidup kita dan anak anak

1. Mengikut kajian, bila ayah melibatkan diri dalam pendidikan anak anaknya, anak anak lebih cenderung untuk skor peperiksaan, lebih banyak belajar dan menunjukkan perangai yang lebih baik

2. Mengikut kajian terbaru juga, bapa yang berkongsi kerja rumah dengan pasangannya lebih cenderung mempunyai anak yang bercita cita tinggi ( ambitious daughter )

3. Ketika si ibu sedang hamil, paras hormon testosterone si bapa akan cenderung menurun dan paras hormon prolactin si ibu akan meningkat

4. Tiada bapa yang mengandung melainkan kuda laut jantan. Kuda laut jantan akan menerima 50-1500 telur daripada kuda laut betina. Ia akan mensenyawakan dan membawanya selama beberapa minggu. Untunglah jadi bapa manusia kan tak perlu hamil hamil ni 🤭

5. Ada kajian menunjukkan bahawa bapa yang terlibat dalam menjaga anak anak akan membuatkan anak anak mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik dan risiko untuk minum minuman keras, penyalagunaan dadah dan bahan terlarang tu akan menurun

6. Kajian terbaru menunjukkan bahawa anak akan lebih berisiko terkena penyakit asma jika si bapa pernah merokok ketika remaja

7. Bergusti dan bergomol dengan bapa akan sangat berpengaruh pada pembentukan otak anak. Ianya membuatkan mereka lebih pandai mengurus emosi mereka

8. Kajian pada tahun 2008 daripada University Of New Hampshire menunjukkan bahawa kelahiran anak boleh meningkatkan pendapatan tahunan seorang bapa kerana mereka akan bekerja lebih keras lagi bila mereka mempunyai tanggungjawab

9. Sebuah kajian menunjukkan bahawa si bapa juga boleh mengalami tekanan ketika mereka baru pertama kali menjadi ayah. Itu menunjukkan mereka juga mempunyai emosi walaupun muka mereka gitu je macam tak ada apa apa berlaku

10. Secara genetik, mamalia lebih mirip dengan si bapa daripada si ibu. Tu yang geram tu kan? Letih letih si ibu beranakkan, keluar keluar je tersengeh sengeh macam muka si ayah! 🤭

Terima kasih kepada semua yang bergelar bapa ya dan ketahuilah bapa adalah anugerah pada kita semua.

DR TAUFIQ RAZIF

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )